Ads

Ciuman Akhir Seorang Ibu… Amyza Aznan Sekeluarga Tidak Dapat Menahan Sebak

Ciuman akhir seorang ibu, Amyza Aznan sekeluarga tidak dapat menahan sebak. Suasana pilu menyelubungi suasana saat  Amyza Aznan memberikan ciuman terakhir buat anak sulungnya, Andre Mikhail yang diberitakan meninggal malam tadi.

Dilihat tidak mampu menahan air mata yang tidak henti-henti mengalir ketika memeluk arwah anaknya buat kali terakhir di  perkarangan Masjid Al- Khairiah, AU3 Keramat,   Amyza Aznan dan keluarganya diberikan ruang untuk menatap wajah anak sulungnya itu sebelum solat jenazah dilangsungkan.

Ciuman Akhir Seorang Ibu… Amyza Aznan Sekeluarga Tidak Dapat Menahan Sebak
Ciuman terakhir seorang ibu buat anak dikasih, Andre Mikhail

Amyza Aznan yang diuji kehilangan anak sulungnya itu selepas setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga, mengakui ujian ini amat berat buatnya. Berat kerana kehilangan anak sulung dan perlu berjuang untuk anak keduanya, Adrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang.

Ads
Ciuman Akhir Seorang Ibu… Amyza Aznan Sekeluarga Tidak Dapat Menahan Sebak
Anak kedua Amyza Aznan, Adrian Adam turut diuji kanser tulang
Allahyarham Andre Mikhail dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 10.30 pagi.

Dalam pada itu, suami Amyza iaitu  Khairil Idzhar Md Nazir menyifatkan arwah anaknya itu seorang yang tidak pernah menyusahkan sesiapa biar pun sakit.

Ads

“Andre anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan walaupun dalam keadaan sakit. Semalam kami sudah diberitahu keadaan anak sangat krtikal. Kami sentiasa ada di sisinya.

Ads

“Setiap masa saya ada dengan arwah anak. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Perginya anak yang soleh ini terlalu mudah bagi saya kerana dia pergi ketika saya ada di sebelah,” katanya yang memaklumkan anaknya itu menghembuskan nafas terakhir pada jam  10.15 malam di  wad  Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah Allahyarham Andre dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat untuk disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sekitar jam 10.30 pagi ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

trend warna baju raya

Trend Warna Baju Raya 2026: Pilihan Paling Popular & Dijangka Jadi...

Setiap kali Aidilfitri menjelang, satu soalan pasti bermain di fikiran ramai wanita, tahun ini trend warna baju raya apa pula yang trending? Memilih warna baju...