Datin Shahida pesan pada anak-anak. Sebagai ibu bapa, nasihat yang berkesan kepada anak merangkumi aspek agama dan duniawi seperti mendidik akhlak mulia, berbakti kepada ibu bapa, menjaga adab, mengajar tanggungjawab, menyokong minat dan bakat anak, memberi kepercayaan, serta menjadi contoh terbaik melalui perbuatan. Penting juga untuk membina bonding yang kuat, bersabar dalam proses mendidik, dan memilih masa serta cara yang tepat untuk memberi nasihat agar ia meresap ke dalam diri anak.
Begitu jugalah yang diamalkan pasangan pempengaruh dan juga ahli perniagaan berjaya Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida. Sebagai ibu dan ayah banyak yang dipesan. Malah biasanya seusai solat mereka akan memberi tazkirah pada anak-anak.
Datin Shaheda Pesan Pada Anak-Anak “Jangan ‘Perasan’ Anak Orang Kaya”
Benarlah bukan mudah untuk mendidik anak-anak namun cara Datin Shaheda dan Dato’ Aliff boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana. Sememangnya kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
Terbaru video Dato’ Aliff Syukri menyampaikan tazkirah penuh kasih sayang kepada anak-anak meraih perhatian warganet. Ramai terkejut kerana jarang melihat sisi lembut dan mendalam seorang bapa yang ada dalam dirinya.
Kata-kata nasihat yang lahir dari hati itu bukan sahaja menyentuh anak-anak, malah turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok yang berjaya mencuri perhatian ramai hingga meraih lebih 2.1 juta tanda suka dan lebih 5 ribu komen itu, terserlah detik penuh keberkatan apabila Datuk Aliff bersama isteri menyampaikan nasihat dan amanat, ketika duduk berhimpun selepas solat Maghrib berjemaah.
Dalam suasana tenang itu, lahirlah tazkirah seorang ayah yang sarat dengan kasih sayang dan nasihat bernilai.
Agama Sebagai Pedoman Hidup
Tatkala itu juga isi hati seorang ayah yang mahu melihat anak-anaknya membesar dengan jiwa yang kuat, hati yang lembut, serta menjadikan agama sebagai pedoman hidup.
Ramai netizen mengakui tersentuh dengan pengakuan tersebut, rata-rata menyifatkan ia sebagai sisi berbeza Dato’ Aliff yang jarang ditonjolkan.
Ada yang mendoakan beliau terus istiqamah membimbing keluarga dengan nilai agama, malah tidak kurang juga yang berkongsi kerinduan terhadap arwah ayah dan ibu masing-masing setelah menonton momen tersebut.
“Mungkin, inilah watak sebenar Dato’ yang anak dia selalu cakap,”
“Kepada ibu bapa luar sana, kaya atau miskin.. ini satu contoh yang perlu ada pada setiap keluarga, kena ada sesi untuk deep talk, tazkirah dan lain-lain.. buatlah setiap bulan ke, 3 bulan sekali ke, 6 bulan sekali ke.
Ads
“Bagus Dato’ Aliff motivasikan anak-anaknya ke jalan Allah. Semoga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki,”
Doa Tidak Pernah Putus Daripada Setiap Ayah & Ibu
Setiap ibu bapa pasti menyimpan harapan agar anak-anak bukan sekadar berjaya dalam pelajaran atau kerjaya, tetapi juga cemerlang di akhirat.
Anak yang mampu berdikari, berperibadi mulia, serta menjaga maruah keluarga adalah doa yang tak pernah putus daripada setiap ayah dan ibu.
Bagi Dato’ Aliff Syukri, ukuran kejayaan tidak hanya terletak pada wang ringgit atau kemewahan hidup. Sebaliknya, kejayaan sebenar ialah apabila beliau dapat membentuk zuriatnya menjadi anak-anak soleh dan solehah, berilmu, berdisiplin, serta tahu menjaga nama baik keluarga.
“Kekayaan mungkin boleh diwarisi, tetapi bukan iman, kerana itulah abah sentiasa ingatkan anak-anak abah untuk jadi anak yang beriman, soleh dan solehah,”katanya.
Menurut bapa asal Kuala Lipis, Pahang itu, beliau menegaskan, kejayaan dunia hanyalah pinjaman, tetapi kejayaan akhirat adalah bekalan yang kekal abadi.
“Solat jangan ditinggal, jangan tunggu disuruh baru nak buat. Ingat, bila abah dah tiada nanti, semua ini jadi kenangan. Keluarga itu satu amanah. Amayan sebagai anak sulung perlu belajar jadi pemimpin, bertanggungjawab, menjaga adik-adik dan perniagaan keluarga. Jadilah seorang yang tegas, bijak, berfikiran luas dan berjiwa besar,” pesan beliau.
