Di saat negara genting sebegini, mungkin ini adalah salah satu sumbangan yang dapat jururawat yang telah pencen menyumbangkan tenaga kepada bangsa dan negara. Tidak hanya berbentuk bantuan kewangan dan kebendaan, tenaga juga amat diperlukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani isu COVID-19 ini.
Semoga dengan bantuan staf kontrak, jururawat dan pegawai perubatan yang telah bersara masalah ini dapat diselesaikan segera.
Kira-kira 3,000 jururawat dan pegawai perubatan kontrak termasuk yang telah bersara dikenal pasti untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendepani wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian mempunyai senarai nama mereka yang akan dipanggil untuk tujuan itu.
“Kami telah ada nama mereka, kami sedang dalam urusan pengambilan dan mereka akan ditempatkan di bahagian-bahagian mengikut kepakaran mereka,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM600 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani Covid-19.
Peruntukan sebanyak RM500 juta untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan Covid-19.
Ads
Sejumlah RM100 juta pula disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.
Dalam pada itu, KKM juga bersedia untuk menyediakan tambahan 3,000 katil bagi pesakit Covid-19.
Katanya persediaan itu seperti menjadikan fasiliti institut latihan atau asrama sebagai wad sementara untuk merawat mereka yang dijangkiti.
Persediaan juga termasuk menggerakkan petugas kesihatan dari negeri lain untuk membantu hospital yang merawat Covid-19.
Ads
“Kita tidak boleh membina hospital dalam masa 10 hari tetapi dengan berbuat demikian kami harap kami boleh memberi rawatan terbaik kepada pesakit Covid-19 ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kesemua kakitangan kesihatan yang dijangkiti Covid-19 tidak mendapat jangkitan itu ketika bertugas di wad isolasi pesakit itu.
Sebaliknya, mereka mendapat jangkitan daripada perhimpunan ramai dan pesakit yang hadir ke fasiliti kesihatan dan tidak memaklumkan sejarah mereka.
Ads
“Tidak ada kakitangan kesihatan yang dijangkiti bekerja di wad Covid-19, wad isolasi itu adalah tempat paling selamat. Kami mengambil semua langkah berjaga-jaga dan mereka dilindungi daripada virus itu,” katanya.
Sehingga kini, seramai 19 kakitangan KKM dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta disahkan dijangkiti Covid-19.
Sumber: Bernama
MW: Semoga kehadiran jururawat dan pegawai perubatan pencen akan mengurangkan bebaban frontliner buat masa sekarang. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sayu pagi ini apabila Wisma Putra mengesahkan remaja 17 tahun yang dilaporkan hilang. Muhammad Haziq Mohd Tarmizi telah meninggal dunia dalam tragedi solat Jumaat di Christchurch, New Zealand.
Ketika kejadian pada Jumaat lalu, Haziq menunaikan solat Jumaat di masjid Al Noor bersama ayahnya, Mohd Tarmizi Shuib, 42 dan adiknya, Mohd Haris, 12.
Bagaimana pun adiknya terselamat namun mengalami trauma. Bapanya pula ditembak ketika sedang bersujud. Mengakibatkan kecederaan di bahagian belakang badannya.
Selain Tarmizi, dua lagi rakyat Malaysia turut tercedera dalam serangan pengganas. Mereka adalah Rahimi Ahmad, 39 dari Kampung Binja, Bayan Lepas dan Muhammad Nazril Hisham Omar, 46 dari Shah Alam, Selangor. Tragedi berdarah ini juga mengorbankan 50 para syuhada yang lainnya.
Muhammad Haziq dalam bulatan.
Sumbangan Derma Untuk Keluarga Mangsa
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Menteri akan ke Christchurch. Sebagai mewakili kerajaan dalam memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan kejadian tragis ini.
Susulan dari berita ini, Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Husammudin Yaacob mengumumkan akan menyerahkan sumbangan Tabung #Sinar4NZMartyrs. Sejumlah kira-kira NZD30,000 kepada Datuk Seri Dr Mujahid di KLIA kira-kira jam 1 tengahari ini.
Tabung #Sinar4NZMartyrs merupakan inisiatif Sinar Harian/Karangkraf yang mengumpulkan derma daripada orang ramai. Bertujuan membantu keluarga dari Malaysia yang cedera dan keluarga Allahyarham Muhammad Haziq serta mangsa-mangsa yang lain.
“Ini adalah agihan pertama. Insya-Allah agihan selanjutnya akan dibuat dari masa ke semasa kerana derma masih diterima.” ujar Datuk Hussammudin.
Timbalan Pengerusi LP Karangkraf, Dato Md Nasir Hamzah yang mewakili Sinar Harian, akan menyerahkan sumbangan derma kepada DS Dr Mujahid sebelum beliau berangkat ke New Zealand tengahari ini.
MW : Salam takziah untuk keluarga Mohd Tarmizi. Semoga roh Muhammad Haziq ditempatkan di syurgaNya yang paling tinggi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang risau bila kucing yang dibela, dijaga bagaikan anak sendiri hilang dari pandangan mata. Pula tu jenis yang tak biasa berada di luar rumah, memang cukup bimbang dengan keselamatan dan makan minumnya.
Selepas menghilang selama tiga hari, seekor kucing di Thailand akhirnya pulang kepada pemiliknya dengan sekeping nota pada leher.
Tuntut ‘Hutang’ Ikan Kembung
Nota tersebut dalam bahasa Thailand oleh seorang lelaki yang ‘menuntut’ hutang tiga ekor ikan kembong.
Dipercayai nota itu daripada seorang peniaga ikan yang memberikan kucing itu makan sepanjang kehilangan ia daripada rumah.
“Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya.
“Saya berikannya tiga ekor ikan,” tulis nota itu sambil disertakan bersama nombor telefon lelaki berkenaan.
Foto kucing berkenaan yang dikongsikan seorang pemilik Facebook Chang Kuak, menjadi tular dan rata-rata warganet merasa terhibur dengannya.
Ada warganet yang berpendapat, kucing itu pasti menyesal dengan tindakannya yang suka merayau sampai tidak balik rumah, dan ada juga yang memuji kebaikkan peniaga ikan berkenaan.
MW: Mungkin nota pesanan ‘tuntut’ hutang ini hanya sekadar gurauan. Kebarangkalian, peniaga ikan tersebut hanya ingin memastikan kucing tersebut selamat dan telah kembali kepada pemilik, tanpa perlu risau kucing tersebut dalam keadaan kelaparan.
Hari ini, bermulalah hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti mana dalam ucapannya dalam sidang media sebelum-sebelum ini, sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, jangan ke mana-mana serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.Bagi beliau ia amatlah penting bagi memastikan kes harian berkurangan, sekaligus dapat membendung penularan virus ini.
Memetik hantarannya di Twitter, dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik ini orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, serta mengehadkan aktivit-aktiviti luaran yang tidak penting seperti yang digariskan dalam SOP.
Kes Harian Dijangka 8,000 Menjelang Mei
Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
Selain PKP, PKPB pula dilaksanakan ke atas 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.
MW: Setuju sangat dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan ini. Sama-samalah kita tetap terus duduk di rumah dan hadkan pergerakan yang tidak perlu. Semoga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu ini, dapat membantu mengekang gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini di negara kita.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...