Ini satu lagi teknik best masak bubur untuk bayi anda. Guna beras yang dah dibekukan dalam freezer. Tip yang dikongsikan Puan Aza Razif ini akan menjimatkan masa memasak bubur anak.
“Actually tip bekukan beras ini sangat sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kesuntukan masa. Housewife yang nak jimat masa pun boleh juga guna tips ini.”
Tujuan beras perlu dibekukan adalah untuk beri beras itu cepat kembang. Dan mak-mak tak perlu tunggu lama waktu memasak bubur.
Mungkin ada sesetengah ibu yang dah tahu tip ini. Bagi yang belum tahu dan pertama kali dengar, bolehlah rujuk cara membuatnya pada setiap gambar.
Cara Masak Bubur Beras Beku
Ads
Basuh beras bersih-bersih dan masukkan dalam bekas kecil.
Isi air melepasi paras beras.
Beras yang dah siap isi air, terus masukkan dalam freezer untuk dibekukan.
Ads
Beras yang dah beku sedia untuk dimasak.
Lalukan bekas beras beku dekat air.
Beras beku selepas dikeluarkan dari bekas.
Ads
Terus masukkan dalam periuk tanpa perlu defrost beras tu.
Tambah air lagi ikut sukatan yang diperlukan.
Selepas 5 minit beras dah kembang! Dalam 7 ke 10 minit macam itu, siaplah bubur nasi tu. Tekstur dia pun cantik dan halus je.
Sumber/Foto : Aza Razifvia Geng Memasak Untuk Anak (GMUA)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami yang baik dan penuh cinta, bila dia dapat tahu isterinya mengandung, perkara pertama yang dia buat mesti tak bagi isteri buat kerja rumah berat-berat. Haa.. samalah halnya dengan Norman Hakim yang melayan isteri, Memey Suhaiza penuh manja.
Ini diakui sendiri oleh Memey, 29 bila mana suaminya itu memenuhi setiap keperluan pentingnya semenjak dia mengandungkan anak ketiga mereka.
“Tq suami. Rutin wajib setiap hari. Cuma sekarang untung sikit sebab tak yah buat sendiri. Semenjak mengandung segala keperluan yang penting suami buatkan.
“Bukan mengada-ngada suruh. Memang tak suruh pun. Sebab kalau ikutkan, saya ligat dan aktif je setiap hari. Tak ada alahan tak ada apa.
“Setiap hari meneruskan aktiviti kerja macam biasa. Penangan amalkan ephyra juga. Alhamdulillah rezeki. Suami nak buat. Tanggungjawab dan nak rebut pahala katanya. Tq love semoga sentiasa dalam lindungan Allah.”
Betullah apa yang Norman buat itu. Bila suami memudahkan urusan isteri dan keluarganya, Allah akan berikan pahala dan memudahkan juga rezeki dan urusan suami itu.
Norman Hakim ini rupanya bukan saja rajin membantu Memey. Dia juga menjaga isterinya dengan baik. Malah bila Memey perlu check up kandungan dengan Dr Zarina Bebe, Norman akan ikut sama.
Macam baru ini, Norman siap kongsi video check up isterinya itu. Memanglah emosi mak ayah yang nak ada baby ini mudah tersentuh.
Dalam video yang dikongsikan semasa 3rd check up untuk trimester pertama Memey Norman sempat mendoakan isteri dan zuriatnya itu.
“Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.
“Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya, taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.”
Masa Norman belum tahu yang Memey mengandung pun dia dah boleh ‘rasa’ perasaan yang sesetengah bakal bapa boleh rasai.
Ujar Norman tak lama dulu, “Tak tau nak cakap macam mana. Tapi macam boleh rasa ‘pembawakan’ tu since 2 minggu (ketika status ini ditulis) yang lepas.
“‘Rasa’ tu tak pernah bohong. Kali ni ‘rasa’ similiar macam masa Marissa Dania dalam kandungan dulu. Lebih kepada diri sendiri yang ‘kena’ berbanding dari ibu yang mengandung.”
Agak-agak kandungan Memey kali ini Puteri tak? Jomlah kita doakan yang baik-baik untuk kehamilan Memey ya.
Kata Memey, “Semenjak saya mengandung ramai yang kalau terjumpa minta doakan diberi peluang yang sama. Dan sekarang menjadi doa wajib saya setiap kali saya doakan untuk anak dalam kandungan saya.
“Saya doakan juga buat para sahabat ig saya sama ada kenal atau tidak. Supaya Allah perkenankan setiap doa para isteri yang ingin merasai pengalaman ini.
“Subhanallah biar kita sama-sama rasa. Jangan pernah berputus asa. Bersangka baik selali. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perancangan kepada semua yang berusaha ke arah ini.
“Sama-sama kita doakan tau.” Luahnya dalam instagram miliknya.
Memey juga tak lupa bawa anak-anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 ketika check up kehamilan.
“Asyik mummy selalu cerita pasal baby je. Ni bagi tengok sendiri perkembangan adik. Jangan tanya boy ke girl sebab tak nampak lagi. Muka tu antara faham dan tidak jer.”