Menurutnya lagi, beliau sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak — termasuk memberikan pendidikan terbaik dan keselesaan hidup.
Ads
Namun, hanya Allah yang mampu menjadikan seseorang itu anak soleh dan beriman.
“Sebab itu doa abah tak pernah putus, semoga kamu semua jadi insan yang hebat, beragama, dan mendengar kata. Satu hari nanti, bila abah sudah tiada, kamu jugalah yang akan solatkan dan uruskan jenazah abah,” katanya penuh sebak.
Beliau turut berpesan agar anak-anak menjauhi cinta remaja yang melalaikan, pergaulan bebas dan amalan yang boleh merosakkan masa depan.
“Abah tak kisah anak nak berkawan atau keluar ke mana, asalkan jangan tipu. Ingat, orang bahagia adalah orang yang hidup dengan kasih sayang, bukan dengan kebohongan.”
Tentang soal jodoh, beliau menegaskan pilihan pasangan bukan kerana harta atau pangkat, tetapi kerana budi pekerti dan keturunan yang baik.
“Abah dan mama pernah melalui zaman remaja, memang masa tu hati memberontak. Tapi bila dah meningkat usia, baru kita faham bahawa nasihat orang tua semuanya demi kebaikan,” katanya lagi.
Mahu Anak-Anak Jadi Insan Berguna
Inilah percaturan seorang ayah dan ibu, setiap nasihat, doa dan teguran yang diucapkan hanyalah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang baik, berakhlak mulia, berjaya di dunia serta mulia di sisi Allah di akhirat kelak.
Ads
Detik itu akan menjadi satu contoh bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
15 Pesan Abah & Ibu
Jaga solat lima waktu – jangan tunggu disuruh, kerana solat tiang agama. Ia benteng diri dan kunci keberkatan hidup.
Hormati ibu dan ayah – doa mereka pembuka jalan rezeki. Jangan lupa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Sayangi adik-beradik – jangan bergaduh sesama sendiri. Adik-beradik adalah sahabat pertama dan keluarga itu amanah sampai akhir hayat.
Belajar bersungguh-sungguh – ilmu adalah bekalan, harta boleh hilang tapi ilmu kekal. Jadikan pelajaran sebagai tangga masa depan.
Jangan mudah terikut kawan – pilihlah sahabat yang membawa kebaikan, kerana kawan boleh membentuk siapa kita.
Jangan ‘perasan’ anak orang kaya – rezeki ini pinjaman Allah, jangan sombong, jangan memandang rendah orang lain.
Elakkan ego dan boros – rendah hati dan berjimat cermat itu tanda orang berakal. Simpan dan buat tabungan demi masa depan.
Pandang ke bawah untuk rasa insaf – lihat orang susah supaya hati lebih bersyukur dan tidak tamak.
Jaga maruah diri dan keluarga – jauhi cinta monyet, pergaulan bebas, dan perkara yang boleh merosakkan nama baik.
Berani memimpin – terutama anak sulung, jadilah pelindung, bijak membuat keputusan, dan menjadi contoh kepada adik-adik.
Bersyukur dan menggembirakan orang lain – hati yang bersyukur akan tenang, dan senyuman yang diberi akan kembali sebagai pahala.
Tolong ibu ayah – ringan tulang membantu, hidangkan makanan, ambilkan air, kerana berbakti kepada orang tua itu jalan menuju syurga.
Pilih pasangan kerana akhlak, bukan harta – keturunan dan budi pekerti lebih utama daripada kekayaan dunia.
Ingat, marah itu tanda sayang – teguran abah dan mama bukan untuk menyakitkan hati, tapi kerana mahu anak-anak jadi insan berguna.
Ingat akhirat – dunia hanyalah sementara, jangan tinggalkan solat dan mengaji, kerana akhirat adalah destinasi yang kekal.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak Rabu lalu, satu persatu kerbau milik Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 15 mati disebabkan penyakit hawar berdarah atau Haemorragic Septicamia (HS). Jumlahnya lebih 41 daripada 110 kerbau mati secara mengejut.
Lebih menyedihkan, ada ibu kerbau yang sedang menyusukan anaknya mati kerana penyakit itu. Baru sebulan lalu, ibu kerbau melahirkan anaknya. Terpinga-pingan anak kerbau bila lihat ibunya dah tak bernyawa.
Baik Syukur, mahupun ayahnya Khamis Jusoh, 64 dalam kebuntuan. Tak tahu cara mana lagi nak selamatkan kerbau-kerbaunya yang masih tinggal.
