Cara Tanda Latihan Murid Dalam WhatsApp, Tak Perlu Download Apps Xodo

Share

Waktu PKP ini, murid-murid diberikan latihan, kerja sekolah menerusi whatsApp. Murid yang dah siap kerja, ibu bapa akan hantarkan jawapan latihan di dalam whatsApp.

Guru ini, Siti Fatimah Manaf berkongsi panduan mudah untuk guru-guru menandakan latihan murid-murid di dalam aplikasi whatsApp saja. Cara ini lebih mudah, sebab cikgu tak perlu pun nak download aplikasi Xodo atau apa-apa aplikasi lain.

Tak perlu dah download aplikasi Xodo ini.

Lebih pantas, dan menjimatkan masa guru. “Contoh macam ni, ambil balik gambar latihan yang murid hantar, then boleh edit dan send terus dalam grup whatsApp.”

Cara ini lah yang digunakan di dalam grup whatsApp kelasnya. Dan contohnya ada di dalam pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213471553741944&id=1793824029

Sebab ramai yang nak tau camna nak tanda latihan murid di wasap, di sini ct tunjuk satu-satu cara tu. 

Mungkin ramai yang dah tau. Tapi ada yang belum tau. Jadi, ct kongsi untuk manfaat cikgu-cikgu.”

Tak perlu guna Xodo, tak perlu nak download apps apa-apa. Just dalam wasap ja kita boleh tanda latihan murid. “

Ok, jom tengok camna cara dia.

CARA MENANDA LATIHAN MURID DALAM WASAP (TAK PERLU XODO PUN)

Terpakai untuk semua latihan murid. Di bawah disertakan cara nak setkan tulisan jawi di dalam handphone.

Ok, mula-mula kita kena pastikan keypad di handfon kita ada Arabic Font. Camna nak install arabic? Ok, jom masuk wasap. Dekat wasap, masuk setting.

In case dalam setting wasap tak da Arabic, keluar balik, pegi ke setting hp, ambik language and inputs – keyboard – Add new keyboard – Arabic

Ambik Language

Cari tulisan Arab العربية. Tick. Done.

In case kalau hp takda arabic, open setting di hp,

masuk setting – language and inputs – keyboard – Add new keyboard – Arabic

 

Ok, dekat keypad wasap kita, ada tulis English kan. So, swap ja kt situ, kiri atau kanan untuk tukar ke tulisan Arab.

Buka group wasap kelas kita. Mana-mana murid yang dah hantar latihan, kita ambik balik pic tu, dan edit balik untuk cek dan betulkan. Pastikan kita ingat nama murid tersebut.

Ok, klik pada tanda di tempat edit pic tu.

Setkan warna merah. So, kita mula la pakai jari kita ja 😁. Lama tak pegang pen kan. So, pakai ja jari untuk rait latihan murid.

Ok, untuk betulkan ejaan yang salah, kita klik pada Ikon T tu ha. Untuk kita nak tulis atas picture tu.

Ok.. Mula tulis. Nak tulis jawi, kena tekan huruf di keypad tu lama-lama. Nanti akan keluar huruf jawi.

Ok, mula tulis jawapan yang betul.

Sebagai panduan:

Huruf چ ada dekat ج

Huruf ڤ ada dekat ف

Huruf گ (bukan Ga yang betul )ada dekat ك

Huruf پ ada dekat ب

Ok, tak semua huruf jawi ada kat keypad kita. Takpa, bentuk-bentuk huruf ada, kita boleh gunakan. Cuma kena penerangan lagi untuk murid.

Kecikkan tulisan tu guna jari ja kat screen hp kita tu.

Masa nak kecikkan dia, jauhkan jari dari perkataan tu, baru mudah nak kecikkan.

Drag letak tepi jawapan yang salah tu.

Ok.. Dah siap betulkan jawapan. Boleh send ke dalam wasap group kelas yang kita ajar tu. Jangan lupa tag kan nama murid yang empunya latihan tersebut.

Itu saja.

Selamat mencuba

Kalau nak tengok camna ct cek dalam group wasap murid, boleh tengok di link ni ya:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213471553741944&id=1793824029

Jemput share untuk kawan-kawan yang lain.

MW : Cara ini lebih pantas dan mudahkan cikgu mengajar di musim PKP ini.

Baca sini : Cara mudah print-out daripada handphone direct ke printer, tak payah pakai laptop

Sumber/Foto : Siti Fatimah Manaf

IKLAN