Ini cara paling senang dan cepat nak masak pulut. Tak perlukan santan pun. Tapi pulut tetap dimasak dengan lembut dan tak mentah. Perkongsian daripada Cik Puan Roza Zukri ini bakal memudahkan kerja mak-mak di dapur
Rujuk Nombor Pada Gambar
1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian bubuh ja air banyak mana pun. Tak perlu sukat airnya. Dah tu letak ja atas dapur gas..ingat dapur gas ya, bukan periuk elektrik.
Nota: Pulut tu sebenarnya tak perlu nak rendam dulu ya.
2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama nanti pulut lembik. Lepas mendidih tutup api.
Ads
3. Angkat periuk buang air didihan tu.
4. Bila dah buang air didihan, masak pula dengan periuk elektrik. Jangan lupa tekan butang perituk tu. Nanti tak masak la pulut hampa tu.
Ads
Nota: Masa ini dah tak perlu bubuh air dah . Jangan pula masukkan air lagi. Nanti pulut lembik jadi macam bubur.
5. Dalam beberapa minit ja dah masak. 15 minit pun tak sampai.Dalam 10 minit macam tu ja dah masak.
Ads
Hasilnya
Memang elok, tak keras, tak mentah dan tak lembik. Lembut saja.
Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.
Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.
Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.
Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.
“Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”
“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”
Bawang Kecil
Halia
Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)
2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.
3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.
4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.
Takut bila baca kisah datuk bersekongkol merogol cucu sendiri, ayah sesuka hati melayan anak bagaikan isteri. Ya, sumbang mahram itu pelakunya memang dekat dengan mangsa. Mereka yang sepatutnya melindungi, menjadi pemusnah masa depan darah daging sendiri. Baca perkongsian Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman tentang kes sumbang mahram yang pernah dikendalikan 30 tahun dulu. Moga pembaca akan lebih berhati-hati mengawasi anak perempuan kita.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes-kes rogol yang dilakukan oleh ahli keluarga sendiri , ie sumbang mahram. Memang tidak akan terfikir seorang ayah abang atau datuk boleh perlakukan sedemikian terhadap ahli keluarga sendiri . Yang lebih menyedihkan pemangsa selalunya beragama Islam.
Saya sendiri telah berhadapan dengan kes begini semasa bertugas di Klinik Taqwa dalam 30 tahun yang lepas. Pada masa itu sepasang suami-isteri membawa anak yang berumur duabelas tahun sebab perut anaknya membesar tanpa sebab. Bila saya scan, saya dapati ada janin yang sudah cukup bulan dalam rahim anaknya. Saya bertanya pada anak ini, siapa yang lakukan dan dia tidak faham soalan saya sebab dia tidak tahu tentang seks. Maka saya bertanya dengan cara khusus,” siapa yang memasukkan anu dia ke dalam faraj kamu?” dan dia menjawab atuknya.
Saya paling dan bertanya kepada ibunya bagaimana ini boleh terjadi maka ibunya dengan berlinang air mata berkata, dia memang tidur se katil dengan datuknya.
Saya ni memang garang masa muda dan saya marah ibunya.
“Kamu tidak tahu hukum Islam?”
“Tidak boleh orang dewasa lelaki tidur sekatil dengan anak perempuan apatah lagi bawah satu selimut. Malahan adik beradik lelaki perempuan pun tidak boleh tidur ke katil bawah satu selimut. Anak perempuan sama perempuan pun tidak boleh tidur satu selimut. Ini langkah pencegahan yang sepatutnya dilakukan semua keluarga Muslim.”
“Anak perempuan juga bila sudah mumayiz tidak boleh mandi bogel dengan orang lain malah tidak boleh pakai pakaian yang menampakkan tubuh badan secara seksi. Ini semua langkah mencegah.”
Pemangsa tetap salah dan melakukan kesalahan besar dari segi hukum Islam mahupun undang-undang sivil.
Kes tersebut menjadi sebuah tragedi besar untuk keluarga berkenaan. Atuknya dibawa polis dan disumbat kedalam penjara, anak yang mengandung dihantar ke sekolah budak nakal walaupun bukan salah dia. Keluarga adik beradik suami bermusuh dengan mereka sekeluarga sebab menyebabkan ayah mereka merengkok dalam penjara.
Selepas kejadian ini, saya telah utarakan kepada Wanita JIM sebagai AJK Wanita JIM Pusat untuk mengadakan program “sex education” dari peringkat kanak-kanak tadika sehingga remaja dengan adanya silabus bagi setiap peringkat. Program ini telah berjalan dan saya percaya masih berjalan malahan ada organisasi lain juga menjalankannya. Pada peringkat tadika, anak-anak diajar untuk tidak membenarkan orang dewasa memegang badan mereka terutama di alat kelamin.
Setahu saya ada orang lelaki mempunyai nafsu seks yang tidak terkawal dan ini mungkin penyakit mental. Bila tidak dapat puaskan dengan cara halal, cara tak halal pun akan dilakukan.
Cegah sebelum berlaku. Bila berlaku ia sebuah tragedi besar.
Mungkin juga banyak kes-kes begini tidak dilaporkan oleh ahli keluarga sebab pemangsa ‘breadwinner” keluarga dan ahli keluarga takut akan hilang tempat pergantungan.
Anak-anak yang menjadi mangsa nafsu seks rakus ini akan menjadi dewasa yang penuh trauma.