Biar pun usaha mengalihkan kerbau-kerbau lain sejauh 30 meter dari kandang utama, tetap masih juga ada yang terkena simptom hawar berdarah.
Pesanan Dari Menteri Agama
Berita kematian kerbau Mowgli Malaysia ini sampai juga ke pengetahuan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Di laman instagramnya, beliau menitipkan pesanan.
“Pagi ini menerima berita kematian mengejut 36 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.
Doa Ketika Ditimpa Musibah اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
Hebat ujian Khamis Jusoh dan anaknya ini. “Sekiranya kerbau yang ada tidak dapat diselamatkan apa boleh buat, semuanya kehendak Allah dan saya perlu redha.” Ungkap Khamis lagi.
Hari ini, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memaklumkan, jalan akhir adalah melalui suntikan antibiotik.
Kata Dr Mohd Termizi Ghazali, “Hanya itu saja usaha yang boleh diambil untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih tinggal.” Hari ini, 58 kerbau Syukur diberikan suntikan itu.
Pemantauan kerbau di kandang kerbau turut dilakukan, supaya penyakit itu tak menular ke tempat lain.
“Segala pergerakan ternakan kerbau dan kerbau di kawasan Kampung Sedara ke kawasan lain tak dibenarkan. Arahan halangan yang dibuat itu sehingga wabak pulih sepenuhnya.”
Malah pihak tak berkaitan terutama orang awak pun tak dibenarkan memasuki kawasan kandang kerbau berkenaan. Sesiapa yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut subseksyen 70 Akta Binatang 1953 (Akta 647).
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tak melebihi RM5,000 atau penjara selama tak melebihi enam bulan.” katanya lagi.
MW : Semoga Syukur dan ayahnya diberi ketabahan dan kecekalan dengan ujian ini.
Pemandu lori langgar anak gajah mohon maaf kepada rakyat Malaysia, “ketika itu kelajuan 30-40 KM saja. Ramai bersedih dengan kematian seekor anak gajah yang ditemui mati terperesuk di bawah lori membawa ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.
Perlakuan ibu gajah yang meratapi kematian anaknya termasuk cubaannya “meminta tolong” dari pemandu yang melalui kawasan tersebut termasuk dengan linangan air matanya membuatkan rakyat Malaysia yang sedang meraikan hari ibu pada hari tersebut turut sama banjir dengan air mata.
Pemandu Lori Langgar Anak Gajah Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
Kata-kata seorang “ibu” yang tak akan pernah meninggalkan anaknya walau apa saja keadaan di mana ibu gajah ini dilihat setia berdiri lima jam selepas kemalangan itu termasuk terpaksa ditembak pelali untuk mengalihkannya. Bahkan ibu gajah ini dilihat turut cuba menolak lori tersebut dengan belalainya seolah-olah mahu menyelamatkan anaknya yang ketika itu terperesuk di bawah lori dalam keadaan tidak bernyawa lagi.
Video yang tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Ada yang menangis, ada yang sebak dan ada yang menghamburkan kata-kata kesat terhadap pemandu lori ayam terutama selepas tularnya video kelindan lori berkenaan yang didakwa tergelak ketika usaha menarik ibu gajah itu dilakukan.
Ubat pelali terpaksa diberi kepada ibu gajah bagi menenangkannya selepas dilihat agak agresif menolak lori berkenaan hingga rosak bagi mengeluarkan anaknya. Dan selepas diberi ubat pelali barulah ibu gajah kelihatan tenang dan menyandarkan kepalanya pada badan lori berjam-jam lamanya.
Susulan ramai mendakwa lori ayam dipandu laju (melihat kepada keadaan anak gajah itu selepas bangkainya dialih), seorang pengguna Tik Tok @kakakraptor telah menguraikan teori mengikut hukum fizik di mana jelasnya agak susah sebenarnya bagi kenderaan berat untuk menghentikan kenderaan serta merta berbanding kenderaan ringan seperti kereta.
Ramai menyetujui pandangannya yang dinyatakan secara berhemah kerana selain mengikut hukum fizik, jelasnya takdir telah tertulis dalam setiap kehidupan. Video perkongsiannya menerima tanda suka lebih dua juta.
“Ketika Itu Kelajuan 30-40 km/j Saja…
Terkini selepas videonya tular di media sosial, @kakakraptor sekali lagi memuat naik satu video di mana dia berkongsi permohonan maaf dari pemandu lori itu yang mahu disampaikan kepada rakyat Malaysia.
Malah pemandu ini berpengalaman memandu sekitar 7 tahun turut memaklumkan, pada malam kejadian jarak penglihatan masih boleh dilihat dengan sedikit kabus. Dirinya memulakan pemanduan jam 2 pagi menggantikan sahabat (satu lori ada dua pemandu).
