Semalam kita dikejutkan dengan berita lima remaja yang kena tikam oleh jirannya pada pukul 2.30 pagi berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising pada waktu malam sejak lima tahun lalu.
Punyalah lama kemarahan itu dipendam, akhirnya lelaki itu yang hilang pertimbangan dan nekad menikam jirannya serta rakan-rakan yang lain dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil.
Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.
Ads
Memang Pernah Ditegur
Suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.
Ads
“Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan. Dia rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam…”
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.
Ads
Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.
Info: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bersyukurlah anda yang berpuasa di Malaysia dan dapat menikmati juadah berbuka enak dengan ahli keluarga. Berbeza dengan Dr Soo Wincci, 33 sudahlah berpuasa 16 jam lamanya di Sepanyol, juadah berbukanya cuma roti dan kentang serta segelas susu saja.
Semuanya demi mahu menjimatkan wang sepanjang pengajiannya di luar negara. Di sebalik cerita pengajiannya ini ada ujian getir yang perlu ditempuh. Dari seorang Miss World Malaysia (2008) yang dulu punya segalanya, kerana ujian hidup dia hilang segala-galanya termasuk sumber pendapatan dan perniagaan.
Dan jiwa kentalnya percaya cuma satu, iaitu pelajaranlah yang dapat menjadikan dirinya bangkit semula dan dihargai di mata dunia.
Akuinya dalam instagram miliknya, “Perjalanan impian yang sangat susah. Banyak benda yang tersirat di belakang, tapi ia membuka mata Wincci dengan semua orang kat sekeliling.”
Dalam temuramahnya bersama Berita Harian pula menjelaskan dia menjejakkan kaki ke Sepanyol dalam keadaan hutang keliling pinggang. “Syarikat saya terpaksa ditutup dan rakan niaga terpaksa membantu menyelesaikan masalah hutang.”
Di Sepanyol dia pernah mengikat perut apabila berdepan masalah ketiadaan duit semasa menyambung pengajiannya itu di Berklee Music of College, Valencia, Sepanyol dalam jurusan Sarjana Muzik pengkhususan Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi.
Pernah wang simpanannya tinggal 1 Euro (RM4.70) dan dia cuma mampu menjamah roti dan kentang kerana katanya lebih murah. Dan inilah juga juadah buka puasanya untuk beberapa hari ini. Kadangkala cuma bubur kentang, roti dan susu.
Kerana susah dia juga pernah hampir tak menyambung pengajian. Tapi untuk balik ke Malaysia, tanpa mencapai matlamat impiannya tidak sama sekali.
Dia cekal dan kuatkan semangat belajar bahasa Sepanyol, kuasainya sampai mendapat kerja di studio. Dari situlah dia menyara hidup dan pengajiannya.
“Siang saya belajar, malam pula bekerja di sudio.”
Biarpun ada di kalangan netizen yang cuba memberikan bantuan wang ringgit kepadanya, Soo Wincci tegas menyatakan “let me stand up by myself.”
“Wincci tak dilahirkan dengan nasib yang bagus, jadi kenalah lebih berusaha untuk membina masa impian sendiri.” Ternyata Soo Wincci wanita kental.
Dan hari ini, wanita ini yang pernah berduet dengan joe Flizzow (lagu Terus Teranglah) tekad mahu mengubah hidupnya. Dirinya percaya pendidikanlah yang dapat mengubah hidupnya menjadi lebih baik.
Sebab itulah walau sudah menerima gelaran doktor falsafah (PhD) dari OUM tahun 2016, memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Sarjana dalam bidang pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia, dia sama sekali tidak akan berhenti.
Soo Wincci menyambung setahun lagi pengajian di Sepanyol sebelum melebarkan impiannya mahu melangkah ke Amerika Syarikat untuk menggenggam impian Doktor Falsafah (PhD) kedua di Universiti Harvard atau Universiti New York.
Sakit gastrik di bulan puasa ini normal terjadi. Sebab permulaan bulan Ramadhan inilah kita sedang melatih perut, berlapar di siang hari. Nak tahu lebih lanjut kenapalah mudah bebenor gastrik tu terjadi, baca info daripada Jururawat Terlatih, KKM, Nur Nabiila Masfuzah (Bel Nawhen).
Sebenarnya, pesakit gastrik pun boleh berpuasa dengan aman dan tenang. Ada cara untuk membolehkan anda melaluinya. Panduannya diberikan di bawah ini.
Berpuasa dan gastrik tidak dapat dipisahkan. Malahan kebanyakan kes yang dijumpai sepanjang saya menjadi seorang Jururawat adalah gastrik di bulan puasa.
Gastrik merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan pedih ulu hati. Walau bagaimanapun, dari istilah perubatan ia dikenali sebagai radang yang berlaku di lapisan permukaan perut.
Ia biasanya disebabkan samada oleh jangkitan kuman Helibactor Pylori, alahan, pengambilan ubatan seperti ubat tahan sakit ataupun habit merokok.
Tanda-tanda penyakit gastrik adalah seperti rasa sakit di ulu hati, kembut perut, rasa loya dan diikuti muntah-muntah.
Bagi mendiagnos seseorang mempunyai penyakit gastrik, pengesahan dari doktor adalah perlu supaya mereka dapat mengenalpasti faktor penyebab berlakunya penyakit itu.
Selain itu beberapa pemeriksaan details akan dilakukan seperti endoscopy iaitu memasukkan tube berkamera melalui mulut terus ke lapisan duodenum dan perut pesakit (OGDS). Tujuan dilakukan pemeriksaan ini adalah untuk melihat radang di dalam perut atau tujuan pengambilan sample ujian.
Perkara yang boleh diamalkan oleh pesakit gastrik ketika berpuasa adalah dengan ;
1. Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan.
Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu.
2. Makan nasi separuh pinggan, dan ambil lauk seperti ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut, oat atau roti.
3. Seeloknya segerakan berbuka dan melewatkan waktu bersahur.
4. Bagi mereka dengan gastrik, seeloknya elakkan :
√ Makanan bergoreng
√ Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
√ Minuman bergas
√ Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
√ Merokok
√ Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
√ Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
√ Berbuka dengan kuantiti yang banyak
5. Bagi pesakit yang di dalam regime ubatan, pesakit dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur untuk ambilan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur untuk ambilan dua kali sehari.
6. Anda perlu tahu bahawa makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
7. Dan anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.
8. Anda dinasihatkan untuk minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur.
Mengalami gastrik, tidak menghalang anda dari berpuasa.
Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang hebat dalam bidang masakan serta mempunyai hampir 253 000 pengikut didalam instagram. Kerap memuat pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.
Semalam, Yatie Kitchen ada berkongsi tip dan video resipi bagi menghasilkan Nasi Goreng Kampong yang sedap. Rupanya rahsia bagi menjadikan Nasi Goreng Kampong bertambah sedap adalah tidak menggunakan bawang merah seperti kebiasaan yang ramai mak-mak buat.
“Setiap orang ada cara yang tersendiri masak nasi goreng kampong, tapi nie cara saya masak “Nasi Goreng Kampong “, ianya sangat simple tapi sangattt sedap (sapa nak puji lagi hahahhaha lol ) Selamat Mencuba ! #carasaya ( saya tak letak bawang merah sebab bila letak bawang merah dia punya rasa macam tak kick , tapi bila tak letak , omg !! Sesuatu Nasi Goreng Kampong ni !!”
Lebih istimewa, perkongsian resipi Nasi Goreng Kampung oleh Yatie Kitchen, mendapat perhatian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk mencubanya sendiri. Ibu kepada Siti Aafiyah ini, telah repost perkongsian resipi tersebut dan menyediakan Nasi Goreng Kampung ini untuk hidangan sahur buat suami tersayang, Dato’Sri Khalid Mohamad Jiwa, pagi tadi. Malah, penyanyi lagu Si Comel Pipi Merah ini turut mengakui kesedapan resipi yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen.
“Memang sedap, kita pun baru masakkan nasi goreng ni untuk sahur suami tersayang, bagi yang takde idea nak sahur apa? Inilah jawabnya.”
Cili padi
Bawang Putih
Ikan Bilis
2 biji telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Cendawan
Garam
Nasi Putih
Daun Sup
1.Goreng 2 biji telur dan letak tepi kuali.
2.Tumis cili padi, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk, biarkan sehingga sederhana garing.
3.Masukkan garam dan kacau kemudian masukkan pula nasi putih.
4.Masukkan daun sup dan serbuk lada sulah.
Siap! Selamat Mencuba!
Cukup mudah kan! Jadi mak-mak boleh lah cuba resipi Nasi Goreng Kampung ikut resipi ini.Boleh buat untuk hidangan berbuka puasa ataupun untuk menu bersahur nanti.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.