Dunia pendidikan sekali lagi kehilangan seorang insan hebat apabila Nassry Mardee Ismail, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.35 petang tadi.

Berita sedih itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook milik Allahyarham yang menyebut:

“Nassry Mardee Ismail dah meninggalkan kita semua. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.”

Cikgu E Pergi Dalam Tenang. Tinggal Kenangan Seorang Pejuang Kanser

Dalam perkongsian lain, anak kepada Allahyarham memaklumkan jenazah akan dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Meru pada jam 7.30 malam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.

Pemergian Cikgu E meninggalkan kesan mendalam buat ramai, bukan hanya kerana peranannya sebagai pendidik, tetapi juga kerana ketabahan dan ketenangannya melawan kanser paru-paru tahap empat.

Ads

Cikgu E Pergi Dalam Tenang. Tinggal Kenangan Seorang Pejuang Kanser

Walau tubuhnya semakin lemah dan hanya 30 peratus saluran pernafasan masih berfungsi, Cikgu E tidak pernah hilang senyuman. Dalam setiap perkongsian, dia terus meniup semangat kepada orang lain untuk tidak berputus asa dan menjadikan kisah hidupnya sebagai lambang kekuatan, kesyukuran dan redha.

Ads

Di saat ramai rebah dalam ujian, beliau memilih untuk tersenyum. Di kala nafas menjadi sesak, beliau masih menitipkan kata semangat untuk anak-anak didik dan pengikutnya di media sosial.

Cikgu E Pergi Dalam Tenang. Tinggal Kenangan Seorang Pejuang Kanser

Ads

Cikgu E Pergi Dalam Tenang. Tinggal Kenangan Seorang Pejuang Kanser

Kini, senyumannya telah pergi. Namun semangat juangnya kekal hidup dalam hati mereka yang pernah disentuh oleh kasih dan keikhlasannya.

Selamat jalan Cikgu E. Pergilah dengan tenang. Jasa dan senyumanmu tetap menjadi pelita dalam dunia pendidikan. Al Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI