Sebelum ini, kes lebih kurang yang sama melibatkan seorang wanita, kali ini lelaki yang sedang menjalani proses kuaranton Covid-19.
Anak saudara yang curiga bekalan makanan yang dihantar sebelum ini masih belum disentuh, lalu menemukan bapa saudaranya meninggal ketika kuarantin sendiri di rumah.
Barangkali sudah tiba ajalnya, tidak akan lambat walau sesaat. Semoga ahli keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian getir ini.
Lelaki DiTemui Meninggal Ketika Kuarantin Sendiri
Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.48 pagi dan seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kematian Zuraimi Abd Aziz, 51, disedari anak saudaranya apabila menemui mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan.
“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini belum disentuh, dia menjenguk dari tingkap dan mendapati bapa saudaranya itu dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri atas sofa.
“Anak saudaranya kemudian menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada pihak bomba untuk melihat keadaan mangsa.
“Pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Mingguan Wanita : Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Zuraimi Abd Aziz dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah. Sekiranya anda sedang menjalani kuarantin, beritahu jiran atau keluarga terdekat, bimbang perkara sebegini berlaku kepada kita.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Dipukul guna tukul besi, lelaki ditahan selepas disyaki serang kanak-kanak perempuan. Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.
Dipukul Guna Tukul Besi, Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Serang Kanak-Kanak Perempuan
Insiden tersebut mencetuskan kecaman ramai selepas rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita yang memaklumkan anak perempuannya diserang seorang lelaki pada jam 5.19 petang, Sabtu lalu.
“Mangsa yang berusia 12 tahun mengalami pendarahan di kepala dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.
“Keadaannya kini dilaporkan stabil dengan kecederaan koyakan di kepala serta bengkak di tangan kanan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.
Susulan laporan tersebut, pihak polis dari Balai Polis Tun Aminah telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di kediamannya sekitar kawasan Johor Bahru pada hari sama, kira-kira jam 7.25 malam.
Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan warga tempatan berusia 39 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, termasuk kes berkaitan dadah. Ujian air kencing yang dilakukan juga mengesahkan suspek positif methamphetamine.
“Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman selama tujuh hari bermula Ahad hingga 2 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” tambah beliau.
Sebelum kejadian dilaporkan, satu video berdurasi 2 minit 19 saat telah tersebar di media sosial. Video tersebut memaparkan seorang lelaki mundar-mandir di kawasan berhampiran lif, manakala beberapa orang kanak-kanak perempuan turut kelihatan berada di lokasi.
Terdengar jeritan daripada salah seorang kanak-kanak sebelum lelaki itu dilihat melarikan diri dari tempat kejadian. Kanak-kanak perempuan seterusnya memasuki lif dan memegang kepalanya yang berdarah.
Kes ini terus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat, terutamanya mengenai keselamatan kanak-kanak di kawasan perumahan awam. Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif serangan tersebut.
Mak-mak memang suka simpan lauk basah banyak-banyak dalam peti, senang nak masak dan lebih bersih masak sendiri. Sedap pun sedap!
Tetapi kalau tak kena cara, stok yang disimpan itu cepat busuk dan tak segar. Nak tahu macam mana cara yang betul simpan sayur dan lauk ikan basah, anda boleh cedok idea Puan Cik CA ini…
Cara Simpan Sayur
Sayur tak perlu basuh cuma simpan dalam bekas yang lapik tisu dapur jenis yang kuat serap air dengan kedap udara. Tak perlu lembabkan pun. Bila nak guna baru basuh bersih rendam 3-5 minit dengan air garam bagi hilang kotor.
Insyaallah tahan segar berminggu. Kalau nampak tisu pada bahagian bawah lembab dah sbb air turun terutama timun, tomato, cili, sila tukar tisu. Guna tisu dapur yang kuat sikit serap airnya. 2 lapisan dan lipat ea. Ini cara CA.
Simpan Lauk Ikan
Ikan keli nak buang hanyir basuh dengan gandum dan buang darah pekat. Sama juga ikan lain. Darah pekat yang melekat pada celah-celah tu gosok. Baru tak hanyir.
Nasib baik CA giliran sayur ja. Kalau tak jenuh nak basuh susun barang basah. Yang jenis kerja berat kita bagi pada incik somi ja.
So nak makan kuarkan bekas dan rendam. Terus habiskan. Ayam ikan daging segar sbb tak keluar masuk direndam banyak kali.
Siapa geng camni sepp sekali!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka wanita ini memang hebat dan memiliki kekuatan yang luar biasa hebatnya, apatah lagi dengan selamba membuktikan mampu melakukan aksi angkat berat hampir 200kg.Bukan semua orang mampu lakukan.
Reaksi Spontan Orang Ramai
Seorang wanita yang melakukan aksi angkat berat 192.78 kilogram (kg) menjadi tular di media sosial disebabkan pelbagai reaksi spontan orang ramai di gimnasium terhadap pencapaiannya yang mengagumkan itu, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Sherein Abdelhady, 25, dari negeri New Jersey merakam percubaan pertamanya untuk mengangkat beban yang sangat berat itu bulan lalu. Dia memutuskan untuk berkongsi rakaman itu di TikTok dimana ia menjadi tular.
“Angkat berat 192.78 kg adalah hebat, tetapi melihat reaksi semua orang adalah lebih mendebarkan,” tulisnya pada pada video tersebut.
Menerusi klip yang ditonton lebih 28 juta kali itu, wanita yang merupakan seorang ahli terapi fizikal dan memiliki jenama pakaian sukan sendiri itu dilihat melakukan aksi angkat berat itu ketika diperhatikan rakan-rakannya dan pengunjung di gimnasium tersebut.
Ramai lelaki malah menghentikan senaman mereka untuk melihat aksi wanita itu. Jisim itu lebih berat daripada jisim sebuah motosikal, seekor gorila atau empat beg simen.
“Mengangkat jisim seberat itu adalah momen yang paling tidak dapat dilupakan. Saya benar-benar fokus dan tidak sedar sesiapa yang sedang menonton.
“Ia bukan perkara biasa untuk melihat seorang wanita mengangkat berat sebanyak itu setiap hari di gimnasium,” jelas Sherein kepada agensi berita Jam Press baru-baru ini.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.