Cara Buat’Pogi Kimchi Homemade’ Tahan Sehingga 2 Bulan, Makin Lama Diperam Makin Sedap Rasanya!

Share

Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi’Pogi Kimchi Homemade’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu tradisi orang Korea menarik juga. Rasa masam pedas dan rangup! Menurut perkongsian resipi oleh Red Luna, Kimchi ini mampu tahan lama sehingga 2 bulan,malah makin lama diperam makin sedap rasanya.

Berikut antara perkongsian resipi kimchi tersebut;

Bahan-Bahan Utama :

3 biji Kobis Cina/ Panjang (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
3 batang Lobak Putih
3 batang Lobak Merah

1 ikat Daun Bawang (Potong dalam anggaran 1 inci)
1 ikat Daun Kucai (optional) (Saya tak letak sebab takde kat pasaraya time tu)

3 cawan serbuk cili

Bahan (Kisar):

3 labu Bawang putih
1 sudu Besar Halia
3 biji Lada Merah Besar (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
1/4 cawan Gula

Cara Membuat:

1.Potong Kobis kepada 4 bahagian.


2.Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.


3.Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.


4.Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.


5.Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.


6.Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang.


7.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi.Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata.


8.Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.

**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)

Siap untuk di makan dengan nasi putih atau dimakan begitu saja.

Selamat Mencuba!

Sumber: Red Luna

IKLAN