garlic spread

Mudah je sebenarnya jika mak-mak nak buat sendiri garlic spread atau sapuan bawang putih ni di rumah, guna 4 bahan je. Iyalah bila buat sendiri ia lebih menjimatkan berbanding beli.  Bakar roti panas-panas, tak kiralah roti putih ke roti perancis ke, sapukan dengan garlic spread ni dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim.Memang sedap tak terhingga!

Kalau jemu asyik makan nasi je, boleh cuba perkongsian resepi daripada Encik Khairul Hakimin Muhammad ni.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Ramai sangat PM tanya bagaimana nak buat garlic spread atau sapuan bawang putih yang mahal ya ampun di kompleks beli belah.

Senang sahajalah nak buatnya. Tinggal rajin ke malas sahajalah.

Sudah, mari ke dapur. Geram je aku yang PM ini karang dia bukannya buat, dia malas. Eloklah, lepas itu kemain up status nak hantaran RM40,000. Eee nak ja aku komen. Namun sebagai suami berkaliber di dapur seperti aku, tak ada masa aku nak layan.”

Garlic Spread Mudah

Bahan-Bahan:

9 ulas bawang putih, kasi tumbuk halus.
1 buku butter yang 250gm (salted butter).
1 sudu besar serbuk oregano,
1 sudu kecil serbuk parsley.
Secubit garam.

*kalau suka, tambah 1 sudu besar serbuk keju parmesan.

Cara-caranya:

1.Masukkan 1 sudu besar butter (ambil dari sebuku butter tadi) ke dalam kuali yang dah dipanaskan. Kalau nak buat resipi macam ini, pakailah kuali mahal. kemudian sudah mencair terus masukkan bawang putih yang dah ditumbuk halus dan ambillah gambar.

Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!

IKLAN

2.Apabila bawang putih dah mula kekuningan, Masukkan serbuk oregano dan serbuk parsley. Terus masuk garam pun tak apa. Kacau guna senduk kayu yang lawa.

Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!

3.Tumis sampai dia betul-betul keperang-perangan macam warna muka laki kau.

Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!

IKLAN

4.Kemudian butter seketul itu kau lenyek, dan angkat bahan tumis tadi terus gaul sebati. Bayangkan sedang lenyek muka jiran kau yang suka ambil parking kau itu.
Ha mana yang suka guna parmesan cheese itu, masukkan dekat sini ya.

Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!

5.Ha begini. Waktu ini dia punya bau Ya Tuhan, sedapnyaaaa.

IKLAN

Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!

6.Letak dalam tupperware paling mahal kau ada. Buh dalam peti ais. Esok pagi nak buat sup ayam, sup cendawan ke, hidanglah dengan roti bakar yang ada garlic spread. Terbaik woih!

Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!

Selamat Mencuba!

Sumber:Khairul Hakimin Muhammad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI