Lagi kes bayi meninggal di rumah pengasuh, satu berita yang kaum mak-mak yang bekerja cukup bimbang setiap kali nak hantar anak pada orang luar.
Walau hati berkecai, namun ibu muda Nur Aziemah Zahari, 26, redha dengan ujian yang mana anaknya maut akibat pendarahan dalam kepala.
Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar yang baru berusia 9 bulan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.49 petang selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh pada Isnin.
Dapat Panggilan Mengatakan Anak Lemah
Ibu kepada bayi tersebut menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, Jumaat lepas.
Sebaik tiba di rumah pengasuh yang berusia 30 tahun, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Ads
Kalau ikutkan cerita dari pengasuh, dia menyedari keadaan bayi lelaki dalam keadaan lemah di ruang tamu selepas keluar dari tandas.
Sedih Bila Tahu Bayi Meninggal
Ibu kepada Firas dan suaminya kemudian membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung sebelum dipindahkan ke HRPB hari yang sama, berikutan keadaan anak tunggalnya itu yang semakin kritikal.
Ads
Dalam masa yang sama, ibu saudara mangsa Azilina Ismail, 36, melahirkan rasa kesal kerana pengasuh tidak menghantar bayi berkenaan ke hospital selepas mendapati Muhammad Faris berada dalam keadaan lemah.
Susulan itu dua laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung dan Balai Polis Sungai Senam.
Ads
“Saya hantar anak dalam keadaan sihat, malah pagi itu saya ada mesej pengasuh dan dia mengatakan anak saya Okay.
Memang terkilan, saya sendiri selalu baca berita macam ni dan saya sendiri takut kalau jadi pada anak saya. Tapi nampaknya Tuhan dan tentukan begitu…”
Menurut sumber Sinar Harian, bayi itu sebelum ini dihantar kepada ibu saudaranya dan baru 3 minggu pengasuh dijaga pengasuh.
Apa pun salam takziah kepada ahli keluarga mangsa, moga kes bayi meninggal yang berkait dengan pengasuh ini tidak lagi berulang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan tempat tinggal. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi. Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
Siti Aisya dan suami idamkan kediaman yang ringkas dan moden.
“Alhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,” ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
“Kami meminati konsep ringkas, minimalis dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCS (AD Creative Studio) untuk menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih. ADCS kemudian drafkan beberapa cadangan untuk kami pilih dan membuat keputusan. Konsep yang dipilih juga mudah untuk kami kekalkan penjagaan dan kebersihan. Kos juga rendah untuk mendapatkan hasil yang moden dan minimalis. Sesuai untuk kami, generasi muda yang masih baru dalam mendirikan keluarga,” ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Bilik mainan puteri mereka yang cukup selesa.
Sanggup Berhabis
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu, dia juga telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
“Sumber inspirasi banyak datang dari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Pinterest. ADCS juga banyak memberi idea dan cadangan. Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami. Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman. Kami juga tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,” sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang ruang vanity di bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
Siti Aisya juga berasa sangat bersyukur kerana syarikat pereka dalaman yang dilantik telahk mentafsirkan rekaan yang sesuai buat ruang yang terdapat di kediamannya. Warna yang dipilih juga berdasarkan pilihan dia dan suami yang gemarkan warna semulajadi dan warna perabot yang dibeli.
Siti Aisya dan suami gembira miliki rumah pertama dan dekorasi yang diidamkan.
Tragedi bas UPSI, Nurly Shahirah meninggal dengan Al-Quran erat dalam pelukannya. Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di KM53, Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Di sebalik ratusan doa yang mengiringi pemergian para pelajar UPSI sejak tragedi ini terjadi, kisah arwah Nurly Shahirah binti Azmi paling menggetarkan jiwa.
Tragedi Bas UPSI
Nurly Shahirah Meninggal Dengan Al-Quran Erat Dalam Pelukannya
Dalam usia 23 tahun, dia bukan sahaja pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Khas malah seorang hafizah Al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk sejak remaja. Al-Quran bukan saja ada di dadanya tapi ketika ditemui pasukan penyelamat Al-Quran berada dalam pelukannya. Satu pemergian yang cukup menyentuh hati.
Menurut perkongsian dikongsi oleh abang arwah, Najmuddin Azman, kenalan arwah berkongsi ketika kejadian menyayat hati itu terjadi, jenazah Nurly Shahirah ditemui sedang memeluk Al-Quran, erat dalam pelukannya seolah itulah “temannya” hingga ke akhir hayat.
