Memetik laporan Harian Metro, ekoran kejadian ini, lelaki berusia 22 tahun yang hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah ditahan semalam.
Lelaki itu ditahan reman hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Ya, kami dah siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Di sebalik penahanan CEO Batu itu, apa yang mengejutkan, netizen berbalah pendapat dengan mengatakan kenapa aibnya disebar sebegitu rupa kerana belum ada kejadian jenazah atau rogol terjadi.
Jelas, masyarakat kita sakit kerana tidak tahu membezakan antara aib dan jenayah. Sesuatu yang harus difahami, menghantar gambar lucah adalah satu jenayah.
“Di Malaysia, memiliki, menghasilkan, atau menyebarkan gambar lucah adalah satu kesalahan serius di bawah beberapa undang-undang. Berikut adalah akta-akta utama yang terlibat dan hukuman yang boleh dikenakan.
Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) di bawah Seksyen 233(1)(a): Menghantar kandungan lucah melalui internet atau aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, dan media sosial hukumannya dan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya. Tambahan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.
Terakhir, apabila melibatkan kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Di bawah Seksyen 5 & 10, menghasilkan, memiliki, atau mengakses bahan lucah melibatkan kanak-kanak.
Hukuman: Penjara sehingga 30 tahun dan sebatan (bergantung kepada keseriusan kes).
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.