Memang mewah dan bergaya sungguh, apabila usahawan terkenal Datuk Seri Vida membawa bunga tangan emas 916, yang bernilai RM500,000 sebagai aksesori terbaru pengganti beg tangan pada majlis perkahwinan rakannya.
Koleksi Terbaru Ganti Tas Tangan
Vida, 51, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, bunga tangan emas itu adalah koleksi terbaharu dimiliki bagi menggantikan tas tangan.
“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.
“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.
Pakai Barang Kemas Saiz Besar
Selain bunga tangan emas itu, Vida juga sering dilihat menggayakan rantai dan gelang tangan emas bersaiz besar dengan anggaran keseluruhan RM1 juta.
Ads
“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar. Tak banyak tak apa, janji kena bersaiz besar.
“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” katanya.
Disebabkan itu, menurut Vida dia mengupah beberapa pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan.
Mingguan Wanita: Rezeki dia. Memang mewah bergaya sungguh dengan bunga tangan EMAS. Memang tak pernah lagi dibuat orang bawa ke majlis sebagai aksesori mewah macam ni. Apa-apa pun semoga lebih berhati-hati lah iya. Risau pula bawa barang berharga macam ni.
Suami tegap pukul isteri hingga lunyai, tular video anak menangis ketakutan saksi mak dibelasah. Sejak malam tadi beredar satu video di post Tik Tok @3670asdfghjk di mana seorang suami yang tegap tubuhnya menyeret tubuh kurus isterinya yang menangis kesakitan.
Dalam video ini, seorang lelaki yang bertubuh tegap mencengkam rambut seorang wanita yang kurus, dan diheretnya ke dapur. Dan tak nampak pun wanita itu melawan balik perlakuan ganas suaminya.
Paling menyedihkan, kedengaran tangisan kuat anak kecilnya menyaksikan sikap buruk ayahnya memperlakukan si ibu. Walau anaknya menangis tapi lelaki tersebut tidak mempedulikan tangisan anaknya langsung.
Ramai yang berasa geram dengan perlakuan lelaki tersebut membelasah isterinya yang tidak mampu melawan tubuh tegap suami.
Selepas video ini beredar di media sosial, dari satu komen memaklumkan dirinya adalah individu yang mempostkan video tersebut. Katanya, isteri ini seorang isteri yang baik tapi suami dia panas baran yang melampau sangat-sangat.
Silap sikit akan kena bantai. Dia dengan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap. Anak itu adalah anak yatim gais. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai jugak.
Diharap pihak berkuasa dapat bertindak cepat menyelamatkan isteri dibelasah ini.
Resipi donut gebu gebas red velvet viral, rasanya teramat sedap. Mak-mak gerenti suka dengan donut red velvet yang sedang popular sekarang. Ini kerana warnanya sangat menarik dan paling penting rasanya sedap. Masa yang sama, adunannya membuatkan donut gebu gebas.
Bagi kaum ibu yang nak mencuba resipi donut red valvet, bolehlah cuba resipi dikongsikan oleh Eira Aziera ini. Gerenti jadi dan paling penting sedap.
Resepi donut red velvet
Bahan A
3 sudu besar yis 3 sudu besar gula
Air suam (air tak boleh terlalu panas & terlalu sejuk. Nanti yis mati dan tak kembang. Satukan bahan di atas. Kacau sebati sampai berbuih dan tunggu sampai yis kembang
Bahan B
1 kg tepung gandum 3 sudu besar marjerin 3 sudu susu pekat 2 sudu red velvet emulco (saya bancuh dengan dengan air sedikit) Secubit garam
Gaulkan bahan-bahan sampai sebati. Lepas tu masukkan bahan A. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh dalam bekas yang tertutup sampai doh kembang. Lepas doh kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut tadi.
Goreng dengan minyak panas dan api sederhana kecil. Siap goreng, boleh salutkan dengan gula atau coklat. Ikut cita rasa masing-masing.Senangkan, jadi mak-mak boleh mencuba buat ya. Kredit :- Eira Aziera
“Tak boleh nak hadam fikiran mak ayah” Lotus Birth, Allahu bayi terbaring uri diletak sebelah besen ‘berpasir’.
Bersalin sendiri di rumah. Ibu hamil punya pilihan yang terbaik buat diri mereka. Namun janganlah pertaruhkan keselamatan diri dan bayi anda. Jika kawasan tempat tinggal adalah jauh daripada hospital, sebaiknya pilihlah untuk bersalin di hospital.
Ini kerana jika timbul masalah perubatan kecemasan, rawatan segera dapat diberikan untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi.
Paling merisaukan, ada pasangan yang memilih untuk bersalin sendiri di rumah dengan proses melahirkan anak di dalam air (water birth). Ini mungkin akan diikuti oleh kelahiran plasenta sama ada di dalam atau di luar air.
Bukan itu saja, ada juga yang memilih Lotus Birth yang mana bermaksud tali pusat anak tak dipotong. Uri pula dibiarkan bersama dengan bayi sampai lah tertanggal sendiri. Dalam 3 ke 10 hari.
Menerusi perkongsian Dr. Rusyainie Ramli menerusi akaun Facebooknya walaupun sudah tahun 2022 namun masih ada wanita yang masih berani mempertaruhkan nyawa sendiri dan anak.