“Dia Tak Pernah Tinggal Mengaji”
Menurut abangnya lagi, arwah adiknya terlalu baik bahkan pada pagi pengkebumiannya sekitar jam 4 pagi tadi, begitu ramai yang hadir untuk solat jenazah di Masjid Hadhari Jerteh biarpun waktu mencapai dinahari. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Kg Gong Pasir.
“Dikk..ramainya tunggu adikkk… “Alhamdulilah. Selesai adik di dunia.Terima kasih yang terlibat…
Berkongsi catatan abangnya, arwah dilahirkan di Kampung Paya Berenjut, Kuala Terengganu dan merupakan bekas pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut, sekolah yang melahirkan ramai pelajar tahfiz.
Sejak remaja, arwah telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan istiqamah mengulang bacaan setiap hari. Bahkan di akhir hayatnya, membuktikan dirinya bukan saja hafizah 30 juzuk tetapi penjaga Kalamullah yang dijemput Ilahi dalam keadaan penuh mulia iaitu erat memeluk Al-Quran.
“Dia hafaz 30 juzuk. Dalam beg dia, mesti ada Al-Quran kecil. Dia akan ulang hafazan tiap malam, tak pernah tinggal mengaji.”
Lebih membanggakan, arwah juga pernah menyalin keseluruhan Al-Quran secara tulisan tangan (tahriri) satu bentuk penghayatan dan latihan hafazan yang jarang dilakukan pelajar seusia arwah.
Jenazah Disambut Dengan Air Mata & Doa
Jenazah Nurly Shahirah disolatkan di kampung halamannya di Kuala Terengganu, diiringi keluarga, rakan-rakan dan orang kampung. Ratusan hadir memberikan penghormatan terakhir. Suasana penuh sebak apabila mushaf kecil miliknya turut diletakkan bersama jenazah sebelum dikebumikan.
Ibunya hanya mampu berkata dalam linangan air mata:
“Dia anak yang sangat baik. Lembut orangnya. Tak pernah tinggal solat, selalu baca Quran… Bila dia diam, biasanya dia tengah mengaji.”
Arwah bercita-cita menjadi guru pendidikan khas mungkin tidak sempat memenuhi impian yang tidak tertunai. Tapi kisah hidupnya boleh menjadi inspirasi kepada ribuan wanita seusianya dan mendidik kita semua, tentang cinta pada ilmu, kesetiaan kepada Al-Quran dan ketenangan dalam menghadapi ajal.
Al-Fatihah buat Nurly Shahirah Azman dan seluruh pelajar UPSI yang terkorban dalam tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa orang ramai. Semuanya dengan cerita dan kebaikan masing-masing yang dikongsikan di media massa.
Semoga roh para pelajar ini dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang yang mencintai dan dicintai oleh Al-Quran. Arwah Nurly Shahirah mungkin tidak sempat jadi pendidik di dunia dan sebahagian rakan-rakannya yang turut terkorban tapi kisah gadis muda ini mendidik ummah tentang makna istiqomah. Istiqomah dalam mencintai Al-Quran dan hafalannya.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ain Edruce hamil luar rahim. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ain Edruce yang baru saja keguguran.
Hasrat Ain untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.
Sebelum itu Ain mengetahui dirinya hamil anak kedua namun doktor sahkan kehamilan kali ini berisiko tinggi. Malah doktor juga menasihati Ain agar menjalani prosedur menggugurkan kandungan pada minggu lalu.
“Tahun ini saya tiada rezeki tambah anak lagi. Saya dapat tahu hamil sewaktu menjalani penggambaran di Dubai pada pertengahan Februari lalu.
“Kami buat pemeriksaan dan nampak kantung di kawasan tiub fallopio. Doktor cakap mungkin cyst (ketumbuhan) tetapi sebenarnya saya mengandung luar rahim selama lapan minggu.
“Kami kena cepat selesaikan masalah kerana boleh bawa maut. Jumaat lepas sekitar pukul 8 malam pendarahan saya tidak berhenti selepas doktor cucuk untuk hancurkan tanda-tanda bentuk bayi dalam kandungan,” ujar Ain seperti mana dipetuk menerusi KOSMO! Online.
Traumi Alami Pendarahan Teruk
Ain turut menjelaskan dirinya berasa trauma apabila mengalami pendarahan yang teruk.
“Sebenarnya mental saya sudah sedia untuk kehilangan zuriat kedua kami dan hanya menunggu masa untuk datang bulan seperti biasa.
“Namun, mental saya belum mampu untuk berdepan pendarahan yang teruk kerana sakit sangat.
“Apa yang saya lalui pada Jumaat lepas sememangnya meninggalkan kesan sehingga trauma kerana terlalu sakit. Walaupun sudah ambil ubat painkiller, tetap tak mampu tahan kesakitan,” kongsinya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...