Ilmu pertahanan diri sangat penting bagi seorang wanita. Terutamanya ketika berhadapan dengan detik cemas untuk keselamatan diri.Pelajarilah apa juga jenis ilmu pertahanan diri yang ada, muay thai, tinju, silat, taekwondo dan sebagainya sebagai ‘bekalan’ dalam diri.
Silap besarlah apabila cubaan seorang perompak untuk menyamun wanita yang juga merupakan seorang peninju antarabangsa, tidak kesampaian.
Ternyata tindakan perompak ini yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua, Rio De Janeiro baru-baru ini.
Ads
Senjata Pistol Palsu
Suspek lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menggunakan senjata pistol palsu yang diperbuat kadbod ketika cuba merompak Polyana Viana, 26. Mangsa pada ketika itu sedang menunggu ketibaan pemandu Uber di luar kediaman blok apartmennya ke satu lokasi yang tidak dinyatakan.
Berdasarkan laporan, Polyana Viana, 26, adalah salah seorang peserta wanita Ultimate Fighting Championship (UFC), membelasah suspek hingga berlumuran darah.
Ads
Tumbuk, Tendang & Cekik
Suspek dikatakan mengarahkan Viana untuk menyerahkan telefon bimbit, namun rompakan itu gagal selepas mangsa segera menumbuk dan menendang lelaki itu sebelum mencekiknya hingga polis tiba.
Ads
Viana meminta bantuan pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis selepas menyedari suspek enggan melawan balik.Polis kemudiannya membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan siasatan mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan bagi satu kesalahan jenayah lain.
MW: Barulah buku bertemu ruas. Jangan ingat wanita seorang insan yang lemah. Semoga lebih berhati-hati dan lengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.
Semasa belajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, pelajar bernama Haqim ini antara yang kerap ponteng kelas. Bila mana dia mendapat perkhabaran, pensyarahnya kemalangan dan suami pensyarah meninggal dalam kemalangan bas itu, dia tekad mahu tebus kesalahan.
Selepas tragedi malang itu, Ezatul Marini meneruskan rawatan di hospital. Lama dia di sana, walaupun hatinya berasa rindu mahu pulang ke Semenanjung, faktor kesihatan menyekatnya pulang.
Dekat sebulan terima rawatan, akhirnya ibu ini dibenarkan pulang dan perlu menaiki kapal terbang. Di sinilah berlakunya peristiwa yang menyentuh hatinya sebagai pensyarah.
“Di hari saya tiba dari Kota Kinabalu, sebaik tiba di KLIA, dek kerana saya tidak mampu berjalan, saya diminta tunggu petugas lapangan terbang untuk menjemput saya turun dari kabin dan berpindah ke kerusi roda.”
Menanti dijemput dengan kerusi roda kabin, akhirnya saya nampak kelibat 4 anak muda datang menghampiri tempat duduk saya.
“Assalamualaikum Puan. Sihat hari ni?” ramah anak muda yang seorang ini menegur.
“Puan masih mengajar?”
Terus saya bertanya, “awak ex- PSAS ye?”
Rupanya beliau bekas anak murid saya yang saya ajar semasa beliau di Semester 4.
“Setiap hari saya belek nama penumpang dari KK. Saya tau Puan tentu akan balik. Hari ni bila saya telek nama tu dan sah nama puan, lekas- lekas saya bagitahu kawan, saya nak jemput, tu pensyarah saya.”
Alasan beliau amat comel, beliau hendak tebus kesalahan selalu ponteng kelas English masa belajar di PSAS.
“Alhamdulillah. Basah hati mak guru bila disantuni anak didik sendiri.”
Sebenarnya, dalam kemalangan bas itu, anak Ezatul juga alami kecederaan. Dan selang beberapa minggu, dia dibenarkan pulang ke Semenanjung.
“Hari ini Kakak Ya akan sampai dari KK. Saya sekadar maklumkan beliau (Haqim). Lekas, dia menjawab, saya baru habis shif tapi takpe puan petang nanti saya pergi tunggu dia di airport.
Puas saya khabarkan tak perlu susahkan diri. Kalau dah habis shift, rehatlah saja…tapi beliau bertegas nak membantu.
Kurniakan anak ini sebanyak- sebanyak rahmat dan kebaikan ye Ya Allah…
“Anak didik yang amat berbudi pada kami… minggu lepas beliau berlari- lari jemput saya dari kabin.”
Minggu ini segera juga dia membantu Syahirah Nafeesa walau dah tamat waktu kerja.
Terima kasih Haqim sekali lagi. Semoga Allah balas kebaikan kamu di dunia dan akhirat
MW menghubungi ibu ini untuk bertanyakan lanjut kisah inspirasi anak muda ini, “dia pelajar diploma kejuruteraan mekanikal. Saya pernah mengajar semasa dia di Semester 4. Saya ajar dia Communicative English 3.”
“Semasa di politeknik, saya kurang rapat dengan kelas mereka sebab kekangan kesibukan kerja. Suatu masa dulu saya ada “bond” yang kuat dengan pelajar tetapi dengan kohort mereka saya macam hanya penuhi tuntutan kehendak melengkapkan tanggungjawab mengajar. Namun saya cuba sedaya upaya membimbing mereka.”
“Memandangkan kelas mereka hanya berjumpa saya 2 kali seminggu (sesi 2 + 1 jam) dan saya kerap sibuk dengan hal tugas sampingan, saya kurang mengenali dia dan rakan- rakan.”
Walaupun pensyarah ini kurang jelas dapat mengingati pelajar yang pernah dididiknya, Haqim terus mengingati akan gurunya.
Sebaik kejadian berlaku, kisah kami diviralkan kepada semua pelajar dan alumni politeknik.
Yang amat berbekas di hati saya bila dia kata, “Saya takkan lupakan puan sebab puan pensyarah yang lembut dan tidak pernah marah- marah. Bila saya kerja, segala pesanan puan tentang perlu rajin berlatih guna Bahasa Inggeris rupanya memang benar dan kami perlu, saya jadi teringat sangat dengan puan.”
“Beliau antara beribu pelajar saya yang selalu buat saya rasa segala apa yang saya kongsikan dengan pelajar memberi beribu erti kepada saya. Sebab mereka saya tidak pernah kesal menjadi seorang pendidik.”
Tahun ini merupakan tahun ke-25 Ezatul menjadi pendidik.
“Saya mengajar di sekolah rendah selama 3 tahun, 1 tahun di sekolah menengah dan 16 tahun di politeknik. Sela antara itu adalah ketika saya cuti belajar peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.”
MW mendoakan semoga guru dedikasi ini diberi kesembuhan olehNya. Akibat kemalangan itu, beliau memaklumkan mengalami patah tulang femur sebelah kiri dan telah menjalani pembedahan memasukkan implan pada 29 November tahun lalu.
“Saya perlukan 6 minggu untuk kuatkan implan sebelum dibenarkan berdiri guna 2 kaki. Saya perlu berkerusi roda untuk jangkamasa lebih kurang 3 bulan. Selepas ini saya akan mula menjalani fisioterapi selain rawatan rutin yang lain.”
Ayah ini, Sahrom Ahmad, 59 terbang ke United Kingdom. Hajat hatinya mahu melihat majlis graduasi anak perempuannya, Nur Amalina Sahrom, 28.
Ujian menimpanya. Pada 12 Disember lalu, dia rebah diserang strok. Mengalami pendarahan otak dan perlu dibedah di Hospital Charing Cross, London.
Selepas menjalani proses rawatan kira-kira tiga minggu, doktor yang merawat mengesahkan Sahrom boleh dibawa pulang ke Malaysia.
Menerima rawatan di ICU di luar negara, bukan sedikit bil yang perlu dibayar. Keadaan semakin sukar, apabila polisi insurans pelancongan yang diambil oleh Sharom adalah ‘pay and claim’ (bayar dan tuntut) kemudian.
Keluarga ini kembali buntu. Mahu membawa pulang seorang pesakit yang baru disahkan stabil tentunya memerlukan bantuan perubatan dan logistik bagi membolehkan Sahrom pulang ke tanah air dengan selamat.
Dan semua itu melibatkan kos.
Nur Amalina yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ini memaklumkan kos perubatan bapanya di sana saja dianggarkan berjumlah RM366 000.
Dan kisah pesara swasta yang tak kesampaian melihat majlis graduasi anak perempuannya itu akhirnya viral. Keluarga ini mendapat sokongan dan bantuan daripada badan NGO yang melawat mereka di sana.
Melalui status facebook, Muzammil Ismail, Biro Perhubungan Antarabangsa Armada PPBM, memaklumkan Kelab Bunga Raya – United Kingdom, serta Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Malaysia London, Suhaimi Jaafar, Pengarah Education Malaysia London Assc. Prof Dr Shafie dan staff MARA, JPA telah bertemu dan berbincang dengan keluarga Sahrom melalui Amalina (anak) dan ibu saudaranya, Norehan Desa.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri doktor pakar yang merawat Sahrom, Dr Ismail Dan Dr Mirch dan juga wakil doktor akan membantu proses perpindahan pesakit dari luar negara ini ke Malaysia melalui NGO, Medivac.
Bagaimana pun, keluarga ini masih memerlukan bantuan dana sebanyak RM150K untuk membolehkan membawa Sahrom pulang ke Malaysia.
Tentunya hajat keluarga ini dapat ditunaikan dengan bantuan rakyat Malaysia yang prihatin.
Anda warga prihatin, sudilah hulurkan sumbangan seberapa yang mampu pun agar ayah ini dapat pulang ke tanahair dan menerima rawatan di sini.
Jangan tak tahu, rupanya dating suami isteri ini amat penting dalam rumah tangga. Ini pun salah satu cara nak buat hati pasangan sentiasa bahagia dan tenang.
Diam tak diam, dah 11 tahun pasangan selebriti, pengarah dan pelakon terkenal Fauzi Nawawi, 45 dan Lisdawati, 40 mendirikan rumah tangga.
Fauzi dikurniakan 8 orang cahayamata, yang mana empat daripadanya adalah dari perkahwinannya yang terdahulu.
Sebelas tahun bukanlah satu masa yang singkat bagi sebuah perkahwinan, malah itulah tempoh matang untuk perkahwinan yang dibina.
Biar masa terus berjalan, Fauzi atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Bin Mohd Nawawi mengakui perlunya keluar berdua-duaan dengan isteri, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Binti Nazaruddin.
Akuinya, “Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta. Lesen cinta perlu selalui perbaharui untuk kekal sweet.”
Memang tak dinafikan dating berdua suami isteri, walau baru atau sudah lama berkahwin masa itu tetap perlu dilakukan.
Sebab dating bukan saja nampak sweet, malah masa inilah mak ayah boleh mengimbas memori indah berdua dan memenuhi keperluan emosi masing-masing.
Nampak simple kan dating tu, tapi kesannya hebat dalam memperkuatkan rasa cinta.
Kesabaran seorang wanita selembut dan setegas Lisdawati bukan saja menawan hati suami, malah anak-anak tirinya cukup rapat dengannya.
Dan Fauzi amat berterima kasih dengannya. “Selain daripada ibu yang melahirkan aku, dia adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan aku di tempat yang selesa.”
“Jatuh bangunku sentiasa bersamanya, menjadi tulang belakang kejayaanku.” Luah pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama anugerah 2018 sempena meraikan hari lahir isteri lewat Disember lalu.
“Semoga Allah memberi berkah dan rahmatNya sepanjang hidupmu. I LOVE U so much. Till jannah, doakan yang terbaik untuk kami, insyaAllah,” doa Fauzi.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.