Kalau tengok video berdurasi 1.39 minit yang viral dirakam oleh pemandu motosikal semalam, aksi pemandu bas Rapid KL yang melanggar beberapa buah kenderaan dah macam dalam filem. Habis disapunya sampai sebuah gerai burger pun jadi mangsa!
Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.
Bayi 2 Bulan Turut Jadi Mangsa
Lagi kasihan, seorang wanita yang memangku seorang bayi berusia 2 bulan pun turut jadi mangsanya. Sampai terpelanting bayinya.
Manalah orang tak tibai dia selepas dicekup orang ramai. Sekarang pemandu berusia 32 tahun itu yang mengalami kecederaan dan dalam keadaan separa sedar kini menerima rawatan di Hospital Ampang.
Ads
Sepanjang aksi mengejar bas itu, empat cedera selepas tujuh kereta dilanggar bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Dalam kejadian lapan buah kenderaan yang membabitkan sebuah bas dan tujuh kereta terbabit dalam kemalangan pada 8 malam itu bermula di hadapan bangunan RISDA di Jalan Ampang dan berakhir di simpang Jalan Ampang atau MRR2.
Ads
Kenderaan Lain Yang Terlibat
Semasa cubaan melarikan diri itu, bas berkenaan turut melanggar beberapa kenderaan lain iaitu Toyota Innova, Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Saga sebelum berhenti.
Ads
Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu (tangkapan).
Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau tetiba serangga masuk telinga, anda jangan kalut masukkan air dalam telinga semata-mata harapkan binatang itu keluar balik. Atau nak mencuba keluarkan serangga itu dengan cutton bud, AWAS! Boleh jadi hasilnya telinga jadi makin sakit!
Jadi apa yang perlu anda buat apabila telinga dimasuki serangga?
Nah, ikut saranan Dr Ezairy M.Sallih ini, moga mak ayah boleh kurangkan sakit kalau telinga anak-anak dimasuki serangga.
Sakitttt!!
Tiba-tiba anak anda mengadu sakit telinga teramat sangat. Anda ‘suspect’ ada serangga masuk ke dalam telinga. Terasa ada objek atau hidupan bergerak-gerak.
1. Bertenang. Ini paling penting.
2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!
3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.
4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.
5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.
6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.
TIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.
Haaaa… lepas ini kalau tengok gaya anak kecil macam pelik main telinga siap menangis, sila bawa jumpa doktor dengan segera!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Luahan hati pendidik ini amat perit untuk ditelan. Ianya kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Bila anak yang meniti usia remaja, berjauhan dari ibu dan ayah, ditempatkan di asrama tentulah tanggungjawab itu diserahkan pada pendidik.
Apabila berlaku satu-satu kes melibatkan pelajar, bukan semuanya dapat diselesaikan seperti mana yang sepatutnya. Kerana komunikasi antara ibu ayah dan pendidik adakalanya tidak seiring.
Perkongsian Ezatul Mariniseharusnya membuka mata ibu ayah yang kala ini mempunyai anak-anak baik lelaki mahupun perempuan yang tak lagi tinggal sebumbung dengan mereka. Berjauhan di asrama.
Agar, ibu ayah berikan kepercayaan pada pendidik untuk membentuk disiplin mereka. Asalkan ianya tak menyakiti dan memberi kemudaratan pada anak, ibu ayah berikanlah ruang dan peluang itu.
Seorang anak perempuan didapati kerapkali melakukan kesalahan keluar masuk kawasan institusi tanpa kebenaran. Beliau juga pernah ditangkap keluar bermalam ke rumah teman lelakinya. Dek kerana acapkali kes berlaku, panggilan terpaksa dibuat untuk memaklumkan kedua ibu bapanya.
“Kami pun dah tak tau nak buat apa. Dia memang liar.” itu sepatah jawapan si ayah
Seorang anak lelaki tertangkap memasuki kawasan asrama perempuan dan berdua-duaan dalam kawasan asrama dari tengah malam hingga awal pagi. Setelah terbukti kes, ibu bapa pelajar terpaksa dipanggil.
“Hello mak. Ni nak bagitahu lah…terbuat lawak bodoh pulak, kena tangkap sebab masuk asrama perempuan.”
Dalam kes ini, bapa pelajar perempuan datang dengan linangan airmata dan wajah penuh kekecewaan manakala keluarga pelajar lelaki langsung tidak kelihatan
Seorang pelajar perempuan didapati tiada dalam bilik. Bermakna pelajar ini bermalam atau keluar kawasan institusi tanpa kebenaran. Bila dihubungi ternyata suara lelaki yang menjawab panggilan.
Mungkin menyedari bahawa yang menghubungi adalah pengurusan pelajar, panggilan itu tidak lagi dijawab. Panggilan dibuat kepada ibu pelajar untuk memaklumkan bahawa anaknya tiada di bilik dan ini melanggar peraturan.
“Ehhh saya kenal budak lelaki tu…mereka berkawan saja. Jangan ganggu lah mereka. Mereka nak belajar.”
Itu beberapa realiti yang perlu dihadapi Dan tangani oleh segelintir golongan pendidik yang juga menawarkan diri mereka menjadi pengganti ibu bapa yang menjaga kebajikan dan permasalahan anak-anak di sekolah mahu pun institusi pengajian.
Semasa menerima anak-anak ini di hari pertama pendaftaran, saya percaya kebanyakan dari mereka berazam dan berikrar untuk mendidik dan menjalankan amanah mengawasi dan membentuk anak-anak ini yang sebahagiannya baru pertama kali berjauhan dengan keluarga dan merasai hidup di luar kawalan ibu dan bapa.
Tidak ada, saya yakin seorang pun dari mereka yang gembira melihat sekiranya anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa ini berubah menjadi anak-anak yang hilang kawalan diri dan terjerumus kepada gejala yang tidak baik.
Namun adakalanya, sikap segelintir ibu bapa yang terlalu meletakkan kepercayaan kepada anak-anak mengekang usaha pembentukan peribadi anak-anak ini.
Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi bilamana seorang anak bersungguh-sungguh menuduh pengurusan pelajar enggan menghantar anaknya yang sakit ke hospital waktu tengah malam dan si anak juga bersungguh mengatakan akibat tidak dibantu sakit yang dihidapnya semakin memberat. Mujur, di hadapan ibu bapanya, penipuan beliau dapat dibongkar.
Namun, tidak dinafikan ada juga ibu bapa yang sangat mudah memberikan kerjasama dan bantuan. Sentiasa prihatin dan memahami apa sahaja yang ditegaskan oleh pengurusan adalah untuk kebaikan anak mereka juga.
Agak sukar untuk agenda membentuk sahsiah dan akhlak itu hendak dilaksanakan sekiranya tiada komitmen dan kerjasama semua pihak. Skrip, “yang puan beria ni kenapa? Kami sebagai ibu bapa pun tak pernah bising” sudah terlalu klise
Dialog seperti “tolonglah puan, jangan kenakan tindakan berat kepada kami atau anak kami” juga sudah terlalu kerap kami hadap.
Jika di satu pihak menyangkal peranan guru dalam mendidik anak-anak dan turut menghalang proses penguatkuasaan undang-undang, generasi apa lah yang hendak kita wujudkan pada masa hadapan.
Isu biadab, hilang pekerti dan daif susila sudah terlampau banyak dilambakkan. Mungkin yang perlu sama-sama diperhalusi, peranan dan tanggungjawab dalam memperbetulkan keadaan.
Bukan tujuannya untuk tuding-menuding jari meletakkan kesalahan, namun jalan yang terbaik adalah mencari titik pertemuan. Bagaimana membentuk sinergi agar kemelut isu sosial dan akhlak dapat ditangani secara kolektif dan saksama…
*Saya juga mempunyai anak remaja yang dititipkan ke asrama. Sungguh, setiap hari perasaan saya libang-libu. Mana nak memikirkan bimbang dia terlibat dengan masalah disiplin, bimbang andai dia biadab dengan para pensyarah, juga tak jemu mendoakan anak agar menjaga solat dan akhlak*
Disamping mendoakan yang baik-baik untuk anak kita, ayuh kita sama-sama berikan ruang dan peluang untuk anak kita dididik dan dibentuk insan lain di kala kita tidak berkesempatan melaksanakannya
Besar tanggungjawab mak ayah. Bukan sekadar memberi makan dan minum, malah menyuntik rohani anak-anak dengan jiwa cintakan Al Quran juga amanah yang perlu mak ayah laksanakan. Inilah yang dirasai oleh personaliti TV, Aidid Marcello, 38 ketika melaksanakan majlis khatam Al Quran anak lelaki pertamanya, Iman.
Melaksanakan peranan memberi pendidikan Al Quran pada anak-anak bukan satu usaha yang mudah. Beliau sendiri akui ianya sarat tanggungjawab. Berat.. namun sebaik berjaya melakukan, kelegaan yang datang.
Aidid berkongsi pesanan ini untuk anaknya, Muhammad Iman, yang khatam Al Quran baru-baru ini. Titipan ini juga ditujukan untuk anak-anaknya yang lain, Alyea Nai Lina, Muhammad Yusof dan Muhammad Ibrahim.
“Hari ni daddy sedih dan gembira dengan anak boy daddy, Iman Marcello sebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni.”
“Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy untuk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam.
“Daddy & mummy sentiasa mendoakan kejayaan Iman dan semoga hati Iman akan sentiasa terang untuk terus membaca Al Quran sampai bila-bila!
“Kerana seperti yang kita tahu, teman pengakhir kita, tak kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macam mana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan-kawan dan pangkat kita, hanya tinggal di dunia, manakala Al Quran lah yang bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur.”
Dalam pada itu, suami kepada Norzie Pak Wan Chek, 43 ini menjelaskan nasihat yang dikongsikan untuk anaknya juga ditujukan untuk dirinya dan ahli keluarganya.
“Nasihat untuk saya sendiri juga, sama-samalah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al Quran.
“Sepertimana kita resah tak check IG & FB, macam tu jugaklah kita kena rasa resah kalau tak membaca Al Quran (susahkan nak buat?).”
“Doakan juga untuk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa di bawah petunjuk yang benar, amin! Salam untuk semua!”
Sekitar Jun lalu, Aidid menjalani pembedahan pada bahagian lutu kirinya dan berehat selama 22 hari. Sepanjang tempoh itu, isterinya, Norzie begitu cekal menjaga suami yang sakit. Dalam masa yang sama, Norzie juga masih lagi menjadi penyampai berita Nightline.
Dan sepanjang Norzie menjaganya, yang kadangkala pulang sampai ke rumah jam 1 pagi. Tidak pun isterinya bersungut melaksanakan tanggungjawab itu. Sampaikan Aidid berasa sayu dan menitipkan doa yang baik untuk isterinya itu.
“Ya ALLAH, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit-penyakit merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia seperti mana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.
“Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang kita tahu tahap pengorbanannya hebat bagi membantu kita, amin. Saya doakan untuk semua juga.”
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.