Rupanya ada peristiwa menyentuh hati jadi waktu check up kedua waktu trimester pertama dulu. “Anak-anak bertuah mummy. Bila mummy tanya Awishz nak adik boy ke girl? Dia jawab : boy.. hehe”
“Tapi part paling tersentuh bila Dr Zarina minta @awishzarisz kurangkan menyusu mummy sebab adik dalam perut pun nak juga. Awishz ‘hi five’ dengan Dr, tanda janji. Adik antara daham dan tidak.
“Semalaman dia cuba untuk ingat janji dia. Tapi bila rindu minta juga sikit. Aduhai, berat hati mummu. Tapi mummy sayang @awishzarisz dan mummy sayang adik baby juga. Doakan mummy sihat selalu.” Amin..
Kecoh di media sosial, rata-rata netizen panas dengan berita seorang bayi perempuan berusia 47 hari maut selepas dipercayai didera keluarganya di Kampung Tok Panjang, 10.45 pagi.
Apa yang cukup menyedihkan, bayi kecil itu mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.
Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.
“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.
“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.
Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pendarahan dalam kepala.
Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.
Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.
Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu.
Sumber: astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Benarlah ‘Cinta itu perlu diluah, sayang itu perlu ditunjuk.’ Usah terlalu ego sampai buatkan pasangan memendam rasa cinta sendirian. Begitulah berharganya pesanan seorang kakak, Erma Fatima buat adik iparnya, Ardy Damis.
“Ini bukan dongeng atau cerita kelakar. Ini realiti. Bagaimana kita hendak hidup sebagai suami isteri kalau kita sendiri tidak pernah dengar ucapan cinta itu dari mulutnya.
“Benar.. cinta itu bukan hanya dari lafaz tetapi dari perilaku. Kalau dua-dua pun tak ada. Kan ke naya. JANGAN LOKEK UNTUK MEMBERITAHU PASANGAN KITA YANG KITA SAYANGKAN DIA. KITA PERLUKAN DIA DALAM HIDUP KITA.
“Barulah pasangan kita akan merasa dia dicintai. Dia diperlukan…”
Adik ipar bongsunya itu juga perlu melalui satu fasa perjalanan yang panjang untuk tempoh 2 setengah bulan dalam melengkapkan permintaan MAHAR kakak iparnya itu. Berulang alik ke masjid demi menghabiskan bacaan ayat suci Al Quran. Sebagaimana mahar yang diminta Erma iaitu ‘Khatamkan Al Quran’.
Mahar yang diakui Betty Rahmad yang juga isteri Ardy Damis kini telah mengubah sisi baru suaminya. Dan sama seperti mana-mana kakak yang begitu kasihkan adiknya, Erma Fatima juga telah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan penuh cinta.
“KERANA adik aku bukanlah wanita yang sempurna, Maka mahar ini akan menyempurnakan mereka berdua melayari mahligai cinta ini. Tidaklah selayaknya buat kami meminta yang berlebihan.
“Kerana wang bukan pengukur kepada sesebuah keharmonian rumah tangga. Wang mereka boleh cari di mana-mana. Tetapi iman dan taqwa tak boleh dijual beli oleh sesiapa.
“Aku percaya keteguhan sesebuah rumah tangga itu bermula dari khalifahnya. Dan syukur Alhamdulillah.. adik ipar aku memulai dirinya sebagai khalifah dengan mahar ini.
Aku percaya DAMIS mampu mendidik adik aku menjadi Isteri Solehah. Dan MAHAR ini bukan kerana cinta kau pada adik aku TETAPI kerana Allah. Maka kau akan laksanakan tanggungjawab kau menjaga adik ku sebagai amanah dari Allah juga.
“Tidak ada manusia yang mahu berkahwin untuk kehancuran. Andai ada kekurangan maka jangan pernah putus asa untuk memperbaikinya.
“Kerana putus asa itulah yang boleh menghancurkan segalanya dalam kerukunan sesebuah rumah tangga. Jangan jadi seperti aku Betty Rahmad dan Ardy Damis.”
Ternyata pesanan penuh cinta ini bukan saja membuatkan dua pasangan baru suami isteri ini sebak, malah turut dirasai oleh sesiapa saja yang membacanya.
“Andai satu hari nanti adik aku tak lagi cantik di pandangan mata kau. Tidak ada lagi kasih dan cinta kau kepadanya. Maka pulangkanlah dia kepada kami dengan penuh adab sepertimana dengan penuh peradaban dia ku serahkan kepada kau.”
Cukup istimewa Betty Rahmad ini yang begitu disayang kakak-kakaknya, Erma Fatima mahupun Datin Seri Umie Aida. Penyatuan dua keluarga ini ternyata mengembirakan malah menyenangkan kedua-dua belah pihak.
“36 tahun kami hidup bersama. Suka duka.. susah senang.. dan hari ini selesai sudah tanggungjawab aku kepadanya. Aku percaya silaturahim ini akan kekal hingga ke Jannah.”
Selepas selesai semua acara perkahwinan ini. Tentulah yang paling sukar untuk melayari bahtera perkahwinan. Namun, segalanya akan jadi mudah andai ada sikap toleransi, saling bekerja sama dan paling penting CINTAKAN PASANGAN SEPENUH JIWA dengan meletakkan Allah yang utama.
Mingguan Wanita mendoakan pasangan suami isteri, Betty Rahmad dan Ardy Damis moga jodoh mereka berkekalan hingga ke Jannah dan dipermudahkanNya dalam setiap urusan mereka. Amin.