Dunia pendidikan sekali lagi kehilangan seorang insan hebat apabila Nassry Mardee Ismail, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.35 petang tadi.
Berita sedih itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook milik Allahyarham yang menyebut:
“Nassry Mardee Ismail dah meninggalkan kita semua. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.”
Dalam perkongsian lain, anak kepada Allahyarham memaklumkan jenazah akan dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Meru pada jam 7.30 malam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.
Pemergian Cikgu E meninggalkan kesan mendalam buat ramai, bukan hanya kerana peranannya sebagai pendidik, tetapi juga kerana ketabahan dan ketenangannya melawan kanser paru-paru tahap empat.
Ads
Walau tubuhnya semakin lemah dan hanya 30 peratus saluran pernafasan masih berfungsi, Cikgu E tidak pernah hilang senyuman. Dalam setiap perkongsian, dia terus meniup semangat kepada orang lain untuk tidak berputus asa dan menjadikan kisah hidupnya sebagai lambang kekuatan, kesyukuran dan redha.
Ads
Di saat ramai rebah dalam ujian, beliau memilih untuk tersenyum. Di kala nafas menjadi sesak, beliau masih menitipkan kata semangat untuk anak-anak didik dan pengikutnya di media sosial.
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk masa depan anak-anak, terutama dari aspek akademik dan kerjaya. Di negara kita, peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menjadi penanda aras awal dalam menentukan peluang pengajian dan laluan kerjaya mereka pada masa hadapan.
Menyedari betapa pentingnya detik tersebut, sokongan ibu bapa memainkan peranan besar untuk memastikan anak-anak bersedia, fokus dan yakin ketika menduduki peperiksaan. Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu dari Shah Alam, Selangor yang sanggup berkorban demi memastikan kelancaran perjalanan anak sulungnya menghadapi Ujian Bertulis SPM bermula Selasa lalu.
Disebabkan banjir yang melanda sebahagian kawasan Shah Alam serta penutupan beberapa laluan utama, wanita itu mengambil keputusan untuk membawa keluarganya menginap di sebuah hotel bajet berdekatan sekolah anaknya di Subang Jaya.
Keputusan itu dibuat demi mengelakkan risiko kesesakan lalu lintas, gangguan perjalanan dan tekanan mental kepada anaknya yang bakal menduduki kertas peperiksaan penting.
Menurut pengguna Thread @rosezainol_official, langkah itu dibuat untuk memberi ketenangan dan memastikan anaknya tiba tepat pada masanya di dewan peperiksaan.
“Area Shah Alam dah start banjir kelmarin dan aku tahu pagi ni confirm jalan sesak teruk.
Hari penting untuk Abang Hail Irfan, 1st day SPM bertulis, selama ni perjalanan nak ke sekolah 45 minit sampai sejam tapi hari ni 10 minit je jalan kaki, asal anak tenang, mak ayah sanggup buat apa saja kan,” tulisnya.
Beliau pada masa sama turut memohon orang ramai mendoakan kejayaan semua calon SPM di seluruh negara yang sedang menduduki peperiksaan.
Sementara itu, laporan media tempatan memaklumkan bahawa hujan berterusan sejak Ahad menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mengumumkan penutupan beberapa laluan utama atas faktor keselamatan.
Antara jalan yang terjejas ialah:
Beberapa kawasan perumahan turut dilanda banjir termasuk Taman Desa Kemuning (Seksyen 35), Kampung Budiman (Seksyen U14), Taman Seri Muda serta Padang Jawa (Seksyen 16).
MBSA juga memaklumkan bahawa pasukan kecemasan PANTAS telah dikerah untuk memantau kawasan berisiko seperti Sungai Damansara di Seksyen 13.
Kisah ibu berkorban demi anak SPM ini menjadi bukti bahawa kasih sayang dan sokongan keluarga adalah kunci utama kepada kekuatan seorang pelajar dalam menghadapi peperiksaan besar seperti SPM. Walaupun terpaksa mengeluarkan kos tambahan dan mengubah rutin harian, tindakan itu dilakukan semata-mata untuk memastikan anaknya dapat memberi fokus sepenuhnya pada hari peperiksaan.
Semoga semua calon dipermudahkan urusan dan berjaya mencapai keputusan terbaik yang diimpikan.
Seorang lelaki warga Malaysia yang cedera parah selepas ditembak di sebuah kediaman di Sungai Golok, Thailand, disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kejadian tragis ini mencetuskan perhatian ramai kerana dipercayai berpunca daripada masalah hutang yang membawa kepada insiden berdarah tersebut.
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam ketika sedang dirawat di Hospital Sungai Golok akibat lapan das tembakan yang diterimanya.
Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata beliau menerima berita duka itu daripada menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, sekitar waktu yang sama. Menurutnya, beliau pada mulanya diberitahu anaknya cedera akibat ditembak lapan kali sekitar jam 8 malam, namun tidak lama kemudian mendapat panggilan kedua memaklumkan bahawa anaknya telah meninggal dunia.
Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan seorang rakyat Malaysia cedera parah ditembak di rumah di kawasan Sungai Golok pada petang Sabtu. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.40 petang, mangsa dikatakan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.
Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan, siasatan awal menunjukkan insiden berdarah di Sungai Golok itu dipercayai berpunca daripada masalah hutang, hasil maklumat yang diperoleh daripada beberapa saksi yang berada berdekatan lokasi kejadian.
Kes tembakan di kawasan sempadan seperti Sungai Golok bukanlah sesuatu yang baharu. Beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan tersebut sering dilaporkan terlibat dengan kes penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Pihak berkuasa Malaysia dan Thailand dijangka bekerjasama bagi menyiasat punca sebenar kejadian bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang.
Kes ini turut menjadi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dalam urusan peribadi dan kewangan, khususnya apabila melibatkan pihak yang tidak dikenali. Tragedi tembakan di Sungai Golok ini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta masyarakat setempat yang terkejut dengan berita tersebut.
Suami sambut 6 anak dengan tangan sendiri tapi akhirnya pilih penyondol, ibu 7 anak bangkit dengan tahajud dan doa. Seorang wanita, Mie Farah tular di media sosial selepas berkongsi kisah rumah tangganya yang berakhir dengan pengkhianatan meskipun suaminya pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh anak mereka dengan tangan sendiri.
Dalam perkongsian panjang di Facebook, Mie Farah mendedahkan sisi sebenar rumah tangga yang selama ini kelihatan bahagia di mata orang luar namun penuh pengkhianatan. Katanya, dia melalui fasa perpisahan dan keperitan selepas suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus janda berusia 23 tahun.
Menurutnya, hubungan terlarang itu berlaku sejak sebelum dia bersalin anak bongsu mereka dan diteruskan ketika dirinya masih dalam pantang. Lebih memilukan, dia sendiri pernah membawa wanita tersebut ke klinik untuk pemeriksaan kandungan.
“Aku cakap kat doktor, dia madu aku. Doktor pun kata baiknya awak bawa madu check up. Aku senyum sinis je tengok anak dalam perut perempuan lain,” tulisnya dalam perkongsian itu.
Dalam usaha menyelamatkan rumah tangga, wanita itu sanggup menerima poligami walaupun hidup dalam kesempitan. Katanya, rumah mereka cuma mempunyai dua bilik dan dia pernah tidur sekatil dengan ‘madu’ yang ketika itu belum berkahwin dengan suaminya.
“Aku bawa penyondol tidur sekatil dengan aku sebab rumah kami 2 bilik je. Miskin. Rezeki tu sekadar cukup-cukup makan pakai. Tapi sebabkan perempuan ni dah mengandung. Aku tolong. Aku fikir demi anak-anak, aku tahan. Tapi akhirnya aku diceraikan lepas aku batalkan poligami tu,” jelasnya.
Jelasnya selepas kantoi, dia pernah tanya suami tentang hal ini kerana masih memikirkan tiada manusia yang sempurna.
