Buruk Suami, Isterilah SIMPAN, Orang Luar Mampu NASIHAT Bukan PEMBUAT Keputusan

Share

Dalam kehidupan berumahtangga, normal sang isteri atau suami menelan baik buruk sikap pasangan. Jaranglah segalanya dikongsi dengan orang sekeliling waima ahli keluarga. Setakat perkara kecil dan remeh, kebanyakannya memilih untuk simpan dan telan sendiri.

Malah sebesar-besar masalah sekalipun, jika dia memilih untuk bercerita bukan bermakna dia ingin anda membuat keputusan buatnya. Sebaliknya sebagai orang luar kita hanya mampu menasihat dan bukanlah pembuat keputusan. Kebiasaannya baik buruk suami, isterilah yang simpan.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya:

Baik buruk suami, isteri simpan dan isteri telan…

Selagi dia boleh tahan…

Sebab itu orang luar tidak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga pasangan lain… Sebab itu orang luar tak nampak gelora, ribut, taufan, puting beliung dalam rumahtangga pasangan lain…

Apa yang diperlihatkan, belum tentu itu yang dia betul-betul rasai…

Ada ke yang update, “Fuh, laki aku curang lagi… Kali ketiga dah ni beb…”

Ada ke yang update, “Penat, rasa macam nak pengsan buat kerja umah sorang-sorang, laki tak membantu langsung…”

Ada ke yang update, “Bulan ini belanja keperluan dapur guna duit sendiri lagi, laki tak bagi duit…”

Ada ke yang update, “Baru lepas kena tampar dengan laki sebab suruh dia solat…”

Kita orang luar, kita  tidak tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga orang lain… Kalau sampai ke pengetahuan kita pun, kita bukan siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia… Kita hanya boleh menasihati dan selebihnya itu hak dia…

Hanya Nasihat, Ikut Pilihan Dia

Dia nak sabar berapa lama, dia nak kuat sekuat mana, dia hendak bertahan atas alasan apa dan sebagainya… Itu pilihan dan keputusan dia…

Hak dia…

Kita tak boleh cakap, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku hidup sendiri…”, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku tinggal lelaki macam ni…”

Sebab kalau kita di tempat dia sekali pun, jadi seperti situasi yang dia hadapi, belum tentu kita boleh buat macam yang kita cakapkan itu…

That’s why org kata, “Cakap senang lah…”

Kita nampak dia senyum, kita nampak dia happy, kita nampak dia macam tak terkesan dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangannya dalam hubungan mereka walhal sebenarnya, kalau dia nak tunjuk sedih, kalau dia hendak menangis depan kita sekalipun, boleh saja dia buat… Selepas itu adakah masalah selesai?

Baca Sini:

Baik Buruk Suami Hanya Isteri Yang Tahu, Jangan Sampai Dilabel Suami Munafik

Marah Sekali Pun, Buruk Suami Isteri Jangan Jaja Di Media Sosial

Tak selesai juga kan…

Senyum dan gembira itu memang tak dapat selesaikan masalah, tapi sekurang-kurangnya itu dapat buat dia lupa yang dia ada masalah… Dapat buat dia kuat untuk sehari lagi…

Dapat buat dia lalui apa yang sedang dia lalui…

Sudah sehabis baik berdoa, sudah habis berusaha, sudah habis berharap, sudah habis beristikharah… Sekarang dia hanya bertawakal dgn ketentuan Allah SWT

Kalau Allah SWT masih beratkan kaki dia untuk melangkah, maka dia stay…begitulah sebaliknya…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Walaupun sebaik mana hubungan kita dengan dia, kita tetap orang luar yang tak mampu mencorakkan setiap keputusan bagi rumahtangga dia. Dia yang melalui biarlah dia buat keputusan yang terbaik, jika dia mahu bertahan… Biarkan dan beri sokongan serta nasihat sebaik mungkin.

IKLAN