Kehamilan

Bukan Penyakit Ain, Wajah Wanita Berkedut Ketika Hamil Kembali Pulih Selepas Bersalin

Share

Bukan penyakit ain, wajah wanita berkedut ketika hamil kembali pulih selepas bersalin. Seorang wanita yang pernah mencetuskan perhatian ramai kerana perubahan drastik pada wajah ketika mengandung kembali menjadi bualan warga maya selepas berkongsi keadaan dirinya selepas bersalin.

Bukan Penyakit Ain, Wajah Wanita Berkedut Ketika Hamil Kembali Pulih Selepas Bersalin

Wanita tersebut, dikenali sebagai Lala, sebelum ini menarik perhatian ramai apabila wajahnya kelihatan lebih berusia, kasar dan mengalami keradangan sewaktu hamil, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian.

Warga maya mula membuat pelbagai andaian, termasuklah tuduhan penggunaan produk kecantikan yang berbahaya dan juga dikaitkan dengan unsur mistik.

Namun begitu, menerusi satu perkongsian di platform X, Lala menjelaskan bahawa perubahan ketara itu adalah kesan hormon kehamilan semata-mata dan bukan berpunca daripada faktor luar.

“Ini semua akan berlalu. Ia hanyalah hormon kehamilan… Saya kecewa apabila orang komen ‘ini penyakit ain’, ‘salah produk. Untuk ibu-ibu baru atau sesiapa yang pernah alami macam saya, jangan risau,” katanya.

Selepas melahirkan anak, Lala mengambil inisiatif mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah kulit yang dialaminya. Dia turut berkongsi gambar perubahan wajahnya pada hari ke-7, hari ke-21 dan hari ke-27 selepas bersalin yang menunjukkan pemulihan positif.

Antara rawatan yang diambil termasuklah prosedur Fotona Rosacea Laser yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit.

 

Selain rawatan laser, doktor turut memberikan ubat antibiotik, krim sapuan harian dan juga krim malam khas untuk membantu pemulihan kulitnya.

Namun begitu, Lala memaklumkan bahawa beliau belum mengambil ubat jenis makan yang diberikan kerana bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah jaundis.

Perkongsian tersebut mendapat sambutan baik daripada para wanita yang pernah mengalami pengalaman serupa. Ramai yang meninggalkan komen menyatakan sokongan, serta berkongsi kisah masing-masing sebagai tanda solidariti.

Sebilangan besar netizen turut memuji tindakan Lala yang terbuka berkongsi perjalanan pemulihan kulitnya sebagai satu bentuk kesedaran kepada para wanita hamil agar tidak merasa malu atau rendah diri apabila mengalami perubahan fizikal yang bersifat sementara.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Siti Saleha Hamil Empat Bulan Saya Dapat Tahu Hamil Enam Minggu, Balik Dari Honeymoon Di New Zealand

Afifah Nasir umum hamil anak pertama Kini, babak baharu bermula..

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has