Cornflakes Coklat Biskut Raya Paling Senang Nak Buat, Hanya Guna 3 Bahan Tak Perlu Bakar Atau Simpan Peti Sejuk!

Share

Sebenarnya walaupun hanya menggunakan 3 bahan, mak-mak tetap boleh buat biskut raya yang sedap, seperti Cornflakes Coklat ini. Biskut raya ni cukup senang dibuat sebab tak perlu bakar atau disimpan dalam peti sejuk dahulu. Kalau selalu buat cornflake madu je, kali ni boleh tukar selera buat cornflake coklat pula. Mesti laku keras masa raya nanti.

Berikut perkongsian resipi oleh Norhayati Ahmad;

“Cornflakes Coklat hanya 3 bahan saja, sangat mudah & sedap.Inilah biskut raya yang selalu licin dulu, kanak-kanak pasti menggemarinya.”

Bahan-Bahan:

500g coklat masakan
500g cornflakes
1 botol besar mentega kacang kasar lady’s choice

Cara Membuat:

1. Masukkan coklat masakan dan mentega kacang ke dalam kuali, kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya dari hangit.
2. Apabila bahan sudah sebati dan ada gelembung-gelembung keluar baru masukkan cornflakes & kacau rata.


3. Setelah itu masukkan ke dalam cup comel-comel.


4. Sudah boleh simpan didalam tupperware.

Nota:

1. Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Coklat akan kering dengan sendiri.
2. Biasa saya guna coklat beryl’s tapi sebab nak buat 1 adunan saja saya guna coklat seperti di atas. Tetap rasa sedap.
3. Kalau nak tabur kekacang ke atau manik warna warni pun boleh.Ikut kreativiti masing-masing. Tapi saya suka yang ori begini.

Selamat Mencuba!

Cukup mudah buat biskut ni kan, dan paling penting sedap!Boleh buat masukkan dalam senarai biskut raya yang boleh dibuat nanti.

Sumber: Norhayati Ahmad

IKLAN