Buli Zara Qairina, isu “nama sama” jadi kecoh. Rakan sekampung jelaskan YB Arifin tiada anak nama Farisha. Isu buli melibatkan allahyarham Zara Qairina terus menjadi perhatian apabila isu “nama sama” terusan menarik perhatian orang ramai.

Timbul kekecohan di media sosial berhubung dakwaan seorang individu bernama Farisha atau Farisya dikaitkan dengan keluarga YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif.

Namun, seorang penulis e-book yang juga rakan sekampung kepada YB Arifin tampil memberikan penjelasan berkaitan isu ini. Malah dirinya turut berkongsi ucapan selamat hari raya dari YB Arifin pada tahun 2023 sebagai bukti yang mana nama anak YB tidak sama dengan nama pembuli seperti didakwa.

“Hari ini, banyak berita palsu yang tersebar kononnya (Farisya Maisara binti Ariffin) adalah anak kepada YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif.

“Untuk makluman semua, YB ini hanya ada dua orang anak hasil perkahwinan dengan isterinya, Datin Hajah Lenny Natasha binti Tan Sri Musa.

Anak pertama:-

SOFIA RAIHANA BINTI ARIFIN

Ads
Anak kedua:-

SAFA ARIFAH BINTI ARIFIN

YB ini sekampung dengan saya di Kampung Pimping, Membakut. Ejaan namanya “ARIFIN”, bukan “ARIFFIN”. Semoga penjelasan ini dapat menghentikan spekulasi dan fitnah yang tersebar dengan sangat meluas pada hari ini.

Dalam masa yang sama, teruskanlah berdoa agar kes Allahyarhamah Zara Qairina mendapat keadilan yang sewajarnya. J U S T I C E F O R Z A R A,” kongsinya di media sosial miliknya.

Ads

Semalam semasa sidang Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan siasatan polis mendapati kes kematian Allahyarham Zara Qairina sama sekali tiada kaitan dengan golongan VVIP seperti didakwa sebelum ini.

Perkara tersebut berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil sebelum ini. Semasa memberikan penjelasan berkaitan buli ini,  Saifuddin turut menyebut “nama sama sehingga binti pun sama”.

Buli Zara Qairina: Isu “Nama Sama” Jadi Kecoh, Rakan Sekampung Jelaskan YB Arifin Tiada Anak Nama Farisha Walau telah dinyatakan tiada anak VIP mahu pun cucu TYT Sabah terlibat  namun ada netizen  membuat spekulasi sendiri.

Menteri  Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif  yang terkait dengan insiden ini hanya kerana “nama seakan sama” turut  pernah mengeluarkan kenyataan dan menafikan hal tersebut.

Ads

“Saya ada baca di media berhubung dakwaan yang menyatakan ada seorang bernama Farisha, anak kepada saya. Sebenarnya saya tidak ada anak yang bernama sedemikian dan tiada anak saya yang belajar di sekolah menengah berkenaan,” katanya memetik laporan Sabah Media.

Pada tahun 2022, YB Arifin turut berkongsi nama isteri dan dua anaknya dan ianya sama seperti tahun 2023 dalam ucapan selamat hari rayanya. Dan jelas tiada nama Farisya Ariffin seperti disangka.
Buli Zara Qairina: Isu “Nama Sama” Jadi Kecoh, Rakan Sekampung Jelaskan YB Arifin Tiada Anak Nama Farisha

Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Rakyat bangkit memberikan tekanan mahukan keadilan buat arwah dan jelas ia membuahkan hasil bila seramai 5 pelajar akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu selain inkues menyiasat punca kematiannya akan didengar pada 3 September depan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI