Ads

“Dalam Seminggu Cuma Ambil Nasi Sekali Saja” Amri Yahyah

foto: sumber facebook MR17 Official @mr17amriyahyah

Kapten Pasukan Bola Sepak Selangor, Amri Yahyah, 38, ketika menjadi salah seorang panel jemputan Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran di Astro Prima dan Astro Prima HD tengahari tadi berkongsi dalam seminggu dia hanya mengambil nasi hanya sekali.

“Dalam seminggu nasi boleh dikatakan sekali saja saya ambil. Cuma saya lebih banyak makan Spaghetti,” ujar Amri.

Berbicara mengenai isu yang dibincangkan pada hari ini iaitu Impak Bersukan Pada Waktu Malam. Sebagai seorang atlet, Amri juga menerangkan sebelum bersukan paling penting seseorang itu perlu melakukan senaman panaskan badan.

“Senaman panaskan badan sangat penting. Pada saya bersenam pada waktu siang atau malam ikut pada individu itu sendiri. Hanya diri mereka saja tahu tahap diri mereka bagaimana nak bersukan. Ada yang bersukan pada waktu malam kerana pada waktu siang mereka bekerja.

“Saya ada pengalaman seorang kawan bermain di padang kerana tak lakukan senaman panaskan badan dia mengalami kecederaan,” terang Amri yang setiap hari akan melakukan latihan bola sepak bersama pasukan Selangor.

Ads

“Dalam Seminggu Cuma Ambil Nasi Sekali Saja” Amri Yahyah “Dalam Seminggu Cuma Ambil Nasi Sekali Saja” Amri Yahyah

Gelisah Bila Tak Berpeluh 

Disuakan soalan adakah dia gelisah apabila tidak bersenam.

Ads

“Saya dah biasa keluar peluh kalau tak bersenam akan rasa resah,” akhiri Amri yang turut menasihati mereka yang mahu bersenama agar jangan putus asa dan teruskan usaha serta buat saja apa yang termampu.

“Dalam Seminggu Cuma Ambil Nasi Sekali Saja” Amri Yahyah

Ads

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Isteri Meninggal Selepas 3 Bulan Diuji Pemergian Anak Akibat Jantung Bengkak,...

Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.