Campak bayi baru lahir dari tingkap apartmen, wanita menangis teresak-esak di mahkamah. Keputusan akhir melibatkan seorang wanita muda yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan membunuh bayi perempuannya lima tahun lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkap Apartmen, Wanita Menangis Teresak-esak Di Mahkamah
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk menyampaikan keputusan, bagi memberi ruang kepada mahkamah meneliti secara menyeluruh laporan sosial tertuduh, hujahan daripada pihak pendakwaan serta rayuan oleh barisan peguam bela.
“Selepas mendengar rayuan, laporan sosial tertuduh serta hujah daripada pihak pendakwaan, mahkamah mendapati adalah amat susah untuk membuat keputusan terhadap kes ini.
“Oleh demikian, mahkamah memerlukan masa untuk meneliti kesemuanya iaitu laporan sosial, rayuan dan hujah pendakwaan sebelum membuat keputusan terhadap kes ini.
“Maka, saya menetapkan mahkamah akan bersidang semula pada 8 Ogos ini untuk keputusan akhir kes,” kata beliau ketika prosiding berlangsung pada Jumaat.
Sesi mahkamah pada awalnya ditangguhkan seketika apabila tertuduh, M Santhiea, 23, tidak dapat menahan perasaan sejurus gambar bayi dan barang-barang bukti dikemukakan. Dia kelihatan menangis teresak-esak dan ditenangkan oleh peguamnya, RSN Rayer, serta ibunya sebelum prosiding disambung semula.
Dalam pembelaannya, Rayer memohon agar mahkamah mempertimbangkan latar belakang tertuduh yang ketika kejadian baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di sebuah kolej swasta.
“Tertuduh telah ditahan reman selama empat bulan di penjara dan hukuman itu telah memberi satu pengajaran kepada tertuduh dan keluarga.
Ads
“Selain itu, ketika kejadian, tertuduh cuba membunuh diri selepas melahirkan bayinya kerana takut untuk menghadapi keluarganya terutama ibu bapa.
“Oleh itu, saya mohon mahkamah menggantikan hukuman penjara kepada bon berkelakuan baik berikutan tertuduh merupakan seorang pesalah muda dan telah menghadapi ‘living in hell’ akibat perbuatannya itu,” hujah Rayer.
Namun begitu, pihak pendakwaan berpendirian bahawa kepentingan awam tidak boleh diketepikan dalam kes ini, memandangkan ia melibatkan kematian seorang bayi yang baru dilahirkan.
“Bayi tersebut disahkan masih hidup sewaktu dilahirkan. Dalam mempertimbangkan kes ini, pihak pendakwaan ingin menegaskan bahawa faktor kepentingan awam perlu diberi keutamaan, memandangkan mangsa ialah seorang bayi yang tidak mampu bersuara atau mempertahankan diri.
Ads
“Sehubungan itu, hukuman yang dijatuhkan mesti mencerminkan betapa seriusnya kesalahan ini, agar menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat serta pencegahan kepada mana-mana pihak daripada mengulangi kesalahan yang sama.
“Mahkamah telah diarahkan untuk meneliti sebab kematian bayi serta faktor-faktor yang menyumbang kepada kes ini. Tertuduh didapati telah membuang bayi tersebut dengan cara yang tidak berperikemanusiaan, melemparkan bayi melalui tingkat bangunan. Sekiranya bayi tersebut dibiarkan hidup, dia kini berusia lima tahun,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Khairiah Dahalaan.
Kes ini berpunca daripada kejadian pada 10 Julai 2020, apabila tertuduh didakwa membuang bayi perempuannya dari tingkap sebuah unit kediaman di Apartmen Sri Ivory, Bandar Baru Air Itam, sekitar jam 8.25 pagi. Ketika itu, dia baru sahaja melahirkan anak dan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat komplikasi serta kehilangan darah serius.
Pada awalnya, M Santhiea didakwa mengikut pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun pertuduhan itu digugurkan dan diganti dengan Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang merangkumi kesalahan infantisid iaitu membunuh anak yang baru dilahirkan ketika mengalami gangguan fikiran akibat perubahan hormon selepas bersalin.
Jika disabit kesalahan di bawah seksyen ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Ads
Sepanjang tempoh siasatan, tertuduh ditahan reman selama empat bulan kerana tidak dibenarkan ikat jamin. Namun selepas permohonan dibawa ke Mahkamah Rayuan, dia dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM90,000 serta tertakluk kepada beberapa syarat ketat seperti larangan meninggalkan negeri dan perintah berkurung selama 12 jam setiap hari.
Mahkamah akan menyambung semula prosiding bagi keputusan muktamad pada 8 Ogos ini.
Suami menangis, Emma dedah kini hamil anak kedua. “Semoga Dipermudahkan Segalanya, Sayangku” itulah antara luahan warganet menerusi ruangan komen di Instagram Emma Maembong.
Terbaru pelakon yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Emma Maembong menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sesawangnya berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Suami Menangis, Emma Dedah Kini Hamil Anak Kedua
Pada video tersebut Emma memberi kejutan kepada suami dan orang terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.
“Syukur Alhamdulillah,” luah Emma pada ruangan kapsyen yang dimuat naik.
Kejutan Buat Suami
Menerusi video tersebut, Emma secara bergurau sengaja mengajak suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar untuk rakaman reviu sebuah produk. Namun itu semua hanyalah satu helah dan kejutan buat suaminya.
Suami Emma dilihat menangis apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.
“Betul ke? Sumpah?” soal Suami emma seakan tidak percaya.
Melihat keadaan suaminya yang terkejut sambil mengalirkan air mata, Emma memujuk Shazli sambil memberitahu dirinya kini hamil dua minggu.
“Dua minggu dah. I love you (saya sayang awak),” ungkap Emma penuh romantis.
Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.
Emma & Suami Impikan Anak Ramai
Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu,” kongsi Emma.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.
Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Gambar asal sebelum melakukan pembedahan plastik.Selepas menjalani pembedahan plastik menyerupai ‘Kim Kardashian’
Puas Hati Transformasi Tubuh
Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Kim Kardashian
15 Kali Pembedahan Plastik
Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.
Farah Lee tuntut RM40,000 dari individu bernama HM, “majlis kahwin meriah tapi liat bayar hutang.Nama usahawan dan personaliti media sosial, Farah Lee, kembali menjadi bualan selepas beliau membuat pendedahan mengejutkan di Instagram Story miliknya sebentar tadi berhubung isu hutang berjumlah RM40,000.
Tanpa berselindung, Farah tampil menuntut semula wang yang didakwa dipinjam oleh seorang individu dikenali sebagai HM, yang menurutnya sudah setahun lebih tetapi sehingga kini gagal membayar semula seperti dijanjikan.
Farah Lee Tuntut RM40,000 Dari Individu Bernama HM
“Kelakarkan orang berhutang nie…
“Kemain meriahnya majlis kahwin, siap sampai malam. Ada pentas, nyanyi-nyanyi dan bunga api bagai tapi hutang RM40k tak dapat bayar dari alasan ke alasan, dari janji ke janji. Dah setahun lebih dah nie.
Jelas Farah lagi, sebagai orang yang memberikan hutang, dia sendiri berkorban di majlis nikahnya di mana majlis nikah disekalikan bagi kedua belah pihak sebab nak jimat. Majlis resepsi pun buat hi tea sahaja sebab nak jimat. Pelamin dan deko pun minta tolong kawan buatkan.Baju kahwin pun beli di shopee tak sampai RM100. Emcee ke PA apa pun tak ada.
Jelas Farah Lee, sebelum memberi hutang itu, sudah ada surat perjanjian di antara mereka malah ia siap dimatikan setem dan mengakui apabila melibatkan proses undang-undang, hal ini pasti renyah dan lebih menarik, individu yang berhutang dengannya sudah pun melarikan dirinya ke luar negara.
Jelasnya lagi, keluarga termasuk kawan-kawan HM sudah dihubungi dan dimaklumkan tentang isu hutang ini namun buat masa ini tiada penyelesaian lagi.
“Sekurangnya bayarlah sikit-sikit. Nampaklah ada usaha membayarnya tetapi malangnya jelas Farah Lee dia sendiri rasa segan untuk menuntut hutangnya itu kerana rasa penat tak dibayar.
Dalam pada itu, jelas usahawan ini dia masih menjaga aib kawan yang meminjam ini namun kalau tiada jalan penyelesaian, tindakan undang-undang akan dilakukan.
Ya begitulah orang berhutang, masa meminjam semuanya manis namun bila sampai masa perlu bayar, ianya susah untuk dituntut. Kredit :- Instagram @farahlee.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.