Benar, kadang hati terusik tengok kawan-kawan di media sosial tayang hadiah yang suami bagi sebagai tanda menghargai penat lelah isteri. Ada para suami yang menghargai sebab isteri berkorban lahirkan anak, dan ada golongan suami yang bagi hadiah berharga pada isteri sebab hadiah hari lahir.
Itu biasa dan pastinya newsfeed di muka buku dan instagam sesekali akan meriah dengan gambar-gambar hadiah berharga. Mana yang pernah rasai pastinya turut teruja tetapi macam mana andai kata suaminya langsung tak pernah bagi dia hadiah?
Cuba letakkan diri dalam kotak kasutnya. Sedih, dan barangkali dia bukan tak nak bagi tetapi duit yang ada pun cukup-cukup makan. Realitinya tak semua mampu memberi sesuatu dalam bentuk material dan macam yang Puan Intan Dzulkefli kongsikan, wanita memang suka dengan hadiah. Tetapi…
Nah, cuba renungkan seketika…
Suka Tapi Faham Dengan Ekonomi Suami
Naik di wall FB ni, kawan-kawan kongsikan post viral, seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9. Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.
Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.
Namun, hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.
Ads
Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.
Tersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.
Kalau Dia Mampu, Mesti Dah Buat
Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.
Namun, sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan? Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, “bila nak buat surprise begini?” Atau “Teringin nak macam ni jugak,”
Ads
Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.
Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta & akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru. Subhanallah.
Wahai isteri,
Jika suami ‘belum pernah’ beri, tak semestinya ia kerana dia ‘tak mahu’ beri. Mungkin itu bermakna dia ‘belum mampu’ hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya & doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.
Wahai isteri, sekiranya suami meredhai kita selama hayat ini, Allah pun meredhai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.
Ads
Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.
Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah & tenang-tenangkanlah hati, iya kita juga teringin… namun, jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh & baik itu.
InsyaAllah semoga Allah permudahkan.. bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri & hati suamimu.
Bahagialah menurut cara kita, seadanya.
Muhasabah saya terutamanya yang pasti banyak sudah mengecilkan hati suami sendiri. Astaghfirullah. Ampun bang.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ashraf dedah ramai lelaki minta tip poligami, seperti mana yang diketahui umum Ashraf Muslim kini menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Aktor kacak yang menjadi suami kepada dua wanita ini mendedahkan ramai lelaki termasuk dalam kalangan rakan-rakan mengirim mesej (DM) di Instagram meminta tip berpoligami daripada dirinya.
Ashraf Dedah Ramai Lelaki Minta Tip Poligami
Berasal dari Melaka, Ashraf yang dikurniakan empat cahaya mata, perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7. Manakala bersama Wan Sakinah pula, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, pelakon ini menyatakan antara tip yang biasanya ditanya adalah tentang keharmonian rumah tangga dengan dua pasangan.
Menjaga Hati & Perasaan Isteri-Isteri
“Kelaziman tips yang ingin diketahui pastinya membabitkan keharmonian rumah tangga dengan dua pasangan. Begitu juga dalam menjaga hati dan perasaan isteri-isteri.
“Macam-macam yang ditanyakan. Cuma, ada mesej yang saya jawab dan ada juga tak berkesempatan nak balas. Namun, saya okay saja untuk menjawab,” luah Ashraf.
Setiap Hari Ada Mesej
Akui Ashraf yang bahagia disisi dua isterinya, setiap hari ada mesej diterimanya daripada lelaki yang bertanya dan meminta tips panduan daripadanya berkaitan poligami.
Bercerita tentang perkembangan terkini dalam seni pula, Ashraf kini muncul dengan drama 3 Nota Cinta di slot Akasia TV3.
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Dalam keluarga, mesti ada anak yang mak ayah paling suka, selalu minta tolong dan ada yang dimanjakan. Lebih-lebih lagi bila tengok anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bila anak ada kelebihan dan kekurangan, mulalah mak ayah bandingkan dan pilih kasih. Kalau perhatikan, anak sulung rasanya menjadi harapan yang tinggi pada mak ayah untuk beri contoh dan menjaga adik-adik. Ini belum lagi, anak bongsu yang paling dimanjakan.
Begitu juga dalam pelajaran, mak ayah memang letak harapan tinggi untuk anak jadi pandai. Kalau tak, mulalah bandingkan anak dengan anak yang lain. Kadang-kadang, inilah yang boleh menjadi dendam dan dengki sesama mereka adik beradik.
Jadinya, mak ayah janganlah pilih kasih, layanlah mereka seadilnya sebab mereka ini adalah dariah daging kita juga. Swtiap anak ada kelebihan dan kekurangannya.
“Kalaulah ada pilihan untuk jadi pandai, semua budak pun nak jadi pandai.”
“Kenapa?” tanya saya.
“Sebab budak pun faham, kalau kita pandai mak ayah sayang lebih.
Saya tahu anak saya ni belajar slow sangat. Tapi hati dia baik,” sebak suara ibunya.
Pada usia 9 tahun, dia belum pandai membaca dan mengira. Selepas dirujuk ke klinik kanak-kanak, dia memang ada masalah pembelajaran yang spesifik.
Apa yang si ibu nampak, layanan suami pada anak sulung sangat berbeza dengan layanan pada adik-adiknya.
Adik beradik lain bergaduh, abang kena marah. Adik sepahkan rumah, pun dia kena marah.
Bab permainan, cuma dibeli untuk adik-adik.
Sampai ada 1 hari tu, terluah ayat ni dari mulut anak, “Ayah tu memang lebihkan adik adik.”
Boleh Timbulkan Rasa Dengki Anak
“Favouritism” berlaku bila kita selalu pilih kasih antara anak.
Dari pandangan mata pun anak boleh terasa mak ayah pilih kasih. Apatah lagi, kalau adik kerap dipuji, diberi hadiah dan dipeluk sayang.
Pilih kasih ni boleh suburkan rasa dengki dalam hati anak.
Setiap anak tu unik, pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bila anak berebut perhatian, ‘eye contact’ dan sentuhan mesti sampai pada semua anak. Belai mereka dan beri fokus secara bergilir.
Jangan pilih kasih tak kisah pada anak lelaki atau perempuan, sulung atau bongsu. Anak kita semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka juga punya hati.
Mingguan Wanita : Anak-anak ini adalah darah daging kita. Layanlah seadilnya, buang sikpa pilih kasih pada anak.
Bulan Oktober diraikan di seluruh dunia sebagai bulan kesedaran kanser payudara, satu inisiatif global untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan pengesanan awal dan rawatan segera.Di...