‘Creamy Cheezy Butter Prawn’,Buat Macam Ni Baru Sarang Telur Halus Menjadi!

Share

Selalunya bila buat udang mentega, bab yang ramai ‘failed’ bila nak tabur ‘sarang telur halus’ tu. Tak menjadi bila nak dapatkan tekstur yang betul-betul halus. Rupanya kena tahu teknik dan caranya nak buat telur sarang ni.

Boleh rujuk resipi Creamy Cheezy Butter Prawn dan teknik buat sarang telur yang dikongsikan oleh Puan Suzana Othman ini sebagai panduan;

“Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yang ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.”

“Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.”

Bahan-Bahan (Udang Goreng):

1kg Udang
Garam
Kunyit
1 senduk tepung goreng ayam bestari

Bahan-Bahan (creamy cheezy sauce):

4 ulas bawang putih-cincang
Cili api ikut kepedasan-potong
4 tangkai daun kari
Butter
1 tin susu cair
4 keping keju (lupa nak snap gambar)
1sk serbuk pati ayam
1sk gula
1sk serbuk lada sulah

Bahan-Bahan (Sarang Telur)

4 butir kuning telur
setengah biji butter
minyak

Cara Membuat:

1. Bersihkan udang.Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.Tambahkan tepung goreng ayam bestari, letak air sedikit dan gaul rata.

2. Goreng udang dalam minyak yang cukup panas. Tos dan ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu.Masukkan daun kari dan cili.

4. Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam.

5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg.

6. Apabila dah menggelegak, masukkan udang.

7. Gaul sebentar hingga udang bersalut dengan sauce. Tutup api.

8. Dalam mangkuk lain, pukul 4 butir kuning telur.

9. Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.

10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju-laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau. Tak laju tak halus nanti.

11. Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.

12. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan-tekan telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.

13. Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yang berbaki.

14. Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.

 

 

Baca Lagi Di Sini:
Cucur Udang Gebu Jadi Bulat, Celup Senduk Besi Dalam Minyak Panas!
Udang Goreng Kari Berempah, Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah!

MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba boleh buat sendiri ‘Creamy Cheezy Butter Prawn’ini di rumah. Pastikan ikut teknik yang dikongsikan barulah sarang telurnya halus dan menjadi!

Sumber: Suzana Othman

IKLAN