Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla “Doakan Puteri Kami Menjadi Antara Pemudi Solehah”

Share

Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla. Selepas tujuh hari melahirkan anak kedua, pelakon Elfira Loy berkongsi wajah puteri kesayangnya.

Elfira yang selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada 20 Mei lalu sekitar pukul 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akhirnya berkongsi wajah anak dan memperkenalkan nama puterinya.

Comelnya Puteri Elfira, Nur Aria Mikayla

Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Muhamad Faris.  pada 1 Januari 2019 turut dikurniakan anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.

 

“BismillahiMashaAllah ,

On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess .

Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.

Doa adalah penguat setiap harapan.

Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya.

Suami Seorang Adiwira

Sebelum itu pada 20 Mei lalu, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi Instagramnya, Elfira memaklumkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.

Paling indah, kelahiran kedua itu disambut sendiri oleh suaminya.

“Saya ada banyak gambar menarik. Tapi saya sukakan yang ini. Subhanallah, ayah (suami) seperti seorang adiwira.

“Menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy mahu melahirkan awak. Alhamdulillah. Ini satu pengalaman menakjubkan,” coretnya.

“Aria…So Comel” komen rakan artis

Baca Sini : Elfira Tunjuk Skil Bagi Makan Ubat, (Netizen) “The Dinosaur Part! Thanks Mommy Bagi Idea”

Kerana Suami Puji, Hati Elfira Loy ‘Berbunga’ Sepanjang Hari

Mingguan Wanita : Tahniah Elfira dan suami.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Elfira Loy

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Myra dibesarkan oleh ibu tunggal yang begitu kuat.

 

 

IKLAN