Inspirasi

Cikgu Paling Garang, Tapi Banyak Dapat Hadiah Siap Murid Tolong Angkat Masuk Kereta

Share

Biasanya cikgu paling garang akan selalu melekat dalam hati murid dan banyak dapat hadiah daripada pelajar setiap kali Hari Guru.

Haaa… ini sekadar mitos atau fakta? Namun apa yang berlaku kepada cikgu Amniathirah, membuktikan dia mampu beli jiwa muridnya walau sangat garang.

Cikgu Paling Garang

Menerusi satu platform, dia berkongsi cerita, “Saya cikgu paling garang. Saya tak suka budak bergesel-gesel, rimas.

“Setiap hari, saya buat kerja saya sahaja. Kadang-kadang mengamok, kadang-kadang senyap. Budak sampai kata rare lah kalau saya senyum.

BACA ARTIKEL: Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

“Tapi hadiah hari guru saya sampai kena ada wagon, ada budak tolong sort makanan atau barang-barang.

“Budak juga tolong angkat letak dalam kereta. Dah balik rumah, adik pula tolong angkat dari kereta dan susun sekali lagi.

“Saya tidak berlagak tapi saya anggap budak-budak ini takut kot tak bagi hadiah pada saya.

Tapi Banyak Dapat Hadiah Siap Murid Tolong Angkat Masuk Kereta

Kalau ikutkan pengalaman jadi murid pun, masa sekolah memang akan nampak cikgu paling garang dapat hadiah paling banyak. Bukan sebab nak beli jiwanya tetapi rasa terkesan dengan nasihat dan didikan cikgu tersebut.

Jadi, macam mana pandangan anda? Adakah cikgu paling dapat banyak hadiah itu adalah guru yang ditakuti atau sebaliknya?

Yang penting, garang-garang cikgu biasanya untuk mendidik. Bukan marah tidak bersebab, nak mendidik generasi hari ini pun bukan mudah.

Published by
Nadia Mohamad