Selalu mak-mak yang menjadi surirumah fikir, dia tidak mempunyai gaji atau apa-apa untuk bersedekah. Sedangkan dia kena tahu ada pelbagai cara untuk wanita bersedekah. Bukan hanya dengan memberi duit semata-mata.
Usah sempitkan pemiiran dalam kita melakukan kebaikan terutamanya untuk wanita bersedekah dan anggap dengan mebmeri duit atau harta.
Ada pelbagai cara untuk bersedekah dan inilah yang dikongsikan tentang cara wanita bersedekah. Faham dan hadam betul-betul demi sebuah kebaikan dan pahala.
Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan…?
Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata : “Bagaimana, sedang aku tak punya duit…?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.
Ads
Rasulullah SAW bersabda :
“Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Sabda baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya…?
Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Berikut contoh- contohnya :
Sedekah itu beraneka ragam :
Ads
1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dan sebagainya setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.
10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.
11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.
15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
Kaedah Penting:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.
Ahli keluarga lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama yang paling dekat, kemudian yang terdekat.
Ads
Perlu diingatkan bahawa; “Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api”.
Mingguan Wanita : Jangan tunggu duit bertimbun-timbun baru nak sedekah. Ada pelbagai cara pun untuk kita bersedekah.
“Menangis hingga air mata terkena kain kafan isteri atau suami yang telah meninggal dunia.” Biarkan saja, ini adalah peluang terakhir! Jangan sesekali ditegah.
Namun acapkali setiap kali berlakunya kematian, pasti ada suara-suara kecil menegah pasangan si mati apabila berlama-lama memeluk jenazah.
Menangis Hingga Air Mata Terkena Kain Kafan
Oleh itu, mulai saat ini, jangan dengar cakap orang! Baca perkongsian Basyirol Abu Bakar ini:
Apabila tibanya giliran suami atau isteri ingin mencium dahi isterinya atau suaminya… Air mata secara tak sengaja mengalir ke pipi jenazah….
Kemudian, di peluk isteri atau suami agak lama… Kalau secara fitrahnya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah…
Biarkan Saja
Lalu ada yang bersuara:
“Angkat suami dia itu, jangan peluk lama-lama arwah isterinya itu. Jangan sampai air mata ini menitik terkena jenazah. Kasihan dia, berat dia mahu pergi. ”
Maka si suami dipapah oleh anak lelakinya keluar rumah….
Inilah khilaf yang sering berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita…
Ini Adalah Peluang Terakhir!
Sebenarnya biarkan saja, contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama-lama buat kali terakhir… Walaupun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan, tak mengapa…
Tiada hadis atau dalil yang mengatakan tidak boleh. Malah, di saat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kepada isterinya.
Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya.
Tidak Batal Wuduk
Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana dicium oleh suami atau isterinya. Yang batal wuduk hanyalah orang yang hidup.
Ingat, yang tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung di hadapan jenazah atau sewaktu kematiannya. Dilarang keras oleh Rasulullah saw. Wallahualam.
Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..
Mingguan Wanita: Sesungguhnya bukan mudah apabila kehilangan orang tersayang, apatah lagi teman tidur sebantal. Ambillah masa secukupnya untuk menatap jasadnya sebelum berpisah buat selamanya tetapi jangan pula berlebihan.
Dalam hidup ini, pasti kita tertanya-tanya kenapa kita tidak diberi sama seperti orang lain yang nampak cukup senang dengan kehidupannya. Malah, kita sering nak bandingkan dengan orang lain apa yang dia ada.
Kalau kita selalu bandingkan dengan orang lain, memang hidup kita tak akan tenang. Mulalah timbul perasan dengki, cemburu dan iri hati. Tak kiralah tentang pekerjaan, duit, rumah tangga mahupun kehidupan mereka.
Cuma satu yang boleh kita hidup tenang tanpa ada perasaan ini adalah dengan memikirkan rezeki yang Allah bagi tidak sama pada semua orang. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Mungkin, kita kurang di sini tetapi ada kelebihan lain di sana. Percayalah.
Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad ini ada benarnya, tak perlu rasa semburu atau iri hati dengan apa yang orang ada.
Berhenti bandingkan orang boleh beli rumah awal, berhenti bezakan diri orang muda boleh beli kereta sedap. Tak semua orang tanggungjawabnya sama. Ada orang umur 17 sudah menjaga ibu, ada orang umur 20 sudah diminta bernikah dan jaga mentua.
Rezeki kita tak sama. Boleh jadi kita kahwin awal, boleh jadi kita dapat anak awal. Mungkin boleh jadi rezeki kita dapat keluarga yang saling tanya khabar hari-hari, rezeki kita dapat cium tangan emak juga hari-hari.
Kita boleh fikir nak jadi seperti itu seperti ini, tak pernah jadi masalah untuk ada cita-cita. Namun bersyukur dengan rezeki yang ada itu akan menambah lagi rezeki kita.
Kadang kita tak nampak kita ada anak berderet, walau hanya ada Myvi belum habis bayar, kita ada isteri yang bijak jaga anak. Yang kita pandang orang itu ada Honda baru sedang dia dah kahwin 10 tahun belum punya zuriat.
Kawan-kawan, yang mengatur rezeki inikan Allah. Kita ini hamba yang suka meminta.
Kadang kita lupa, nak memohon itu ini kita tak tengok diri kita punya apa. Lalu kita beriya nak apa yang kita sendiri tak boleh nak jaga. Kita tak perasan begitu begini. Jadi Allah tak beri sekarang boleh jadi ajar dulu dengan ujian badai sampai berjaya harung baru boleh terima.
Yang penting kita tahu hidup kita bagaimana. Ada orang dia mewah dengan ibadah. Lapangnya masa dapat duduk di sejadah. Namun itu sahaja sekeping kain yang dia ada.
Ada orang sibuknya melayan keluarga sampai lupa diri sendiri sudah berusia, belum nikah belum juga pernah ada dalam kepala mahu hidup berdua.
Kita tak sama dan tak pernah sama.
Yang kita ada sekarang adalah cinta yang Allah beri dalam banyaknya cara. Lalu Allah suruh kita bersyukur. Momen itu adalah untuk kita fikir, masukkan dalam kepala yang kita sudah cukup. Jika belum, minta bukan untuk diri kita sahaja. Ia mesti untuk sekeliling supaya yang sikit dikongsi, yang banyak diagih kanan kiri.
Begitulah.
MW: Hidup kita nie tak akan dapat memuaskan hati orang dan kita sendiri pun tak akan puas dengan apa yang ada. Bersyukurlah.
Setelah mengharungi lapan minggu pertandingan, Kumpulan Al-Maqari telah diumumkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung semalam.
Untuk rekod, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Pentas Marhaban yang pertama kali dianjurkan ini turut menyaksikan lingkungan umur peserta adalah daripada semuda usia 9 tahun hingga 80 tahun.
Persembahan Mantap
Keputusan itu sekali gus mengetepikan kedudukan pesaing terdekatnya Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara sulung program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah.
Kumpulan Qalbun Hadi pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.
Ketika ditanya mengenai kelebihan Al-Maqari pada persembahan akhir semalam, Juri Jemputan Ustaz Hasim Harun berkata persembahan mantap, irama unik, dinamik dari sudut kreativiti terutamanya dari segi marhaban turut menjadi elemen penting dalam proses penjurian pada prgram tersebut.
Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq sekadar meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi setiap kumpulan.
Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.
Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.
Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang lelaki 81 tahun ditahan selepas disyaki bersekedudukan di Lubok China bersama wanita 69 tahun. Kes ini menarik perhatian ramai dan disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.