Ketagihan merokok bukan kata bahayakan diri sendiri sahaja, anak isteri pun sama dapat kesan buruknya.Tapi tulah nak berhenti merokok ni bukannya mudah, macam-macam kena hadapi kesan sampingannya seperti demam, lesu, loya dan sebagainya.
Jika macam-macam cara dah guna untuk berhentikan ketagihan merokok ni, tapi tak berjaya,isteri-isteri boleh tolong suami tersayang, cuba ikut petua menggunakan Cuka Epal ni. Manalah tau serasi. Siapa tak sayang suamikan!
Insya Allah dalam masa 3 minggu perokok akan mula hilang ketagihan pada rokok. Bau rokok pun tak nak.
Bahan-Bahan:
Cuka Epal
1 gelas Air Suam
Ads
Cara-Caranya:
Kaedah 1
1.Kumur Cuka Epal seperti berkumur dengan menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut dalam 30saat sehingga 1 minit kemudian buang.
2.Lakukan sekurang- kurangnya 2 kali sehari.Jika diamalkan boleh menyegarkan nafas,mengharumkan bau mulut dan mengalihkan bau rokok kepada loya.Insya Allah.
Ads
Kaedah 2
1.Ambil 3 sudu Cuka Epal dan campurkan dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian diminum.
Ads
2.Amalkan setiap pagi dan petang, serta sebaiknya disudahi selepas itu dengan meminum satu sudu madu .
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Macam-macam cara nak bercuti ke Langkawi. Ada yang naik kapal terbang, kereta dan bas. Wanita ini berkongsi pengalaman ke Langkawi naik tren ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dengan anak kecilnya. Bagi anda yang nak merasa perjalanan advanture begini boleh bawa anak-anak naik tren ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) sementara cuti sekolah masih berbaki.
Kata Hidayah Ismail dalam status facebooknya, “Mama Harraz Adriey share serbs sedikit pergi Langkawi naik ETS. Untuk yang ada anak-anak tu kena try bawa naik ETS. Seronok sangat-sangat.
“Insya Allah next year daddy bawa semua pergi lagi. Nak pergi semua tempat pula lepas ini.”
Bila dah sampai Langkawi, jangan lupa melawat tempat-tempat menarik terutama keliling pulaunya yang cantik itu. Wanita ini juga kongsikan destinasi yang mereka pergi dan cenderahati yang sempat di bawa pulang.
Beli tiket ETS dari KL Sentral ke Arau (RM73 Dewasa) * Ini harga tiket sehala
Beli tiket sebulan awal (Lagi awal lagi bagus)
Jangan lupa beli tiket pergi dan balik. * Wanita ini beli tiket di kaunter ETS. Anda juga boleh layari KTM Online untuk info lanjut berkenaan jadual perjalanan dan senarai tambang tren ETS.
Ada 3 jenis tempat duduk.
Kalau nak selesa masa membeli tiket, minta seat menghadap arah pergi.
Ada seat yang menghadap berdepan. Dekat bawah kerusi pula ada plag.
Harraz Adriey seronok sangat.
Ambil teksi pergi ke jeti Kuala Perlis dalam 30 minit (RM26 1 teksi) dekat situ ade tempat teksi.
Naik feri dari jeti Kuala Perlis turun ke Langkawi dalam 1 jam 15 minit (RM18 dewasa)
Korang boleh sewa kereta dekat sini. Macam-macam kereta ada
Harraz dengan Mama nak pergi pulau
Sampai di Beras Basah Island
Cantik sangat-sangat air dekat sini.
Korang boleh mandi (kalau bawa anak-anak, bawa baju untuk tukar)
Dekat sini korang boleh tengok helang banyak makan kulit ayam.
Harraz mandi.
Tasik Dayang Bunting. Sampai juga akhirnya. Mendaki bawa Harraz Adriey
Beli cenderahati untuk kenangan Mama & Harraz (lupa nak beritahu gambar ni RM10 je tau)
Siapa yang rasa malam-malam tu tak nak pergi tempat shopping. Pergi la sini bawa anak-anak. Macam-macam ada kat sini.
Dekat sini ada kedai-kedai jual cenderahati & pakaian. Kat sini kira murah-murah juga. Tak sempat pergi Beras Terbakar. Orang kata kat situ murah-murah juga cenderahati & pakaian.
Dia dah tak sabar nak turun.
Dari segi harga coklat & pinggan mangkuk korang kena tengok dekat Coco Valley @ Haji Ismail Group * Ada juga netizen yang kongsikan di Idaman Suri pun boleh dapat harga murah.
Tempat wajib singgah beli minyak gamat. Macam-macam jenis minyak korang boleh beli kat sini.
Tak beli banyak pun. Ni je dapat beli.
Banyak tempat penginapan murah kalau korang booking dari awal. Boleh try kat sini Travelog.comuntuk harga yang murah.
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya lebih segar,terjamin kebersihannya malah lebih menjimatkan! Tanpa perlu ragu-ragu.Iyalah jika beli dikedai, adakalanya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya.
Berikut merupakan cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Suhaila Ishak sebagai panduan mak-mak;
“Ragu-ragu dengan kebersihan udang kering yang dibeli, mari buat sendiri, senang dan sedap dijamin bersih lagi halal”
Udang segar (Saya guna udang laut yang kulit keras tu)
Sedikit Garam
1.Rebus udang segar dengan sedikit garam.
2. Rebus sampai kering air.
3. Keringkan udang kering tersebut dengan dua cara;
Cara 1
Jemur dibawah cahaya matahari sampai betul-betul kering.Jika cuaca panas, jemur sehari pun dah boleh kering.
Cara 2
Kalau malas jemur masukkan dalam oven suhu 100-150 darjah. Bakar sampai betul- betul kering dalam 20 minit untuk kekalkan rasa manis udang tu.
4. Bila dah betul-betul kering masukkan dalam plastik, kemudian ramas-ramas je udang kering tersebut untuk asingkan isi dengan kulit udang.
Boleh dikatakan setiap rumah kini, mempunyai penyaman udara atau ‘air conditioner’. Cuaca panas yang berterusan walaupun pada waktu malam, menyebabkan ada antara kita gunakan , memasang penyaman udara sehingga 24 jam! Ia bagaikan suatu ‘keperluan’ demi keselesaan ketika berada di rumah.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus menyebabkan bayaran bil elektrik melambung tinggi setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan;
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.