Agak-agak sudah berapa lama mak-mak tak bersihkan tilam. Jangan ingat hanya tukar cadar sudah cukup untuk nampak kebersihan pada tilam yang kita tidur setiap hari.
Bayangkan bila tukar cadar dan lihat berapa kotornya tilam yang kita baring selama ini. Sudah tentu dengan cara bersihkan tilan dengan semburan febreeze pun belum cukup untuk hapuskan kuman yang melekat.
Kalau nak jemur, mahunya sakit belakang nak angkat tilam yang berat itu. Atau mungkin biarkan saja, maklumlah tilam tebal kan.
Ada cara nak bersihkan tilam tanpa perlu jemur pun. Boleh ikuti cara Syuhaidah Asmaa Khalid ini. Hanya guna 3 bahan saja dan nak bersihkan pun bukannya tiap-tiap hari tapi 3-4 bulan sekali.
Tilam ini tempat kuman membiak dengan banyak. Malah, boleh dikatakan kita banyak habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam. Jadi, deep clean sangat diperlukan.
Kalau nak angkat tilam dan jemur memang tak larat. Lebih-lebih lagi tilam 12 inci. Boleh guna vara ini. Buatlah dalam 4 bulan sekali.
Ads
Caranya:
1. Vacuum tilam guna kepala vakum yg kecik muncung tirus tu (jangan guna yang vacum lantai)
2. Hilangkan stain kt tilam : terpulang la pakai cara apa pun..Cara saya lebih suka letak baking soda. Sembur dengan cuka dan biarkan seketika. Gosok dengan kain (boleh skip step ini kalau tilam tidak kotor. )
3. Tabur baking soda biarkan dalam 4-6 jam. Ini untuk pastikan bahan itu diserap.
Ads
4. Kemudian, vacum lebihan soda tadi.
5. Spray dengan dettol dan air.
Ads
6. Anginkan tilam dengna membuka tingkap.
7. Siap.
Mingguan Wanita : Senang sangat. Mungkin ada anak-anak demam dan tak sihat sebab tilam lama tak dibersihkan.
Bila dah rasa berat badan naik, mulalah terfikir untuk nak bersenam. Masalahnya, cara yang macam mana untuk bakar kalori yang banyak. Perlukah pergi ke gimnasium atau jogging untuk kurus.
Mak-mak tak perlu nak pening kepala macam mana nak bersenam untuk kurus. Sebenarnya, dalam aktiviti harian yang kita lakukan ini pun sudah cukup membantu. Inilah yang dipanggil aktiviti NEAT.
Ikuti perkongsian daripada Coach Mohamad Faizal Saedon tentang apa yang dikatakan aktiviti NEAT ini.
Nak kurus bukan hanya tertumpu pada bersenam dan tak semestinya senaman boleh turunkan berat badan. Sebenarnya aktivitei NEAT juga membantu untuk bakar kalori yang lebih banyak.
Apakah aktiviti NEAT?
NAK KURUS RAMAI PANDANG REMEH AKTIVITI N.E.A.T
Non Exercise Activity Thermogenesis adalah semua pergerakan tubuh sepanjang hari.
Berjalan ke dapur, mandi, syampoo rambut, sidai baju, basuh pinggan, lipat kain, makan, memandu, ambil remote tv dan segala macam yang kita lakukan sepanjang hari ialah NEAT.
Dengan perbanyakkan aktiviti NEAT ni maka banyaklah kalori akan dibakar. Malah dengan aktiviti NEAT ni membakar lebih banyak kalori sebenarnya berbanding senaman yang kebanyakannya kita buat.
Sifir sebenarnya jangan malas. Beat the Malas.
Selalu saya bagi contoh, kalau remote depan mata pun suruh anak yang di dapur ambik, kita ada masalah malas dan masalah inilah yang menggemukkan kita.
Aktiviti NEAT, Buatlah Kerja Rumah
8 tip bagaimana nak tingkatkan aktiviti N.E.A.T dalam aktiviti seharian kita.
1. Pilih berjalan dari naik kenderaan ke lokasi berdekatan. Atau setidaknya parking jauh sikit jika ke surau, pusat beli belah.
2. Naik tangga berbanding lift. Kalau kalian nak ke tingkat 10, naik tangga hingga tingkat 3 pun dah memadai.
3. Banyakkan berdiri. Kerja kalian mungkin banyak mengadap komputer atau dokumen. Banyakkan berdiri meningkatkan aktiviti NEAT
4. Angkat satu satu. Kalau nak alihkan barang, jangan angkat semua, satu satu lebih banyak pergerakan yang terlibat.
5. Bersihkan satu sudut setiap hari. Contohnya hari ni dapur, esok ruang tamu. Kalau buat semuanya tiap hari lagi bagus.
6. Tak ada kerja nak buat? Berdiri dan berjalan. Dalam rumah pun tak apa.
7. Menunggu seseorang? Bangun dan berjalan mundar mandir lebih baik dari duduk menunggu melayan tiktok.
8. Buat sendiri apa yang kalian nak. Jangan arah anak dan bini sahaja. Nak minum air buat, nak remote ambilkan, nak bantal bangun ambil. Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah.
Apapun penulisan ini adalah saranan untuk kalian rajin dan lawan kemalasan. Ia amat bagus untuk turunkan berat badan dan punya kelebihannya yang lain.
Keluarga makin seronok, tempat kerja atau rumah makin kemas membawa kepada fikiran yang lebih baik.
Fikiran yang lebih baik membawa kepada kejelasan atau fokus yang mantap. Ini sangat membantu untuk keluar dari obesiti.
Mingguan Wanita : Tak susah pun nak turun berat badan, aktiviti hari-hari pun dah cukup untuk bakar kalori. Paling penting, jangan malas.
Rata-rata, rumah di kampung memang menggunakan atap zink. Memang jarang kita tengok rumah beratap zink di bandar-bandar sekarang ini. Sebab, semuanya rumah batu.
Tidak dinafikan, rumah atap zink ini sangat panas waktu siangnya. Lebih-lebih lagi bila tiba musim kemarau. Tak sanggup duduk di atas rumah. Bahangnya cukup terasa. Tapi menjelang petang, baru hilang rasa panas.
Ini jugalah bila kita balik kampung rumah mak ayah. Mana yang rumah atap zink memang akan tahulah rasa bahangnya waktu siang. Ini belum lagi kalau hujan, bunyi air hujan yang jatuh atas zink ini cukup kuat.
Perkongsian daripada Mohd Razali ini, boleh digunakan untuk anda yang mempunyai atap zink. Tak kiralah di bahagian garaj kereta, dapur mahupun bahagian tengah rumah. Sekurang-kurangnya dengan pasangkan aluminium foil ini dapat kurangkan bahangnya.
Projek memasang aluminium foil dekat garaj kereta. Asalnya projek dari bulan 6. Hanya pasang sedikit demi sedikit. Akhirnya Ogos lalu siap semuanya.
Sebenarnya, nak pasang aluminium foil ini puna ada kisahnya. Sebelum jiran extend rumah depan dia, ruang tamu rumah ada rasa sejuk juga sebab udara lalu. Tapi bila dah extend, jadi panas pula sebab haba dari zink masuk ke dalam rumah.
Jadi, berfikirlah untuk pasanga aluminium foil ini. Ingatkan senang tapi boleh tahan sakit badannya sebab kena dongak semasa pasang. Akhirnya, inilah hasil berbezaan suhu sebelum dan selepas pasang aluminium foil ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelihara Tradisi Baba Nyonya. Masyarakat baba dan nyonya dikenali sebagai kaum peranakan, mereka adalah golongan minoriti berasal dari melaka.
