Rezeki suami isteri! Itulah yang boleh digambarkan hasil usahasama suami isteri membuahkan hasil yang terbaik. Dua selebriti popular tanah air, Puteri Sarah dan Nad Zainal telah menerima Anugerah Khas di Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 6 Julai lalu.
Menurut Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.
Anugerah itu diberikan apabila melihat impak positif diterima oleh syarikat MommyHanna mengenai produknya melalui akaun media masing-masing. Konten yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri ini telah menjadi tular dan berjaya meraih jutaan tontonan dalam masa yang sama dapat membantu perkembangan minda dan pendidikan kepada kanak-kanak.
Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka,”ujarnya.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
Ads
“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.
Kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Pelancaran beg sekolah berteknologi tinggi dan mesra kanak-kanak
Ads
Demi memastikan jenama MommyHanna terus bertahan dalam peredaran masa kini, Hana Shahadan turut mengumumkan pelancaran reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.
“Semasa majlis tersebut kita lancarkan 6 reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg. Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.
“Kita juga ada beg beroda yang lebih selamat. Selain menghasilkan teknologi baharu untuk penambah baikan beg, kita letakkan juga ‘safety issue’ di beg tersebut seperti pantulan untuk budak-budak yang pergi sekolah awal pagi. Beg tersebut adalah kolaborasi dengan edisi-edisi terhad daripada MommyHana.
Ads
“Selain itu, produk kedua yang dilancarkan adalah ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama Upin & Ipin. Itu adalah produk yang pernah berjaya sebelum ini tapi kita keluarkan balik versi Upin & Ipin. Ia lebih mantap dan hebat daripada segi kolaborasi dan reka bentuk. Ia bakal memberi imej baharu yang lebih segar terhadap produk itu,” katanya.
Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.
MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehadiran Ramadan kali ini benar-benar menyentuh jiwa seorang ibu yang kehilangan anggota keluarga yang dikasihi. Penyanyi terkenal tanahair, Nora Ariffin akui selain dunia sedang menghadapi Pendamik Covid-19, Ramadan tahun ini dilalui tanpa kehadiran anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan.
Selepas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer terkenal pada 24 Mac 2017. Nora juga turut kehilangan anak keduanya hampir lima bulan lalu iaitu Muhammad Syakir Alif atau lebih mesra disapa Alif, yang meninggal dunia pada 14 Disember. Alif meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah di kediaman mereka.
Foto: Instagram @itsnoraariffin
Banyak Kenangan Bersama Arwah
Akui Nora lagi pemergian Alif sangat dirasai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana banyak kenangan bersamanya dalam bulan mulia ini.
Namun @itsnoraariffin menerusi laman Instagram peribadinya sentiasa memohon doa kesejahteraan ke atas roh kedua arwah.
Kenangan bersama arwah suami.
“Hikmah PKP. Anak2 tak sekolah. Puasa dgn penuh pengisian & kesabaran. Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulliah….moga terus istiqamah sampai bila2. Doa utk papa & abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang disana. In Shaa Allah.”
“Salam Jumaat penuh barakah..
Yang pergi tak kan kembali.. Yang ada jangan terlalu gembira.. Yang pasti, hidup harus diteruskan….MOVE ON. TRUST ALLAH. He is the best planner. Hanya REDHA ALLAH yg dicari. Berserah…..dan Husnudzan pada Allah Moga dikurniakan apa yg terbaik utk kita.”
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Nora menyatakan dia bagaimanapun menguatkan hatinya bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah terus kuat dan tidak bersedih.
“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk hiburkan anak-anak kerana tak mahu mereka rasa terlalu sedih dan kehilangan. Saya perlu menjadi contoh kepada mereka. Jadi, kalau mereka nampak mama mereka kuat, mereka pun akan jadi kuat,” luah ibu penyayang ini.
Dinasihat Tidak Tunjukkan Kesedihan Pada Anak-Anak
Sambungnya lagi, dia juga dinasihatkan doktor yang membimbing psikologi mereka sekeluarga supaya tidak menunjukkan rasa kesedihan kepada anak-anak.
“Sejak Alif tiada, banyak yang bermain di dalam fikiran saya. Tanpa saya sedari, semua itu memberi impak kepada anak-anak sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.
