Melihat gambar-gambar cantik ‘wanita’ ini, sungguh tak sangka ia merupakan wajah seorang lelaki. ‘Wanita’ ini kelihatan cukup sempurna memiliki wajah ‘doll face’. Manakan tidak, berwajah putih gebu, comel, kulitnya halus, bermata bundar dan bersinar serta mempunyai tubuh badan yang langsing bak model antarabangsa, pasti membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan kecantikannya.
Lelaki Paling Cantik Thailand
Pemilik gambar ini bernama Yoshi Rinrada.Berasal dari Thailand dan dilahirkan sebagai seorang lelaki. Baru-baru ini, gambar-gambar Yoshi mulai tular di laman sosial dan terkenal kerana mendapat gelaran menjadi salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.Yoshi juga sering tampil didalam klip video serta pernah berlakon didalam beberapa drama.Malah turut mempunyai follower hampir 1 juta di Instagram!
Percaya Diri Perempuan
Apabila ditanya jika beliau ingin melakukan pembedahan jantina, beliau hanya berkata ia bergantung ke mana haluan hidup akan membawanya suatu hari nanti. Yoshi berkata beliau yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan kerana membesar dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak perempuan sejak kecil.
Siapa sangka dengan wajah secantik ini, Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berubah menjadi perempuan yang mampu memberi ‘saingan’ dibandingkan dengan perempuan ‘asli’ di negaranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kulit dan kepala udang yang telah dibersihkan jangan sesekali dibuang kerana ada kegunaannya yang tersendiri. Tahu tak, selain ‘air tangan’ antara rahsia resipi masakan yang sedap adalah dengan penambahan stok tertentu seperti stok rebusan ayam, udang, daging dan sebagainya. Pernah tak mak-mak makan masakan yang kelihatan ‘biasa-biasa’ je penampilannya tapi bila sekali dah rasa, buat kita makan bertambah tak ingat. Sebenarnya masakan memang akan jadi bertambah sedap dan enak dengan adanya penambahan stok rebusan ini.
Chef Suwarsi M.Arukin, sudi berkongsi cara untuk menghasilkan stok udang yang mudah untuk dibuat ini. Bahkan terjamin lebih selamat tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan. Malah ia boleh disimpan secara frozen dan mampu tahan lama.Bila nak guna, campur je dalam masakan.
Kulit udang
Air secukupnya
1.Bila siang/bersihkan udang, jangan dibuang kulit & kepalanya dulu.
2.Basuh bersih kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh.
3.Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
4.Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
5.Simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Mungkin ramai di kalangan kita yang susah sangat nak mandi sebelum subuh. Maklum saja kalau dah jadi kebiasaan, agak sukar untuk kita berubah ke arah yang lebih baik, mungkin memerlukan banyak pengobanan dan memerlukan paksaan.
Jadi macam mana nak dapat rasa kelebihan mandi awal subuh? Ya, anda patut biasakan diri tidur awal setiap malam.
Untuk wanita, ini jalan mudah untuk anda mulakan pekerjaan harian dan menguruskan hal rumah waktu pagi. Jadi sila rebut peluang untuk tidur awal dan anda akan dapat 6 nikmat ini, jom semak!
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
Kalau peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ini dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.
Mandi dengan air sejuk, ini akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita usahakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah SAW yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”. Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Jom mandi sebelum subuh!!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jangan sampai alami kemurungan waktu berpantang iaitu selepas bersalin. Sebab jika tak dirawat dalaman kemas-kemas, kesannya boleh membawa kemudaratan. Benarlah istighfar dan doa jadi kekuatan buat ibu halang kemurungan. Ibu anak 4, Puan Aznina Ismail ini melalui saat sayu sepanjang berpantang. Rupanya emosi turun naik itulah membuatkannya hampir alami kemurungan atau meroyan.
Tarikh 21 September anak kecilnya, Eunus sudah memasuki 2 bulan. Barangkali itulah kali terakhir buatnya melalui fasa berpantang. Pengalaman 2 bulan berpantang selepas bersalin inilah yang benar-benar meninggalkan kesan untuknya sampai saat ini. Dua minggu sebelum bersalin abahnya, Ismail Bin Md Taib dijemput Ilahi. Seperti yang doktor sahkan abahnya alami Hypovolaemic Shock Secondary To Acute Gastroenteritis.
Paling terkesan, arwahlah yang selalu mencari daun-daun herba untuk mandiannya sewaktu berpantang. Dialah yang bantu mak urus perihal berpantang dari A sampai Z. Sentiasa ada di sisi maknya setiap kali anak bongsunya itu berpantang. Bayi pun bila alami demam kuning arwah abahnya lah yang akan berusaha carikan penawar.
2 bulan dalam pantang jujurnya aku hampir alami kemurungan. Namun dengan sisa semangat yang ada, melihat wajah ank-anak, suami, keluarga terutama mak, aku kumpul saki baki semangat tu. (Tak seorang pun tau aku hampir kemurungan)
Masa masuk wad, fikiran aku hanya kenangkan arwah abah.
