Suasana pilu apabila sebelum ini, pertemuan terakhir mereka penuh suka dan bahagia, kini hanya jasad isteri menanti kepulangan suami untuk penghormatan terakhir. Sudah begitu jalan ceritanya, walaupun berat sang suami akur dengan ketentuan Ilahi.
Dalam kesibukan tugas kepada negara, anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 ini sempat menghabiskan cuti bersama isterinya sekitar Julai, Ogos. Rupanya itulah kali terakhir dia mengecap bahagia bersama isteri tercinta.
Namun menurut Lans Koperal (LKpl) Mohd Noh Samsudin yang dihubungi menerusi aplikasi Whatapps, ketika itu isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sebarang tanda-tanda yang dia akan pergi tinggalkan dia selama-lamanya.
“Alhamdulillah saya dapat bawa arwah bercuti di tempat yang dia hendak pergi masa selepas kahwin iatu bercuti di Cameron Highland.
“Tapi ketika itu kami tak dapat pergi, akhirnya saya dapat tunaikan masa saya cuti sebelum ini. Syukur Ya Allah, saya dapat tunaikan apa yang dia nak hajatkan.
“Walaupun dapat berjumpa buat kali terakhir dalam pakaian sut PPE, saya redha dengan keadaan semasa. Saya memang patuhi SOP, janji saya dapat melihat arwah buat kali terakhir.
“Bukan mudah untuk terima, nak atau tak nak kita kena redha dengan apa yang berlaku sebab saya tak nak arwah terseksa dekat sana jika kita yang masih hidup tak redha dengan pemegiannya. Memang makan masa tapi insyaallah saya terima.
Menerusi perkongsian MALBATT 850-7, anggota pengaman MALBATT 850-7, Lans Kopral (LKpl) Mohd Noh Samsudin sedang menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan selama setahun.
Ads
Kepulangan dia ke tanah air kali ini menjadi penghormatan terakhir seorang suami buat isteri tersayang, Norhidayah Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Semoga allahyarhan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Ads
Ads
PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati.
Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta dan pergi buat selamanya.
Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Redha Dengan Pemergian Isteri
Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta lagi disayangi dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 September 2020.
Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
Memang mudah menuding jari itu dan ini jika anda tak berada di tempatnya. Begitulah kalau sudah kemaruk cinta suami orang, jangan memandai tuduh orang tak pandai jaga laki.
Mulut memang mudah menyalahkan orang apatah lagi kita sedang dilamun cinta, lagi-lagi dengan mendengar masalah dari mulut kekasih hati.
Kononnya isteri dia pandai uruskan rumah tanggalah, tak pandai masaklah, isterinya asyik fokus pada anaklah dan ada saja masalah isterinya.
Orang lelaki ini, kalua dia sudah tak suka dan berjumpa dengan wanita lain, memang sedap dia menyalahkan isteri dan ini. Padahal isteri sudah melakukan yang terbaik untuk suami, tetapi hanya dipandang sepi.
Hmm, bila dia nak dekat laki orang, dia kata orang itu tak pandai jaga laki… Tapi bila orang hendak dekat laki dia, orang kata dia tak pandai jaga laki, tahu pula dia nak marah-marah…
Pokoknya, dahannya, rantingnya, akarnya, siapa yang tak pandai jaga ini…
Senang saja kita hendak tuduh seseorang itu tak pandai jaga laki hanya disebabkan kita dengar macam-macam tentang dia dari mulut laki dia…
Dia sibuk dengan kerja, dia tak bagi perhatian, dia tak pandai masak, dia kurang melayan, dia tak jaga badan dan sebagainya…
Macam-macam yang dia boleh dengar dari mulut laki itu…
Cuba dengar daripada mulut isteri laki itu sendiri… Betul atau tidak seperti apa yang diperkatakan?
Tobat lahom tak berani jumpa depan-depan, dengar sendiri… Jangan senang-senang meletakkan terma “tak pandai jaga laki” itu pada mana-mana isteri…
Sebab apa yang kita tak tahu ialah sudah bermacam cara dan kaedah yang dia guna untuk menjaga laki dia smpai dia tak menjaga diri sendiri dan tak terjaga sudah laki dia tu…
Tapi itulah, susah nk ubah mentaliti kalau tengah kemaruk dengan laki orang…
MW: Dalam erti kata lain, kita tak berada di tempat isteri orang tu, memang seronok mengata itu dan ini. Bayangkan kita di tempat dia, baru tahu apa perasaan yang sedang dilaluinya.
Mungkin basuh baju dianggap perkara yang paling mudah sahaja. Masuk baju dalam mesin, tak perlu tunggu dan boleh buat kerja-kerja lain. Sampai masa, siap dan jemur sahaja. Mudah sangat.
Kadang-kadang, nampak sangat mudah dan senang untuk basuh baju tapi sebenarnya untuk lakukan kerja-kerja basuh baju ini pun kena ada adab dan etikanya. Mungkin sebelum ini kita tidak tahu dan angap perkara mudah saja.
Perkongsian daripada Bijen Mohd ini boleh membuka mata buat isteri mahupun sesiapa sahaja tentang adab dan etika membasuh baju.
Jangan ingat beradab hanya dengan suami, keluarga atau orang lain sahaja. Kadang-kadang cara kita beradab pun ada masalah, apatah lain dengan perkara ini. Nak kongsi adab-adab dan etika lain membasuh baju di rumah.
Ini adab paling penting. Jangan harapkan orang lain basuh baju kita. Isteri muliakan suami. Suami mudahkan isteri. Anak-anak belajar berdikari. Zaman sekarang bukan susah pun nak basuh. Campak masuk mesin je, mesin yang tolong basuhkan.
Buat jadual membasuh suami, isteri dan anak-anak. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin basuh. Ampaian pun tak penuh pada satu-satu masa. Kalau semua nak harung sekali, itu yang sibuk nak beli mesin basuh barulah, ampaian penyidai tak muatlah. Itulah, inilah.
Kelaskan pakaian supaya kain tak turun warna. Kain kasar seperti jeans dan denim pula tak boleh dicampur dengan kain lembut macam sutera dan jersi. Nanti cepat rosak dan berbulu. Asingkan pakaian yang bernajis dengan yang bersih.
Kalau tak nanti butang baju mudah tersangkut dan mudah tertanggal jahitannya. Gerigi zip yang kasar pula akan merosakkan kain-kain lain. Kesian nanti baju berbulu.
Ini supaya warna kain tak cepat pudar di bahagian luarnya, seperti seluar hitam. Bahagian celah ketiak juga dapat dicuci dengan bersih dan tak mudah berkarat.
Setakat yang jumpa ni yang halal adalah dari jenama Top. Jenama lain mungkin ada, kalau tahu boleh share info.
Penting ke ada sijil halal? Tepuk dada tanya iman. Terpulang kepada anda.
Ini pun penting untuk mengelakkan bau hapak. Jangan biar baju lembap terperam lama. Kalau sabun tak power, sia-sia je bubuh sabun banyak tapi bau wangi tak kekal lama. Oh, wangi kain terletak pada pelembut, bukan pada sabun. Jadi tak payah bubuh sabun sampai selori, terutamanya mesin basuh front load.
Korang jangan tanya pula mana dalilnya. Nak buat, buat. Tak nak buat sudah. Kalau buat, insya-Allah terhindar dari masalah.
Adab-adab ni sesuai untuk pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Pasangan yang lama-lama ni, liat dah nak ubah.
MW: Perkongsian yang boleh membantu pembaca untuk lebih tahu tentang cara betul nak membasuh baju ye!
Cuti panjang sempena Hari Kemerdekaan negara, ramai pasangan yang merebut peluang mendirikan rumahtangga serta mengambil gambar istimewa sebagai kenangan manis seumur hidup.
Bagi pasangan suami isteri Nurasyidah Mokhtar, 29 dan Mohamad Farid Alias, gambar-gambar perkahwinan mereka pada 30 Ogos, yang dikongsikan baru-baru ini mungkin antara cukup unik dan istimewa. Ia menjadi viral di media sosial apabila gambar comel isteri yang ‘yakin’ memikul suami dengan penuh ceria.
“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” 💚❤️Di sebalik…
Berkongsi gambar dan momen istimewa ini, Puan Nurasyidah Mokhtar atau lebih mesra dipanggil Syidah Tat menjelaskan idea terhasilnya gambar tersebut daripada cadangan kawan-kawan dan sokongan daripada Jurugambar.
“Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh. Alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha. Bahagi 3 dengan syitat.”
“Gambar lain menyusul nanti.. panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya. Ni bukan appreciation post lagi tau.” ujar Syidah yang suka aktiviti mendaki gunung.
Menjalinkan hubungan dalam tempoh yang panjang dan pernah berpisah, namun andai tertulis jodoh kembali bertaut semula.Sememangnya jodoh adalah rahsia Allah.
“Alhamdulillah.. sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias. Macam tak percaya pun ada.Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampai la syitat habis degree. Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas”
“Lepas sebulan, dia ajak syitat nikah. Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Benar lah jodoh itu rahsia Allah..”
“Sikap saya mungkin periang, suka buat lawak dan positif sebab tu mungkin suami jatuh cinta,” ujar Syidah.
Walaupun bertubuh besar, wanita ini cukup berkeyakinan tinggi, cantik dengan cara tersendiri. Manis berbaju Kurung Pahang dihari bahagianya, Syidah berharap dapat memberi inspirasi buat wanita lain.
“Saya bersyukur sebab dapat keluarga dan sahabat yang banyak bagi sokongan untuk kami agar tak rasa rendah diri,
“Saya harap dapat memberi inspirasi buat wanita yang bertubuh besar diluar sana agar tetap tampil yakin dalam apa jua keadaan.
“Kita semua memang diciptakan cantik dengan cara tersendiri. Bagi saya semua orang cantik tak kira macam mana pun rupanya” ujar Syidah yang memang suka berfesyen dan bercantik-cantik walaupun berbadan besar.
MW: Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Syidah Tat dan suami. Kami mendoakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat wanita bertubuh besar, tampil yakinlah dengan diri sendiri lebih-lebih lagi pada hari bahagia.
Kes sumbang mahram kakak dan adik di Besut mengejutkan negara apabila adik lelaki berusia 14 tahun dipercayai OKU lembam ditahan bagi membantu siasatan pembuangan bayi.