DariĀ  sejuta untung ke RM10 juta, Richworks bantu usahawan bumi Borneo. Dengan strategi yang tepat dan ilmu yang dipelajari, penyertaan dalam dunia perniagaan sebenarnya mampu menjana keuntungan yang tinggi. Daripada satu juta, tidak mustahil berkembang menjadi sepuluh juta.

Baru ini, lebih Ā 300 usahawan dari seluruh Sabah dan Sarawak telah menyertai program transformasi keusahawanan intensif, 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB), anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd dengan matlamat jelasĀ  memacu pertumbuhan perniagaan daripada RM1 juta ke RM10 juta.

Dari Sejuta Untung Ke RM10 Juta, Richworks Bantu Usahawan Bumi Borneo

Program ini dibina berasaskan lebih 17 tahun pengalaman pengasasnya, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan direka khusus untuk membantu usahawan membina strategi kukuh, menstruktur semula pemikiran dan mencipta arah tuju bisnes yang jelas serta berdaya saing.

Menurut mentor perniagaan dan pakar strategi pemasaran ini, mencapai jualan jutaan ringgit Ā dalam perniagaan bukan satu yang mustahil.

ā€œSoalnya bukan boleh atau tidak capai RM1 juta tetapi adakah usahawan itu sanggup buat apa yang perlu.

ā€œRichWorks tidak menjual mimpi. Kami telah melatih lebih 250 jutawan melalui program Titanium. Kalau mereka boleh, anda juga boleh. Kami berikan formula yang telah terbukti berkesan, bukan teori kosong,ā€ tegas Azizan dalam sesi pembukaan baru-baru ini.

Dari Sejuta Untung Ke RM10 Juta, Richworks Bantu Usahawan Bumi Borneo

Ads

Dari Sejuta Untung Ke RM10 Juta, Richworks Bantu Usahawan Bumi Borneo

Transformasi Berasaskan Formula Terbukti

Berbeza daripada program keusahawanan biasa, 10XBBB menekankan pada pelaksanaan sebenar dan bukan teori semata-mata. Usahawan didedahkan kepada strategi dan sistem yang telah membantu ratusan peserta RichWorks, termasuk lebih 250 jutawan yang dilahirkan melalui program Titanium, membina perniagaan hingga ke tahap nasional.

Dalam program 10XBBB, para peserta mempelajari pelbagai strategi penting untuk memperkukuh perjalanan perniagaan mereka. Antara fokus utama ialah bagaimana menstruktur semula model bisnes agar lebih mampan, memimpin pasukan secara berkesan, meningkatkan jualan secara konsisten serta menembusi pasaran baharu dengan yakin dan terancang.

Dari Sejuta Untung Ke RM10 Juta, Richworks Bantu Usahawan Bumi Borneo

Ads

Kemuncak program 10XBBB ialah Inner Circle Meeting (ICM) Sabah sebuah pertemuan tertutup yang menghimpunkan lebih 250 usahawan berjaya dari pelbagai industri selama tiga hari.

Di sini, peserta 10XBBB mendapat akses langsung kepada kisah sebenar, strategi perniagaan yang diuji, serta sesi ā€˜deep dive’ bersama pemain industri yang telah mencapai tahap jualan berjuta-juta ringgit.

Dari Sejuta Untung Ke RM10 Juta, Richworks Bantu Usahawan Bumi Borneo

Dari Sejuta Untung Ke RM10 Juta, Richworks Bantu Usahawan Bumi Borneo

Menurut Azizan, usahawan Borneo memiliki potensi besar dan berupaya bersaing di peringkat nasional jika mereka bertindak dengan ilmu dan sistem yang betul.

Ads

ā€œMoga lebih ramai usahawan bertindak segera. RichWorks bukan hanya syarikat latihan. kami ialah rakan transformasi yang komited terhadap hasil sebenar,ā€ katanya.

RichWorks: Rakan Strategik Bagi Usahawan Serius

RichWorks bukan sekadar menawarkan bimbingan sementara. Mereka membina rangka sokongan jangka panjang melalui program lanjutan, komuniti bisnes aktif dan sokongan mentor yang berterusan. Fokus utamanya ialah menyelesaikan masalah sebenar usahawan tempatan terutama dari segi kepimpinan, struktur dan skala.

Dengan rekod prestasi yang kukuh dan pendekatan bersifat hands-on, RichWorks terus menjadi pilihan utama bagi usahawan yang bukan sekadar ingin bertahan, tetapi mahu berkembang.

Program 10XBBB memberi peluang sebenar kepada usahawan Borneo untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan perniagaan mereka secara menyeluruh, daripada jenama kecil ke tahap nasional. Ia membuktikan bahawa dengan tindakan yang tepat, ilmu yang relevan dan sistem yang terbukti, kejayaan bukan lagi satu kebetulan. Ia boleh dirancang dan dicapai.

Kemuncak program di Sabah baru ini dengan Inner Circle Meeting (ICM) Sabah di mana sebuah pertemuan tertutup yang menghimpunkan lebih 250 usahawan jutawan di bawah bimbingan Dr. Azizan dari pelbagai industri selama tiga hari.Ā 

Mereka berkumpul bagi mendapatkan bimbingan intensif secara langsung bagi menyediakan bisnes masing-masing ke tahap lebih tinggi untuk mencapai jualan RM10 juta hingga lebih RM100 juta setahun.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI