Cuma 7 Minit Masak Bubur Beras Beku, Jimatkan Masa Mak-mak Bekerja Ada Anak Kecil

Share

Ini satu lagi teknik best masak bubur untuk bayi anda. Guna beras yang dah dibekukan dalam freezer. Tip yang dikongsikan Puan Aza Razif ini akan menjimatkan masa memasak bubur anak.

Actually tip bekukan beras ini sangat sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kesuntukan masa. Housewife yang nak jimat masa pun boleh juga guna tips ini

.”

Tujuan beras perlu dibekukan adalah untuk beri beras itu cepat kembang. Dan mak-mak tak perlu tunggu lama waktu memasak bubur.

Mungkin ada sesetengah ibu yang dah tahu tip ini. Bagi yang belum tahu dan pertama kali dengar, bolehlah rujuk cara membuatnya pada setiap gambar.

Cara Masak Bubur Beras Beku

 

Basuh beras bersih-bersih dan masukkan dalam bekas kecil.

 

Isi air melepasi paras beras.

 


Beras yang dah siap isi air, terus masukkan dalam freezer untuk dibekukan.

 

Beras yang dah beku sedia untuk dimasak.

 

Lalukan bekas beras beku dekat air.

 

Beras beku selepas dikeluarkan dari bekas.

 


Terus masukkan dalam periuk tanpa perlu defrost beras tu.

 

Tambah air lagi ikut sukatan yang diperlukan.

 

Selepas 5 minit beras dah kembang! Dalam 7 ke 10 minit macam itu, siaplah bubur nasi tu. Tekstur dia pun cantik dan halus je.

 

Sumber/Foto : Aza Razif via Geng Memasak Untuk Anak (GMUA)

IKLAN