Cara Mudah Rebus Telur Kupas Kulit Isi Tak Lekat, Cantik Kejadiannya

Share

Telur terlalu lembik atau terlalu keras. Paling sakit hati apabila kita mengupas kulit telur, isinya turut terkupas sama. Itu adalah antara masalah yang sering kita hadapi apabila merebus telur.

Ala…rebus telur aje. Takkan itu pun tak tahu. Tetapi tidak dapat dinafikan kadang-kadang sebab ‘terlalu’ pandai merebus telur, ada kalanya hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

Sangat tidak cantik telur itu, kan?

Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Merebus Telur?

Bagi mendapatkan telur yang sempurna, anda boleh pilih tempoh masa yang anda suka.
(lihat gambar)

Berikut Adalah Cara Mudah Rebus Telur

Langkah 1:
Letakkan telur di bahagian bawah periuk. Pastikan tidak letak telur terlalu padat di dalam periuk.

Langkah 2:
Isikan periuk dengan air. Pastikan jumlah ukuran air itu seinci di atas telur.

Langkah 3:
Masak air mendidih dalam keadaan api suhu tinggi.

Langkah 4:
Setelah air mendidih, tutup periuk dengan penutup. Angkat periuk daripada dapur. Jangan angkat penutup periuk. Biarkan telur yang berada dalam periuk berisi air itu sejuk. Anda boleh tetapkan pemasa (timer) dari 4 hingga 12 minit.

Langkah 5:
Isi mangkuk besar dengan ais dan air.

Langkah 6:
Apabila telur mencapai masa memasak yang diinginkan, gunakan penyepit untuk mengeluarkan telur dari air panas dan rendam perlahan-lahan ke dalam air ais yang telah disediakan sehingga sejuk. Biarkan ia di dalam air ais selama kira-kira 10 minit.

Langkah 7:
Ketuk telur dengan lembut di atas permukaan yang keras dan kupas kulitnya. Bilas telur di bawah air sejuk untuk membuang kulitnya. Keringkan telur.

Artikel Berkaitan:
Tambah Garam Dalam Air Rebusan, Telur Rebus Elok Licin Senang Kupas!
Rupanya Begini Goreng Telur ‘Gedik’, Rangup Kat Luar Cair Di Tengah

Kenapa Kulit Melekat Bila Telur Dikupas?

Kadang kala semasa mengupas telur, anda mungkin menyedari bahawa isi telur itu melekat dengan kulitnya. Ada banyak sebab mengapa kulit telur tidak dapat dikupas dengan baik.

Jangan risau. Ini perkara normal dan sering berlaku apabila mengupas kulit telur.

Kenapa ia berlaku?

Telur baru sukar untuk dikupas kulitnya. Manakala telur lama lebih mudah dikupas kulitnya.

Tip Kupas Kulit Telur Tanpa Terkupas Sekali Isi

Terdapat banyak tip cara mengupas kulit telur dengan baik tanpa menyebabkan isinya terkupas sama.

Anda boleh tambahkan satu sudu teh baking soda ke dalam air rebusan. Atau anda juga boleh tambahkan satu sudu teh cuka ke dalam air rebusan.

Selain itu, anda juga boleh memecahkan kulit telur yang telah masak sebelum merendamnya seketika di dalam air berais.

Kredit /Sumber/Foto: thestayathomechef.com

IKLAN