Cara Ekspress Buat Lemang Tak Perlu Pakai Batang Buluh, Guna Tin Bakar Dalam Oven, Pun Boleh Jadi!

Share

Kalau mak-mak berhasrat nak buat lemang, tak perlu susah-susah lagi nak cari batang buluh dan jaga api ketika bakar lemang nanti. Bukan apa, bila bakar lemang, kalau tak pandai jaga api, silap-silap pulutnya boleh mentah atau hangus terbakar.

Mak-mak boleh cuba cara kreatif buat lemang ekspress menggunakan tin minuman aluminium dan hanya perlu dibakar dalam oven. Cara ini cukup mudah, sesuai buat mak-mak yang tinggal dibandar serat susah nak mendapatkan batang buluh dan tempat untuk membakar lemang.

Berikut perkongsian resipi ‘Lemang Alu’ yang dikongsikan oleh Puan Nor Shafidah Mohamad sebagai rujukan;

Bahan-Bahan:

3 Kilo Beras Pulut
2 Kilo santan
Garam secukup rasa
tin minuman
Daun Pisang
Air secukupnya

Cara Membuat:

1.Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air.
2.Tambah garam secukup rasa dan biar pulut terendam dalam setengah jam.
3.Bersihkan daun pisang dan masukkan dalam tin minuman yang telah dibersihkan.


4.Seterusnya masukkan pulut dalam tin sampai paras yang dikehendaki.

5.Sambil masukkan santan sekali sama paras dengan pulut tadi.Jangan lebih nanti lembik.

6.Selepas itu bakar dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 180c.

Siap!

Info Ekstra!

1 kilogram pulut menggunakan 9 tin.
Potong sahaja tin untuk keluarkan lemang.

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!

Sumber:Nor Shafidah Mohamad

IKLAN