
Cold Violence
Cold violence, satu keganasan rumah tangga dalam bentuk emosi. Diam tanpa bercakap, menyisihkan pasangan, memberi sindiran halus.
Ya, tidak terlihat kesan fizikal tetapi terseksa hingga ke lubuk hati paling dalam dan boleh menyebabkan pasangan tawar hati.
Ada ramai pasangan suami isteri bercerai disebabkan terjerat dalam situasi ini. Namun jangan keliru, ada satu lagi masalah rumah tangga adalah berlaku Cold Treatment dalam hubungan. Jom kita cuba hadam perkongsian daripada Puan Aafiyah
tentang isu ini…Apa beza cold treatment & cold violence?
Tindakan menjauh, diam, atau tidak berinteraksi dalam tempoh tertentu sebagai respon kepada konflik atau untuk mendidik.
Kadang-kadang wajar, jika digunakan dengan niat islah (perbaiki), bukan menyeksa emosi.
Contohnya, suami tak bercakap sehari kerana marah tetapi masih beri makan, nafkah, senyum pada anak-anak.
Penderaan emosi diam, dipanjangkan TANPA tujuan memperbaiki, dengan niat menghukum atau menghancurkan emosi pasangan.
Ini termasuk ‘silent treatment’ yang berbulan/tahun, hingga isteri rasa tak wujud, dipinggir, hilang harga diri.
Contohnya, suami tinggal sebilik tapi tak bercakap berbulan, tak sentuh, tak pandang, tak bagi nafkah batin, tapi juga tak lepaskan.
Emotional abuse seperti silent treatment, gaslighting
dan manipulasi emosi boleh menyebabkan:Anxiety disorders
Depression
Low self-esteem
Post-Traumatic Stress (PTSD)
Lebih sukar sembuh berbanding fizikal abuse kerana tak nampak tetapi kesannya terlalu dalam.
Penderaan emosi, termasuk pengabaian berterusan, psikologi tekanan, menghina, mengugut dikira sebagai domestic violence.
Cold violence boleh dilapor dan mangsa boleh mohon:
Perintah perlindungan interim (IPO)
Nafkah interim
Cerai melalui fasakh jika penderaan terbukti
Seksyen 52(1)(h), Akta Undang-undang Keluarga Islam: Isteri berhak mohon fasakh jika suami gagal memberi nafkah batin/zahir > 3 bulan atau menganiaya secara emosi.
Niat: Untuk islah/perbaiki
Tempoh: Sementara, bersebab.
Nabi SAW buat?
Ya, dalam konteks tarbiah
Islam benarkan?
Ya, jika adil & ada sebab
Legal di Malaysia?
Terhad & ikut konteks
Niat: Untuk seksa/hukum
Tempoh: Lama, tanpa penyelesaian
Nabi buat?
Tidak, langsung tidak!
Islam benarkan?
Tidak. Berdosa & zalim
Legal di Malaysia?
Salah di sisi undang-undang
Jadi jika anda penat melalui situasi ini, boleh pilih jalan keluar dan elakkan daripada menjadi mangsa penderaan emosi berpanjangan. Suami atau isteri berhak Bahagia dengan pasangan hidup dan bebas daripada rasa stress dalam hubungan.