“Jadi, bagi menyelesaikan perkara itu, saya dan anak-anak bertemu dengan pakar psikiatri sebab saya sendiri pun tak pernah lalui situasi sebegini.
“Pada masa sama, saya juga ada merujuk ustaz dan ustazah bagi membimbing rohani kami untuk diseimbangkan dengan psikologi.
“Alhamdulillah, semua dah kembali kuat untuk teruskan kehidupan kami sekeluarga,” tambahnya.
Drama Risik Pada Hati sudahpun berakhir episodnya. Setelah melalui pelbagai konflik perasaan, akhirnya Hayfa lakonan Ummi Nazeera membuat keputusan mengundurkan diri daripada perkahwinannya.
Kehidupan bermadu yang pernah dipinta tidak memberi bahagia di hati. Ternyata lakonan hebat Ummi Nazeera dan pasangannya, Alif Satar sebagai Adam serta Zara Sya sebagai Aisya begitu mengusik hati pada isteri yang setia mengikuti setiap episod.
Sehinggakan pelakon utama, Alif Satar berkongsi gelagat seorang isteri yang begitu terkesan dengan penangan drama Risik Pada Hati ini.
Pasal Drama Risik Pada Hati
Tulisnya di instagram, ‘Pasal drama pun boleh buat gaduh beb.. bara betoi depa!” #RisikPadaHati #LelakiJeYangSalahTauGuys #BaikMengalahKalauTakmauTidoqLuaq #Redha #Dikecam
Menerusi video pendek TikTok milik @fayizz93 yang dikongsikan diinstagramnya, kelihatan seorang isteri benar-benar terkesan dengan isu poligami yang dibawakan dalam siri drama berkenaan.
Ketika berkongsi ulasan dengan suaminya, sempat isterinya itu meminta agar suaminya tidak memperlakukannya seperti dalam drama berkenaan.
‘Serangan’ demi ‘serangan’ daripada kata-kata isterinya membuatkan suami terkedu. Tidak tahu mengapa isterinya begitu marah hanya kerana sebuah drama.
Video berkenaan juga mendapat maklumbalas yang lucu daripada follower Alif. Malah, merasakan perbualan suami isteri itu lucu dan menghiburkan hati.
Drama 28 episod arahan Pali Yahya ini digarap dari adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hani Ramsul.
Mingguan Wanita : Sungguhlah, mana-mana isteri sekali pun apabila membicarakan soal poligami akan terkesan juga hatinya. Ini realiti, kerana apabila membicarakan soal poligami itu sendiri tentulah keadilan yang menjadi tuntutan.
Ubai kongsi kos belajar memandu kereta auto cecah RM2700, soalnya “kenapa makin mahal…”. Isu kos daftar kelas memandu dilihat tidak sekata. Kelas memandu dilihat menwarkan pelbagai harga termasuk dengan pelbagai tawaran harga malah ada menyediakan pakej belajar sampai lulus.
Jika beberapa tahun ini kos belajar memandu kereta mencecah antara RM1500 ke RM1800 tetapi perkongsian dari Ubai Mz yang juga suami kepada Shila Amzah ini pasti membuka mata bahawa harga belajar kereta auto sudah mencecah lebih dari RM2500.
Dalam satu hantaran di aplikas X, pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertanya mengapa harga belajar memandu kereta auto mencecah RM2700?
Tanyalah lagi, kenapa semakin mahal? Pada hal buku diberi dalam bentuk PDF dan bukannya secara fizikal lagi.
Tadi bawa adik pi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2700 fuh.
Kenapa harga lesen kenderaan ni makin lama makin mahal ya?
Tambahnya lagi, “masih tidak faham kenapa mahal. Buku belajar memandu pun bagi dalam PDF tapi nak buat camne, aku pun dah bayar depo 900 redha je ler,” katanya dalam satu hantaran di X.
Dirinya kemudian turut berkongsi kelas memandu tersebut di aplikasinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dan bertanya soalan yang sama kenapa harga semakin mahal sedangkan kadar harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah seperti yang berikut:
Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga RM1500
Jauh berganda dari harga yang kelas memandu kenakan kepada pengguna.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.