Salah seorang wanita yang berketurunan Baba dan Nyonya, Jasmine Ong Li menyatakan dirinya begitu bangga dengan budaya yang diperturunkan.
“Kebaya dan batu giling Ah Ma masih saya simpan. Ianya peninggalan yang telah sebati dengan jiwa saya. Usaha ini adalah cara saya teruskan warisan nenek moyang,” ujar Jasmine lagi.
Pelihara Tradisi Baba Nyonya
Terbaru Sempena Sambutaan Tahun Melawat Malaysia 2026, The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah mengambil langkah memelihara dan mempromosikan warisan Peranakan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur & Selangor (PPBNKLS), hotel ini melancarkan inisiatif untuk memelihara resipi tradisional Baba Nyonya agar lebih dikenali oleh setiap generasi dalam lapisan masyarakat.
Menurut Pengurus Besar The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Jasmine Ong Li dirinya yang berketurunan Baba dan Nyonya bangga dengan warisan yang diperturunkan nenek moyangnya.
“Bermula bulan April hingga Mei 2025, Restoran Charcoal dan beberapa lokasi di The Saujana Hotel KL akan mengadakan kempen “Warisan Baba Nyonya di Saujana”, yang menggabungkan resepi tradisional dan hospitaliti moden. Kerjasama ini bukan hanya diketengahkan melalui seni kulinari, tetapi turut mempromosikan masakan dan budaya Peranakan sebagai warisan hidup Malaysia.
“Kami bukan hanya menyajikan makanan, tetapi cerita dan petua dari nenek moyang keturunan Baba Nyonya. Malah pasukan yang bertugas di dapur kami telah dilatih oleh PPBNKLS untuk memahami masakan Peranakan dengan lebih mendalam, dari teknik tradisional, bahan rempah hinggalah adat penyediaannya.
“Bagi kami, kerjasama dengan The Saujana adalah tentang melindungi dan memperkenalkan semula warisan Peranakan. Setiap hidangan ada makna, bukan sekadar rasa,” kongsinya lagi.
Masakan Dari Generasi Terdahulu
Di sebalik kempen Warisan Baba Nyonya di Saujana, terhasil sebuah menu yang disusun dengan teliti, yang menawarkan 15 hidangan Peranakan yang tetap menitikberatkanrasa asli sesebuah masakan dari generasi terdahulu.
Setiap resepi telah dihidupkan semula untuk memberikan bukan sahaja rasa, tetapi juga kisah budaya dan tradisi yang terkandung dalam setiap suapan. Antara masakan Baba dan Nyonya yang popular, Buah Keluak, Lobak Masak Lemak, Nasi Kemuli, Pai Tee, Cincaru Sumbat, Sup Ee Pioh, Terong Pajeri, Nyonya Sambal Belacan, Udang Goreng Assam dan banyak lagi.
Pameran gastronomi 15 hidangan ini adalah inti pati perayaan Peranakan dan merupakan penghormatan kepada kompleksiti, kehalusan, dan kekayaan budaya masakan Baba Nyonya. Ia bukan sekadar hidangan—tetapi satu jamuan warisan yang menjadi penghubung antara generasi.
Warisan Tradisi Berkembang Bersama Generasi
Kerjasama ini bukan sahaja menonjolkan keindahan masakan Peranakan yang terkenal dengan gabungan rempah ratus yang kompleks, bahan yang diperam, dan persediaan yang teliti, tetapi juga pentingnya memelihara naratif pelbagai budaya Malaysia dalam suasana moden.
“Atuk dan nenek kita hidup melalui kisah yang diceritakan di dapur, melalui tarian yang dipersembahkan di tempat-tempat keramaian, dan melalui rasa yang menceritakan tentang migrasi, kasih sayang, dan ketabahan,” kata Baba Albert yang juga seorang pelestari budaya dan rakan kolaborasi dalam kempen ini.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...