“Ketika sampai di tempat kejadian, kelihatan seekor gajah sedang meragut makanan ditepi penghadang jalan raya dan dirinya sudah memperlahankan lori dipandu.
Dirinya turut memaklumkan gajah itu tidak bertindak agresif dan kekal memakan tumbuhan dan kelajuan lorinya ketika itu adalah sekitar 30-4-km/j. “Bukan laju seperti didakwa oleh netizen terhadapnya.
Pemandu lori ayam turut menjelaskan dirinya menurunkan lampu tinggi yang diguna sebelum ini kepada lampu rendah sambil mata masih memandang kepada gajah berkenaan.
“Sehinggalah tiba-tiba anak gajah meluru keluar dari sebelah kiri hutan dan ketika itu saya hanya mampu menyebut perkataan Allah sahaja sebelum melanggar anak gajah berkenaan. Kegagalan clutch mengakibatkan saya tidak dapat menukar tual gear sebelum lori mati dalam gear.
Akhir kata, dalam DM kepada @akakraptor, pemandu lori yang melanggar anak gajah ini meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Saya tak mampu, saya hanya bergerak atas kehendak-Nya.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Pantang maut sebelum ajal.’ Wanita ini terselamat selepas tergelincir dari tingkat 21. Dikatakan mangsa sedang menjemur pakaian di balkoni ketika kejadian ini berlaku.
Kebiasaannya jatuh dari rumah bertingkat memang jarang selamat, tetapi wanita ini insan terpilih kerana selamat dan hanya mengalami patah bahu saja.
Pantang Maut
Jatuh tingkat 21 sudah cukup untuk mengakibatkan cedera parah hingga meragut nyawa. Namun tidak bagi wanita ini.
Berpantang maut sebelum ajal, seorang wanita di Indonesia masih bernyawa apabila terjatuh dari aras 21 kediamannya .
Sebelum Ajal
Menurut Tribun News, mangsa, AN, 55, terjatuh susulan tergelincir dari balkoni di kediamannya semasa membuat kerja rumah.
“Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari Apartmen Gading Nias Residence Tower Emerald, Kelapa Gading di Jakarta Utara.
“Hasil siasatan mendapati, AN dikatakan tergelincir dari balkoni pangsapuri itu yang berketinggian 21 tingkat ketika sedang menjemur baju,” katanya Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala.
Wanita Ini Terselamat
Usianya panjang, tidak seperti kebanyakan mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi yang cedera parah pada bahagian kepala dan tulang belakang, AN selamat.
Dia difahamkan hanya mengalami patah tulang di bahagian bahu kiri gara-gara terjatuh di atas bumbung kereta jenis Toyota.
AN dikejarkan ke Hospital Sakit Gading Pluit, Jakarta Utara untuk dirawat.
“Kami sempat berhubung dengan mangsa yang menyatakan bahawa dia tergelincir ketika menjemur pakaian, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.
Selepas Tergelincir
Ramai yang gayat apabila berada di tempat tinggi, sementelah jika terjatuh daripada tingkat atau bangunan beraras tinggi!
Ketinggian kipas siling dan langsir di rumah sudah membuatkan kita menggeletar, apatah lagi jika bangunan tinggi berpuluh tingkat. Tingkap dan balkoni pada bangunan tinggi memmpunyai potensi bahaya terjatuh.
Tahap kecederaan ini sebahagiannya bergantung pada halaju hentaman, permukaan yang mendarat, orientasi badan pada hentaman dan umur orang yang terjatuh.
Dari Tingkat 21
Menurut Perpustakaan Perubatan Nasional Institut Kesihatan Amerika Syarikat, kebanyakan kecederaan daripada tempat tinggi akan menyebabkan cedera kepala (tengkorak tertekan, lebam serebrum, pendarahan intrakranial), toraks (pulmonari), lebam, bronkus atau aorta pecah, patah tulang sternum akibat hiperfleksi dagu), kecederaan tulang belakang dan abdomen.
Awasi ahli keluarga terutamanya anak kecil, elakkan menghampiri bahagian bangunan yang mendedahkan kepada bahaya. Setiap kediaman di aras tinggi sepatutnya dilindungi jeriji untuk mengelakkan risiko kemalangan terjatuh.
Mingguan Wanita: Biarpun mangsa terselamat, namun mak ayah harus mengambil pengajaran dari kisah ini. Berwaspadalah dan berhati-hati terhadap ahli keluarga apabila berada di tempat tinggi.
Di sebalik ujian kehilangan suami pada usia anak masih kecik, ibu tunggal buktikan mampu genggam PhD. Diuji kehilangan suami ketika anak baru berusia 10...