“Even dia dah mengaku aku tak marah. Aku cakap “tak pe lah Bahh. Kita manusia bukan malaikat, nanti solat taubat, kita berubah, tinggalkan dia”
Suami kata, kalau perempuan tu tak mengandung dia dah lama tinggalkan perempuan tu. Aku fikir kenapa tunggu da mengandung? Aku baca & simpan bukti conversation dari hari pertama perempuan tu tak datang period. Kenapa tak buang masa masih baru sedangkan dia expert bab2 cari ubat sensei. Sebab memang penipu. Allah tu nak jauhkan daku dengan dia sebab tu semua ni jadi. Alhamdulillah.
Namun, selepas segala pengorbanan, dia bukan sahaja diceraikan, malah mendakwa dipukul, dicekik dan diterajang oleh suaminya selepas pulang dari Mahkamah Syariah.
“Jadi aku dituduh sengaja nak berlaku zalim pada mereka kerana tak boleh bin kan anak nama laki tersebut. Pagi tu aku pergi mahkamah syariah & balik dari mahkamah tu aku diceraikan.
“Aku dipukul teruk. Dicekik, dibaling, terajang. Kemudian dia kata aku yang provoke dia kerana aku nak keluar rumah. Aku dah diceraikan maka aku nak pergi. Aku nak call perempuan dia untuk tengok anak tapi dia mengamuk tu yang dia pukul aku. Selama aku hidup dia memang kaki pukul. Aku tak pernah buka cerita pada sesiapa. Even keluarga aku pun tak pernah tahu dia kaki pukul macam tu.
“Aku diam sebab nak jaga maruah keluarga. Selama ni aku yang urus segalanya perniagaan, marketing, anak-anak tapi akhirnya aku juga yang ditinggalkan.”
Selepas berpisah, dia membesarkan tujuh orang anaknya sendiri. Walaupun hidup sederhana, dia bersyukur kerana dipermudahkan urusannya oleh orang sekeliling.
“Setiap kali tunggu Grab, orang bengkel dah kenal aku. Mereka siap ambilkan kerusi, suruh aku tunggu dalam, kadang-kadang tolong carikan kedai. Uncle bengkel dan pekerja sekitar pesan, ‘Nanti kami tengok-tengokkan anak-anak awak.’”
Dia juga bersyukur kerana rumah yang didiaminya kini dikelilingi jiran-jiran berhati baik dan kemudahan lengkap.
“Rumah ni aku tak cari pun. Tapi Allah hantarkan. Depan rumah ada pasar, pet shop, semua dekat. Aku jatuh cinta pandang pertama dengan suasana kampung ni. MasyaAllah, mudah serba-serbi.”
Dalam pada itu, dirinya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga mentua yang tetap melayannya dengan baik walaupun dia sudah berpisah dengan anak lelaki mereka.
“Mak mertua aku sangat baik. Aku sayang keluarga mertua aku lillahitaala. Mereka anggap aku macam keluarga sendiri. Aku takkan putuskan hubungan, cuma aku menjauh demi ketenangan.”
Apa yang menggembirakan, dia kini memperoleh hak penjagaan penuh semua anaknya selepas mendakwa bekas suami mengabaikan tanggungjawab.
“Dia tinggalkan lima anak di rumah, anak sulung umur 10 tahun urus adik-adiknya. Malam dia keluar snooker, badminton. Aku trace location untuk bukti pengabaian anak-anak.”
Walaupun masih menerima pelbagai tohmahan, dia tetap memilih untuk berdiam diri dan menumpukan hidup kepada anak-anak serta memperbaiki diri.
“Aku tak rugi hilang jantan sampah. Kau kutip sampah aku, kau pun akan dapat bahagian kau nanti. Bila aku jaga amal dan baiki diri, Allah tunjuk rezeki lain.”
Kini, wanita itu menjalani kehidupan baharu dengan lebih tenang dan redha, dikelilingi jiran-jiran yang prihatin serta keluarga mentua yang masih menyayanginya. Baginya, setiap kepahitan lalu hanyalah jalan menuju kekuatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!