Cara Nak Tajamkan Mata Blender, Terus Hasilnya Macam Beli Baru

Share

Kalau mak-mak nak tajamkan mata blender yang ada di rumah, boleh guna petua ini. Tak payah beli baru, petua dapur yang dikongsikan oleh Puan Afifah Rahim

dalam satu group masak-masak ini sangat berkesan.

Ada yang gunakan nipis dan garam. Tetapi ini lebih mudah. Jom cuba gunakan tip ini.

Tajamkan Mata Blender

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk garam kasar( pastikan garam kering dan tidak berair)

CARA-CARA:­

Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Hasilnya mata blender akan jadi lebih tajam dari biasa.

Info:

Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!

IKLAN