Menyampah dan geram pula bila tengok pasangan buat-buat manja dan ‘gedik’. Kadang-kadang pasangan suka nak duga macam-macam. Boleh naik rimas.

Itu mungkin semasa pasangan masih hidup. Layan tak layan saja gedik pasangan itu. Lagi teruk bila cakap pasangan ini ‘buang tabiat’. Begitulah.

Sebenarnya, kita tak tahu , inilah masa untuk kita bermesra dan mencuipta kenangan dengan pasangan. Sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup bersamanya. Kalau jodoh panjang sampai akhir hayat. Alhamdulillah.

Tapi, bagaimana jodoh tak panjang. Ditakdirkan pasangan ‘pergi’ dahulu, tanpa disangka-sangka. Saat itu, menangis dan menyesal sekalipun tidak dapat mengembalikan sebujur badan itu hidup kembali.

Menyesal kerana tidak layan ‘gedik’ dan manja pasangan sebelum ini pun dah tak guna. Ia tidak akan kembali lagi. Jadi, bila pasangan masih ada, ciptalah kenangan sebanyak mungkin.

Inilah yang dikongsikan oleh bapa tunggal yang kehilangan bidadarinya lebih kurang tiga tahu yang lalu agar sentiasa mencipta kenangan. Nasihat dan tip untuk mereka diluar sana agar menghargai pasangan selagi masih ada.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘The Other Half’, TIADA LAGI Isteri Yang Sentiasa Ada Saat Jatuh, Bangun Bersama

Bila Isteri ‘Tiada’, Hilang Seri Rumahtangga, Suami Hargailah Sebelum Terlambat

Info Lebih Menarik DI SINI

Gedik Pasangan Hanya Pada Kita

Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa.

Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.

IKLAN

Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.

Kalian semua tahu apa yang aku rasa?

Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.

Ada rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.

Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.

Aku bukanlah orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.

IKLAN

Baca sini : Suami cuma sedar isteri tunjukkan 6 tanda kematian sehari selepas dikebumikan

Ada beberapa pesanan buat kalian yang masih ada & bakal memiliki pasangan:

1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya diri kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku, nak tergedik dengan aku, bergurau dengan aku? Masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. Insya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi .

Semoga coretan ini memberi manfaat untuk sahabat yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita.

Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.

Aaminn ya Rabbal Alamin.

Sekian, coretan daripada seorang bapa tunggal, Muhammad Faid Bin Noorazmi.

IKLAN

#nikmatberpasangan
#staystrongsingledaddy
#staystrongsinglemommy

Mingguan Wanita : Rindu yang paling sakit, adalah rindu pada yang telah tiada.

Sumber: Faid Noorazmi

Baca Menarik Lagi DI SINI: SITI SARAH, Ikon Cerita Pengorbanan Ibu-Ibu Yang Biasa Kita Terlepas Pandang

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita