Ini cara betul masak resepi air asam ikan kembung. Boleh juga ditukar dengan daging atau jenis ikan yang lain. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Roshima Ibrahim Shimabeserta dengan video panduan sukatan air merebus ikan.
Teknik yang diajar ini akan buatkan rasa masakan lengkap, lemak, masam, masin semua ada. Buat mak-mak yang masih keliru macam mana nak buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ini, boleh teliti cara-cara membuatnya. Bolehlah dicuba untuk masakan keluarga tengah hari nanti.
Tapi, bila hakak dah beri cara-cara memasak tetap juga tak rasa enak. Jangan kata resepi yang dikongsi tak kena.Haa.. kalau gitu jawapannya bukan salah resepi. Tepuk dada, tanya tangan sendiri.
Cara Betul Resepi Air Asam Ikan Kembung
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar – di potong dadu
1 biji tomato – di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api – Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
Ads
1/2 biji cili besar – Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Ads
Garam
Cara Membuatnya
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Ambil air rebusan ikan dan masukkan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata
Ads
4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
# Selamat mencuba.
Nota:
Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.
Sukatan Air Rebusan Ikan, Jangan Sampai Ikan Tenggelam
Bagi yang tak tahu nak rebus ikan macam mana, tonton video ini.
Sumber/Foto/Video: Facebook Puan Roshima Ibrahim Shima via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memetik laporan Sinar Harian online, kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu baru-baru ini, hanya ingin memastikan segala hajat pasangan hidupnya tercapai, seorang wanita bergelar isteri, di sini, bukan sekadar merelakan dirinya dimadukan tetapi juga sanggup merisik, meminang serta menyaksikan sendiri akad nikah suaminya dengan isteri baharu.
Tidak cukup dengan itu, Mek Nik Hassan,58, juga mengenakan busana putih pada majlis akad nikah sekali gus kelihatan sedondon bersama pasangan pengantin, Md Noor Abd Ghani, 59, dengan Wan Nora Wan Mustafa,38, selain turut menyarungkan barang kemas berupa seutas rantai di leher madunya.
Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan petang Jumaat lalu yang terletak di seberang jalan dengan rumah Mek Nik dan Md Noor juga menyaksikan Mek Nik setia di sisi madunya sehingga ke akhir majlis selain turut mengabadikan kenangan merakam gambar bersama-sama.
Berkongsi cerita, Mek Nik yang lebih mesra dipanggil Kak Nab berkata dia lega dan bersyukur kerana segala urusan serta perjalanan majlis berjalan lancar sekali gus dapat memenuhi hajat yang disuarakan suami tercinta beberapa bulan lalu untuk berkahwin lain.
“Saya tidak terkejut apabila suami maklumkan hasrat untuk berkahwin lagi sebaliknya percaya dia benar-benarkan maksudkan begitu kerana suami jenis suka berterus-terang, jika itu dikatakannya itu jua lah dilakukannya. Lagipun, saya rasa suami berkemampuan dan berpoligami bukannya berdosa dalam Islam.
“Saya lebih rela dengar dari mulutnya sendiri daripada tahu kemudian hari daripada cerita orang. Sekurang-kurangnya dia jujur kepada saya sebagai isterinya kerana tidak sorokkan apa-apa dari saya atau berkahwin lain secara senyap-senyap kerana itu akan buatkan saya terluka.
“Biarpun terpaksa berkongsi kasih suami, namun demi penuhi hajatnya saya sanggup.
Lagipun, saya telah lama kenal madu saya ini kerana tinggal sekampung dan kerana itu juga mudahkan saya untuk urusan persiapan perkahwinan termasuk mengajak Wan Nora ke Bandar Kuala Berang untuk membeli cincin.
“Alhamdulillah, sembilan anak saya berusia antara 17 hingga 38 tahun juga tidak menghalang perkahwinan baharu ayah mereka, cuma saya harapkan kami semua sentiasa bahagia. Saya yakin, madu saya ini dapat berikan kebahagiaan jua kepada suami, lagipun kesihatan saya kurang mengizinkan kerana menghidap kencing manis,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Wan Nora berkata selain tertarik dengan perwatakan suami yang begitu pemurah dan baik hati, kesungguhan serta kebaikan Kak Nab bagi melihat perkahwinan itu menjadi satu kenyataan turut menyebabkan hatinya terbuka sekali gus menerima lamaran meskipun tahu akan berkongsi kasih dengan suami orang.
“Kak Nab sendiri datang jumpa saya tanya sudi kahwin dengan suaminya ataupun tidak dan beritahu dia tidak marah. Mulanya, saya tiada jawapan tetapi melihat Kak Nab begitu bersungguh saya akhirnya bersetuju dan keesokan harinya dia terus ajak saya pergi beli cincin sebagai persiapan.
“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan ayah kepada rakan sekolah sendiri, namun siapa menyangka kerana jodoh itu rahsia ALLAH. Bermadu juga ibarat mimpi ngeri bagi wanita, tapi Alhamdulillah saya terpilih rasai kemanisannya.
“Suami yang mengusahakan tanaman sawit antara pelanggan tetap kedai makan yang saya usahanya sejak lebih kurang lima tahun lalu di kampung ini. Dari situlah sifat pemurahnya dapat saya lihat kerana dia sering belanja orang lain sekali gus membuat kan saya tertarik dengan perwatakannya,” ujarnya.
Tambah Wan Nora, dia berterima kasih kepada Kak Nab kerana sudi menerima dirinya serta turut berharap perkahwinan kali ketiganya itu kekal selamanya dan dia telah pun mempunyai lima anak berusia antara sembilan tahun hingga 20 tahun sebelum alami kegagalan rumah tangga kali kedua Mei lalu.
Katanya lagi, biarpun mungkin ada segelintir individu bercakap mengenai perkahwinan itu namun dia tidak mahu memikirkannya kerana dia melakukan sesuatu yang baik dalam Islam dan tentunya jodoh serta segalanya itu sudah ditakdirkan serta ditentukan oleh-NYA.
Waktu Puan Nurkhairun Amrina Ahmad Kamal, 31 berkongsi status anak kecilnya mengalami jangkitan virus HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) dia syak puncanya dari baby chair (rujuk gambar).
Sebab sebaik pulang, keesokan hari anak kecilnya, Airil Hasiyf Bin Hamdanawal, setahun diserang demam.
Bila dikenang-kenang, tersedarlah ibu muda ini akan kesilapannya yang tidak membawa ‘baby wipes’ pada malam itu.
“Kerusi tu pun tak nampak kotor. So, tak adalah nak lap-lap.” Biasalah mak-mak, selagi tak terkena selagi itu tak ambil langkah berjaga-jaga. Tak beringat kata orang.
Rentetan anaknya yang disahkan alami virus HFMD itulah, ibu ini mula lebih prihatin dengan kebersihan persekitarannya.
“Selepas ini mama dah standby segala protection before and after. Duduk kat mana-mana kena lap dulu sampai habis bersih.
“Biarlah orang kata pulun pun. Yang nak menjaga anak tak sihat tu nanti kita juga.”
Pengalaman lima hari menjaga anaknya yang dijangkiti virus HFMD dikongsikan dalam bentuk bergambar. Info itu berguna, sebabnya boleh bantu mak-mak yang mungkin sedang berhadapan situasi yang sama.
Dicatatkan juga tip penjagaan anak yang diserang virus HFMD. Lagi-lagi demam virus ini bukan jenis yang biasa-biasa. Kena extra bersih dan banyak do’s and don’ts yang ibu perlu ikut.
Nota: Alhamdulillah masa saya share ni anak saya dah sihat pun. Lepas seminggu dah kering semua biji-biji kat kulit tu. Saya just sapu VCO n bagi dia minum vco. Memang cepat baik.
Kadangkala mak ayah tak faham sangat macam mana nak tahu tanda anak kita dah kena virus HFMD ini. Haa.. penerangan bergambar di bawah harap membantu.
Kalau anak ada tanda-tanda macam ini, mak ayah cepat-cepatlah bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan ya.
(Ikut Pengalaman Peribadi Puan Nurkhairun Amrina)
Kalau dah musim HFMD, avoid pergi play area. HFMD ni wajib kuarantin. Kuarantin ni maksudnya duduk di rumah. Saya kuarantin anak. Memang duduk dalam rumah je.
Pergi klinik minta pengesahan doktor untuk sahkan anak kena HFMD.
Langsung tak boleh hantar anak ke taska/sekolah. Keluar pergi makan, pergi playground, pergi jalan-jalan, supermarket, shopping mall semua tak boleh. Sebab HFMD mudah berjangkit dari sentuhan.
Dalam masa 3 hari itu juga abang dengan kakaknya tak pergi taska/sekolah. Mereka sama-sama kena kuarantin.
Buat parents yang lain pun, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes/spray atau dettol anticeptic, sanitizer ke.. Bawa je pergi mana-mana pun.
Tapi kalau dah kena juga, tak bolehlah nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak betul-betul sihat.
Elakkan berkongsi sudu, makanan, cawan, botol air dengan abang atau kakak dia. Malah mak dan ayah sekali pun tak boleh berkongsi.
Cuci tangan setiap isi rumah dengan sabun setiap masa. Sapu hand sanitizer.
Untuk anak yang HFMD tu saya mandikan 3 kali sehari. Sabun. Lepas mandi lap.
Lepas mandi, saya sapu dengan Virgin Coconut Oil (minyak kelapa dara). Bagi dia minum 1 sudu VCO untuk kuatkan antibodinya.
Sumber/Foto : Facebook Amrina Meena
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memetik laporan daripada The Malaysian Insight, Kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji dan umrah bergambar termasuk mengambil ‘selfie’ atau swafoto di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi demi memelihara kesucian dua masjid suci di Mekah dan Madinah itu dan menghormati jemaah lain yang beribadat.
Larangan itu dikeluarkan dalam pekeliling Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan diedarkan kepada semua negara melalui nota diplomatik pada bertarikh 12 November 2017.
“Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan larangan pengambilan gambar di dalam dua masjid suci dan serambinya dengan menggunakan (apa juga jenis kamera),” kata kenyataan itu, yang dilihat oleh The Malaysian Insight.
Jemaah yang melanggar larangan itu berdepan tindakan dirampas kamera mereka, jika perlu, tambah kenyataan itu.
Surat edaran yang dilihat oleh The Malaysian Insight adalah terjemahan ke dalam bahasa Indonesia dan dikeluarkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Benten. Larangan yang sama juga dilaporkan oleh beberapa media di Indonesia hari ini.Pekeliling itu dikeluarkan bagi membolehkan pengendali haji dan umrah di seluruh dunia memaklumkan larangan tersebut kepada jemaah masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir yang dihubungi The Malaysian Insight memberitahu beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai larangan tersebut.
“Saya perlu periksa semula dengan pegawai saya,” katanya.
Bagaimanapun Jamil bersetuju dengan arahan itu bagi menjaga keselesaan jemaah lain yang beribadat selain soal keselamatan tanah suci.
“Memang ambil gambar dalam masjid beri gangguan orang nak beribadat sebab ketika ada yang sedang tawaf, ada pula yang sedang selfie.ni bukan soal keselamatan sahaja, tetapi masalah mengganggu jemaah lain hendak solat,” katanya.
Sementara itu, agensi pengendali haji dan umrah di Malaysia yang dihubungi juga memberitahu belum ada sebarang maklumat mengenai larangan tersebut.
“Saya tidak ada maklumat. Sekiranya betul kita kena patuh semua arahan yang diberi kerana kita hendak menunaikan ibadat di sana jadi kena ikut peraturan ditetapkan,” kata Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, Md Daud Che Ngah.
“Sekiranya dapat arahan daripada kerajaan, kita akan ikut dan terangkan pada jemaah.”
Arab Saudi mengeluarkan larangan bergambar dalam dua masjid suci itu selepas ada jemaah yang menaikkan bendera negara mereka dan bergambar di koridor Masjidil Haram di Mekah, dengan alasan untuk kenang-kenangan dan tidak tahu ada larangan daripada berbuat demikian.