Daripada Terbuang, Buat ‘Pasu Hiasan’ Upih Pinang Terus Nampak Cantik, Klasik!

Share

Pelepah pinang atau upih pinang yang gugur seringkali dibuang begitu sahaja. Namun siapa sangka sebenarnya, daripada terbuang ia boleh dijadikan ‘pasu hiasan’ yang cantik, semulajadi dan nampak sungguh klasik serta eksklusif. Sangat sesuai untuk rumah dekorasi ‘Farmhouse Style’. Namun paling penting kena rajin dan kreatif dalam mengolah bahan-bahan terbuang ini.

Boleh tengok idea yang dikongsikan oleh Puan Norpadilah Afandi
ini;

Saya suka melazimi untuk buat sesuatu benda atau perkara baru setiap hari bagi menyantuni diri sendiri, juga sebagai satu terapi. Pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yang baru gugur dari pokok. Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya.

Diy cari bahagia.

Bahan-Bahan Diperlukan

Upih Pinang (Pelepah Pinang)
Gunting
Stapler
Bunga Hiasan
Pensil
Tali Jute

Cara Membuat:

1.Upih pinang ni baru gugur, cantik dan liat. Sesuai untuk buat kraft.

2.Potong pelepahnya. Saya guna upih yang besar je. Yang kecik tu simpan untuk next DIY.

3.Potong ikut saiz lebar dan tinggi yang sesuai dengan saiz upih.

4.Guna staple untuk hold sementara nak ikat guna tali jute.

5.Ikat tali jute. Tebuk lubang tu saya guna pensel je.

6. Kemudian Spray clear untuk bagi kilat dan naik warna asli.

Siap!

Pemandangan sebelah kanan.

Pemandangan sebelah kiri.

Info Ekstra!

  • Tali Jute saya beli di kedai alat perkakas rumah je. Dekat kedai Ecoshop, Shopee dan mr. Diy pun ada.
  • Spray clear ni sama macam cat shellac clear, cuma dalam bentuk spray. Lebih cepat dan mudah kering. Biasanya kalau guna untuk kraft ni selain bagi kilat dan naik warna asli dia juga kiranya sebagai perlindungan dari reput. Harga sebotol ni dalam RM 7-8 je.

Baca Lagi Di Sini:
Leceh Kerja Beli Pasu Je, Cara Jimat Tanam Pokok Guna PVC

Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

MW:Menarik juga idea yang dikongsikan ni. Siapa sangka daripada terbuang, upih pinang boleh dijadikan pasu hiasan yang cantik, nampak klasik dan sangat eksklusif.

Sumber: Norpadilah Binti Afandi

IKLAN