Semuanya tentang abah.
Teringat dan terngiang-ngiang abah nak datang ambil aku. Abah nak bawa aku balik kampung. Abah yang janji nak jaga aku waktu pantang.
Sepanjang mengandung memang berkali-kali dia duk cakap nak jaga aku. Nak siapkan tempat ‘berdian’ (tangas). Dia cakap aku kena pantang betul-betul sebab muda lagi, kena jaga badan, nak pakai lama.
Dia puji mak aku melambung-lambung sebab mak disiplin bab pantang. Walaupun dah 73 tahun masih sihat. Lagi pula abah memang rajin jaga mak waktu berpantang. Ujian tuhan tiada siapa menduga, 1 July hari terakhir abah bernafas di muka bumi ini.
Sampai saat itu, setiap kali dirinya terkenangkan abah, dia akan menangis. Paling tak sanggup nak dengar suara mak dengan kata-kata pilu.
Aku tak kuat bila mak call, mak cakap “Maafkan mak tak dapat datang, orang yang selalu bawa mak dah ‘tak de.”
Bergetar suara mak menangis. Ya Allah hampir meraung aku dalam wad tu. Hanya zikir, Yaasin dan Tahlil je mampu mengubat perasaan masa tu. Entah kenapa malam sebelum melahirkan, aku rasa abah ada di tepi katil. Seolah-olah memberikan semangat untuk aku.
Seminggu dalam pantang aku di rumah mertua. Aku jadi ‘diam’. Mungkin sakit bahagian jahitan, hilang bius makin terasa. Ketika ini aku ‘melayang’. Adakala ok adakala aku murung, diam, menangis.
Bila rasa macam tu terus istighfar dan baca apa yang patut. Aku tak sabar nak balik kampung. Sebab aku nak tengok muka mak. Aku nak curi semangat dan kekuatan dia. Bila sampai kampungg lega yang amat dapat sedikit semangat yang aku nak.
Aku dah start terbayang abah. Aku duk terbayang dia yang pagi-pagi lepas subuh duk bakar batu tungku dan tolong mak tungkukan aku. Selalunya mak tungku kat perut abah kat kaki.
Begitulah setiap pagi, dan sepanjang hari dia la yang bergilir bakarkan tungku. Kali ni aku nampak mak pun hilang semangat, bila abah tak ada. Tapi mak tetap buat semua tu.
Untuk mandian aku pula, abah pagi-pagi naik motor akan cari daun-daun untuk mandian. Harum satu rumah. Kali ni tak ada… Itu belum berurut. Petang-petang tengok TV sambil bertungku abah duk urut kaki, kepala. Tu belum bab baby, kuning ke, pergi klinik ke.. Abahla yang buat. Menangis lagi…….
Mak hari-hari rindu abah. Hari-hari cerita pasal abah. Aku tahan air mata, aku tak nak mak sedih. Sebab aku tahu, mak pun perlukan kekuatan. Tapi hanya Allah je tau lepas tu aku nangis.
Al Fatihah je yang mampu redakan. Itu je aku mampu kirim. Mujur ada kakak-kakak aku. Anak-anak buah yang bantu mak dan aku. Eunus kuning tinggi setiap hari kena pergi klinik, ank buah aku la yang bawa. Suami, mertua, kakak-kakak ipar pula banyak membantu uruskan anak-anak aku yang lain. Alhamdulillah Allah permudahkan.
2 bulan lebih ni aku masih kumpul kekuatan. Rasanya kami sekeluarga sedang mencari kekuatan lagi. Rindu itu tak pernah padam. Hari-hari wajah abah sentiasa terbayang. Bagusnya setiap kali teringat memang sentiasa sedekah bacaan untuknya. Moga sampai pada abah. InshaAllah.
Kalau dalaman tak kuat memang mudah ‘meroyan’. Alhamdulillah aku lepasi zon tu walaupun kali ni pantang aku tak sedisiplin sebelum ni.
Terima kasih semua yang membantu.
Suami, keluarga mertua yang uruskan persekolahan dan menjaga anak-anak sementara aku berpantang di kampung. Terima kasih ku ucapkan.
Keluarga ku yang menjaga dan membantu pelbagai urusan semasa berpantang, terima kasih banyak-banyak atas jasa kalian. Alhamdulillah keluarga suami dan keluarga ku sendiri banyak membantu. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Buat abah, kami sentiasa rindu abah. Kami bukan meratapi, tapi kami sentiasa ingat kebaikan abah. Bukan kami je, orang lain pun bercerita tentang abah. Bahagianya semua cerita tentang kebaikan abah. Semoga kita akan bersatu di sana. Amin. Al-Fatihah.
Sumber/Foto : Facebook Aznina Ismail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Astro, Home of Drama, sekali lagi mengangkat semangat Ramadan dengan tema “kebangkitan wanita” melalui naskhah megahit Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya 2, lakonan Hanna...