Ads

Chizu Saeki Method, Buat Kulit Wajah Lembap & Glowing Gaya Jepun

Chizu Saeki Method
Chizu Saeki Method

Chizu Saeki Method, buat kulit wajah lembap dan glowing gaya Jepun. Ini teknik yang mampu membuatkan kulit wajah menjadi lembab dan tentunya glowing!

Dikongsikan oleh saudari Tepani, metode ini berasal daripada guru kecantikan yang berasal dari Jepun, Chizu Saeki. Chizu Saeki Method atau biasa disingkat CSM ini adalah teknik memakai hydrating toner atau hydrating essence dengan cara membasahkan kulit wajah yang cukup membantu kelihatan cantik.

Semak Cara Amalkan Teknik Ini

Chizu Saeki Method, Buat Kulit Wajah Lembap & Glowing Gaya Jepun

1. Pilih produk yang tidak mengandung ingredient yang berpotensi mengiritasi kulit. Elakkan menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan yang berpotensi
membuat kulit jadi kemerahan seperti  alcohol dan exfoliant. Sebaiknya, pilih produk yang bahannya membuatkan humectant dan lembut.

2. Pakai kapas yang nipis

Kapas yang digunakan sebaiknya adalah kapas yang nipis namun tetapi lembut agar tidak menyerap terlalu banyak produk sehingga pemakaian produk toner tidak teralu banyak dan boleh menyerap dengan baik ke kulit wajah.

Ads

3. Sapu waktu yang tepat

Chizu Saeki Method elok dilakukan waktu pagi atau malam hari atau kedua-dua waktu tersebut.

Cara Buat CSM:

Chizu Saeki Method, Buat Kulit Wajah Lembap & Glowing Gaya Jepun

Ads

1. Siapkan kapas dan celupkan pada air suam beberapa saat. Kemudian angkat dan tekan kapas yang lembap hingga tidak ada air di dalamnya. Lalu tuangkan hydrating toner ke kapas.

2. Letakkan kapas di seluruh wajah kecuali mata, bibir dan lubang hidung.

Ads

Chizu Saeki Method, Buat Kulit Wajah Lembap & Glowing Gaya Jepun

3. Lalu diamkan selama tiga hingga lima minit sehingga meresap ke dalam kulit.

4. Tidak perlu membilasnya dan boleh terus sapu skincare yang lain seperti sunscreen pada waktu pagi atau sleeping mask pada waktu malam untuk menjaga kondisi kulit tetap sihat.

Semoga bermanfaat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ubai MZ

Ubai MZ Pilih Hidup Sederhana, Sanggup Lakukan Apa Sahaja Asalkan Shila...

Ubai MZ pilih hidup sederhana, sanggup lakukan apa sahaja asalkan Shila Amzah gembira.  Malahan pempengaruh media sosial, Ubai MZ, akan buat yang terbaik demi membahagiakan isterinya Shila Amzah dan anak-anak.