“Mujur ada anak perempuan pandai menjahit. Tak perlu susah-susah ‘alter’ kat luar,” ungkapan terzahir dari bibir Pengerusi Mara, apabila meminta anak perempuannya, Affaf mengubah suai dan sehelai seluar yang dibelinya.

Lebih menarik lagi, beliau membeli seluar dari TikTok berharga RM29.90!

Bukan Jenama Jadi Ukuran. Pengerusi Mara Pakai Seluar RM29.90, Anak Jadi Tukang Alter

“Affaf, tolong ‘alter’ seluar Abi baru sampai.”
“Ini mesti beli seluar TikTok lagi ni!” jawab si puteri bersahaja.

Asyraf turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang mahir dalam bidang jahitan, sekali gus dapat membantunya menyelesaikan perkara-perkara kecil seperti mengubah suai seluar yang dibeli secara dalam talian.

Ads

Permintaan kecil itu membawa mesej besar iaitu kemahiran asas seperti menjahit dan memasak harus menjadi sebahagian daripada pendidikan anak perempuan.

Bukan Jenama Jadi Ukuran. Pengerusi Mara Pakai Seluar RM29.90, Anak Jadi Tukang Alter

Kemahiran Sebagai Aset

Bagi Asyraf, setiap kemahiran adalah aset berharga dalam hidup. Bukan hanya untuk menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga sebagai tanda berdikari.

“Mujur ada anak perempuan pandai menjahit. Tak perlu susah-susah hantar alter di luar. Kalau tidak, isteri atau anak perempuanlah yang selalu membantu,” ujarnya.

Ads

Dalam dunia moden serba mudah, kemahiran asas kadang-kadang dipandang remeh. Tetapi hakikatnya, memasak dan menjahit ialah kemahiran hidup yang kekal relevan. Ia bukan sahaja membentuk kecekapan tangan, malah menanam nilai sabar, teliti dan berdikari.

Asyraf percaya, setiap anak perempuan wajar diajar sejak awal. “Dunia masa kini memerlukan anak-anak memiliki sekurang-kurangnya satu kemahiran tambahan untuk membantu kehidupan mereka akan datang,” katanya.

Ads

Bukan Jenama Jadi Ukuran. Pengerusi Mara Pakai Seluar RM29.90, Anak Jadi Tukang Alter

Ramai warganet terinspirasi dengan sikap rendah hati seorang pemimpin yang tidak berkira membeli pakaian murah biarpun mampu berbelanja lebih. Lebih penting, beliau menunjukkan bagaimana rumah tangga menjadi sekolah pertama untuk anak-anak di mana ibu bapa bukan hanya pengasuh, tetapi pembimbing nilai dan kemahiran hidup.

Pasangan Asyraf dan isterinya, Profesor Datin Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2001 dan dikurniakan enam permata hati iaitu Ammar, Affaf, Affan, Azzah, Azzam dan Attiyah. Dalam keluarga besar inilah, setiap anak dipupuk untuk berdikari dengan cara yang praktikal.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI