Cara Mudah Buat Putu Bambu Guna Acuan Kuih Lompang, Syaratnya Jangan Tekan Tepung Padat Baru Jadi!

Share

Buat mak-mak peminat kuih tradisional Putu Bambu, kini ada cara mudah untuk buat kuih ini. Jika selama ini acuannya adalah menggunakan batang buluh, tapi menerusi perkongsian Azila Abdullah, cara yang lebih mudah menggunakan acuan kuih lompang. Namun begitu salah satu tip yang dikongsikan agar putu bambu ini ‘menjadi’,jangan tekan padat pada adunan tepungnya.Musim sejuk-sejuk ni, makan panas-panas mesti bertambah sedap!

Berikut antara perkongsian resipi wanita ini;

“Petang ni kita try buat putu bambu..Alhamdulillah jadi.sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi.Rasa tepung je..kena 3biji kenyang”.

Bahan-Bahan:

2 cawan Tepung Beras
1 cawan air
Sedikit Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam

Cara Membuat:

1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.


4.Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.


6.Kukus selama 15 minit.

Tip Ekstra!

  • Tudung periuk tu letak kain untuk elakkan wap air masuk pada acuan kuih.
  • Jangan tekan tepung tu bagi padat.

Selamat Mencuba!

Sumber: Azila Abdullah

IKLAN