Jagalah keluarga kita. Cegah sebelum berlaku. Ambil langkah-langkah menjaga pergaulan keluarga.
Bagi lelaki pula, jika ada nafsu seks yang tidak boleh dikawal, pergilah berubat.
Tambahan: Berubatlah dengan berjumpa Pakar Psikiatri di hospital atau rawatan kaedah homeopathy
Sumber/Foto: Dr. Suriyakhatun via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sekiranya tiba-tiba ada ahli keluarga anda yang sihat, tiba-tiba sakit anda perlu segera ambil langkah berjaga-jaga. Bawalah segera berjumpa doktor kerana anda takkan tahu apakah risiko kesakitan yang dialaminya. Catatan Setiausaha Agung Persatuan Islam Malaysia (IMAM), Dr Azlan Helmy Abd Samat ini perlu anda hadamkan kemas-kemas.
Waris pesakit: Doktor, ayah saya nampak lain sejak seminggu lalu.
Aku: Lain macam mana? Boleh puan terangkan lebih lanjut?
Waris: Dia jalan asyik langgar dinding. Tapi katanya mata tak kabur. Dan saya tengok dia tak boleh butangkan bajunya sendiri sejak dua tiga hari ini.
Aku mengalihkan pandangan kepada pakcik Osman berusia lingkungan 70an seraya berkata,
“Pak cik boleh saya tengok tapak tangan kiri pakcik,”
“Pakcik pejamkan mata dan cuba teka apakah nombor yang saya lakar diatas telapak tangan pakcik?”
Sambil menggunakan hujung jari telunjuk melakar nombor 3. Pakcik diam seribu bahasa. Tidak dapat mengenal nombor yang dilakar.
Junior colleague: “what are you trying to do doctor?” Katanya bingung.
Aku melakar nombor yang sama di telapak tangan kanan, dan kurang tiga saat beliau menjawab tepat.
Aku: I am eliciting a sign called agraphthesia. It is a feature for non-dominant parietal lobe lesion.
Aku: Pakcik pejamkan mata dan cube teka apakah objek yang saya letakkan ditangan pakcik?
Pakcik memggelengkan kepala. Tidak dapat mengenal objek ditapak tangan kirinya. Aku mengalihkan objek tersebut, kemudian diletakkan di tapak tangan kanan. Kurang 3 saat pakcik menjawab, ” “ini syiling 20 sen doktor,” jawabnya yakin.
“Ini juga tanda-tanda Non dominant pariental lobe dinamakan Astereognosis”
ujarku kepada yang lain.
Pemeriksaan terhadap fungsi ‘parietal lobe’ yang lain diuji. Aku dapati pakcik juga mengalami ‘visual inattention’ dan ‘ spatial neglect’. Matanya bukan tidak nampak namun fungsi otaknya terhalang untuk mengintrepetasi objek yang dilihat oleh mata. Ini juga menjawab mengapa pakcik asyik melanggar objek dan berjalan sambil meraba dinding. Dia hilang ‘spatial awareness’ atau kepekaan ruang.
Dalam erti kata lain, bayangkan dunia yang anda lihat sekarang tidak hilang dari pandangan mata tetapi hilang kewujudannya dari pandangan otak dan fikiran tetapi anda tidak sedar.
Aku: “Let us proceed with CT brain and try to look for lesion on the right parietal lobe.
Otak merupakan antara organ terpenting dalam sistem biologi manusia. Ia terbahAgi kepada beberapa ‘department’ yang masing-masing menjalankan operasi dan fungsi tertentu yang spesifik. Sebagai contoh ‘frontal lobe’ untuk membuat keputusan dan perwatakan. Temporal lobe untuk percakapan, pemahaman dan memori. Occipital lobe untuk penglihatan. Cerebellar untuk koordinasi dan ‘balancing’, Pangkal otak iaitu medulla oblongata, pons dan midbrain untuk kesedaran, pernafasan dan menghubungkan kesemua input saraf dari organ badan ke otak. Kompleks bukan? Ya sangat kompleks ciptaan Tuhan.
Untuk kes ini, pesakit mengalami strok di bahagian Parietal Lobe. Bergantung kepada individu samada dominan kanan atau dominan kiri, majoriti manusia menpunyai otak kiri yang dominan.
Stroke pada parietal lobe di bahagian kanan (non dominan) otak memberikan tanda-tanda berikut:
(Signs that doctors who examine must elicit)
Jika strok melibatkan parietal lobe di bahagian otak kiri (dominan) tanda-tandanya termasuk
1. Acalculia ( kegagalan mengira) 2. Agraphia (tidak boleh membaca) 3. Fingers agnosia ( tidak mengenal jari jemari) 4. Left right disorientation (tidak mengenal kiri kanan)
– Jika ahli keluarga anda yang sebelum ini sihat dan berfungsi seperti biasa mengalami perubahan seperti yang dinyatakan di atas, bawa berjumpa doktor segera. – Ia mungkin klu kepada penyakit melibatkan fungsi otak seperti strok, ketumbuhan dan jangkitan kuman.
Untuk para petugas kesihatan termasuk jururawat, paramedik dan para doktor, bukan semua strok datang dengan simtom FAST ( Facial assymetry, arm drift, slurring of speech), simtom-simtom seperti diatas adalah juga tanda-tanda strok namun kurang diberi perhatian kerana ia jarang berlaku. Tetapi jarang berlaku tidak bermakna kita tidak perlu tahu.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.