Penerangan dari Dr. Rusyainie banyak manfaatnya. Mak ayah yang bakal menimang cahaya mata tolonglah fikirkan keselamatan. Janganlah risikokan diri sendiri dan juga nyawa anak kecil yang tidak berdosa.
“Water birth dah diharamkan di negara kita sejak 2015 walaupun di pusat perubatan swasta. Bersalin sendiri di rumah tanpa kehadiran petugas perubatan berkelayakan adalah sesuatu yang sangat berani menduga takdir.
Saya pernah mengendalikan mak bersalin sendirian di rumah. Saya yang pucat lesi bila saya tiba, bayi yang baru lahir tu langsung tak bernafas. Dah lah kawasan yang pedalaman. Memang separuh nyawa kami berusaha.
Mujur juga akhirnya bayi tu menangis sebelum kami bergegas membawa dia dan maknya ke hospital yang tersangat jauh. Belum dicerita keadaan mak tu lagi. Tu kami yang ada kemahiran dan kelulusan dalam bidang perubatan. Mereka yang sengaja ni, tak terfikir ke sebarang kejadian buruk yang boleh berlaku? Allahuakbar.
Doula duli cikebum, saya dah tak nak mengulasnya. Sebab dah tahun 2022 pun masih ada yang berani mempertaruhkan nyawa sendiri dan anak demi janji bulan bintang yang ditabur. Kalau lah beranak tu mudah sangat, mengapa masih ada mortaliti?
Sebenarnya, ada kes-kes yang sampai di telinga saya tentang komplikasi bersalin di rumah. Ada yang bayi meninggal. Bayi tak diberi Vitamin K sampai mengalami pendarahan dalam otak. Neonatal jaundice yang mak ayah tak mahu bayi dirawat walaupun tahap teruk. Mak pula sampai tinggal nyawa-nyawa ikan dek post-partum haemorrhage.
Saya berdiam diri saja bila diberitahu cerita berani umat seagama saya yang terasa siri maksum. Benda ni mudah, pilihan masing-masing. Mungkin ni lah cara alam nak kurangkan populasi manusia yang songsang pemikirannya. Pada saya, mak ayah begini, jawab lah nanti di depan Tuhan, atas apa yang telah mereka pilih. Saya dah malas nak ambil pusing sebenarnya.
Lotus birth tu asalnya dari nama mat salleh Amerika, Clair Lotus Day, pada tahun 1974 yang beranak tapi tak nak potong tali pusat anak dia. Tiada kaitan dengan bunga teratai.
Lotus birth bermakna tali pusat anak tak dipotong. Uri pula dibiarkan bersama dengan bayi sampai lah tertanggal sendiri. Dalam 3 ke 10 hari.
Pada mereka yang ala-ala alami ni, kata mereka bayi akan sakit bila dipotong tali pusat. Pelik betul. Bayi sebaik saja dilahirkan, sistem pernafasan, peredaran darah tidak lagi bergantung pada plasenta tadi. Plasenta sudah tak ada gunanya pun lepas beberapa minit bayi lahir.
Uri yang keluar tadi mereka basuh dengan air. Lepas tu bungkus dengan kain. Tak lama dulu, mak ayah letak segala herba-herba termasuk minyak aromaterapi supaya uri tu tak busuk. Mereka angkut la uri dalam besen tu sekali bila bayi diangkat ke sana sini dalam rumah. Mereka biarkan sampai tali pusat tu jatuh sendirinya. Bayangkan berapa hari tu?
Fesyen terbaru sekarang, bayi tu berbaring sebelah besen yang saya syak berisi pasir yang biasanya kita gunakan untuk najis haiwan peliharaan kita. Uri tu diletak dalam pasir tu lah. Entah lah, saya tak boleh nak faham dan hadam apa yang bermain dalam fikiran mak ayah ni.
Kajian dah tunjukkan lotus birth tiada kebaikan pun. Keburukan lagi ada la. Sebab plasenta tu dah jadi tempat untuk pembiakan kuman dan disebabkan tali pusat bersambung pada bayi, senanglah bayi mendapat jangkitan akibat tisu uri dan tali pusat yang mereput. WHO dah bagitahu yang Delay Cord Clamping tu 2-3 minit saja. Bukan berhari-hari macam tu.
Lotus birth bukan ajaran Islam. Walaupun dalam Islam tak ada terangkan betul-betul cara nak uruskan uri bayi, tapi pandangan ulama’ Islam suruh kita uruskan uri anak tu dengan cuci bersih dan tanam dalam tanah. Sekalikan dengan pensel, paku bagai tu kepercayaan khurafat.
Kita ni kena berpatah balik pada landasan ilmu yang betul berdasarkan nasihat mereka yang pakar dalam bidangnya. Kenapa lah mesti melawan arus? Apa yang mahu mereka ni tunjukkan pada dunia? Yang mereka tu manusia pilihan Tuhan?
Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah SWT membuka ruang di jiwa raga mereka untuk kembali ke pangkal jalan sebelum mereka ditimpa musibah yang buatkan mereka menyesal seumur hayat. Nyawa manusia tu bukan boleh dibeli ganti,” nasihat Dr Rusyainie Ramli.
Masalah milia seed sekitar mata, 3 cara ini boleh singkirkan terus dari wajah. Ya, jangan sesekali pandang remeh kalau ada biji kecil di bawah mata, anda kena rawat!