Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!

Share

Siapa sangka campuran telur ayam segar dan minuman kultur yakult boleh menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat!. Mak-mak yang ada tanam sayur-sayuran atau buahan-buahan sekeliling rumah tu, boleh cuba hasilkan sendiri hormon penggalak pokok berbuah lebat ni. Pastinya lebih selamat, organik tanpa menggunakan bahan kimia! Boleh cuba gunakan pada pokok yang jarang berbuah walaupun dah jaga dengan sebaiknya.

Cara menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat ini didalam bentuk video berbahasa Thailand dan ia dikongsikan oleh Encik Anim Hosnan.

Hormon Bagi Pokok Berbuah Lebat

Bahan-Bahan :

2 biji telur
1 botol yakult
Botol Air 500ml

Cara Membuat:

1. Pecahkan telur ayam segar dalam mangkuk.

2. Gunakan pencorong masukkan telur tersebut kedalam botol.

3. Kemudian masukkan pula setengah botol yakult ke dalam botol berisi telur tadi.

4.Goncang sebati bahan-bahan tadi dan peram selama 3-4 hari.

Info Ekstra!

  • Pastikan penutup botol dilonggarkan untuk pelepasan gas yang dihasilkan semasa proses fermentasi berlaku.
  • Simpan ditempat yang bersuhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.

Kaedah Penggunaan: Untuk semua jenis pokok

  • (Untuk semburan/spray keseluruhan pokok) :
    Ambil 2-3 sudu makan campur 20 litre air.
  • (Untuk siraman ke tanah) :
    Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.

Spray/siram dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

Untuk lebih jelas, lihat perkongsian video di bawah ini.

Cukup menarik dengan hanya menggunakan dua bahan dan kos yang murah namun mudah dilakukan. Yang paling penting ia berkesan, tidak beracun dan tiada kesan toksik pada tanaman mahupun pengguna.

Sumber: Anim Hosnan

IKLAN