“Bukan Cantik Je, Sedap Pun Ya!” Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Jala Tembikai Dan Lobak Merah

Share

Bukan main meriah Roti Jala Puan سنتيرمايانا كاماروددن ini ya, siap ada versi tembikai dan lobak merah! Haaa… kalau mak-mak nak cuba buat resepi roti jala ini, paling penting cari pewarna dulu.

Sesuai sangat untuk dihidangkan majlis hari raya dan kalau nak bisnes pun boleh. Nah, jemput godek resepi ini dulu…

RESEPI ROTI JALA

3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
* pastikan adunan tidak terlalu pekat n tdk terlalu cair.
1 biji telur
* garam secubit rasa
* pewarna merah, oren dan hijau.
* coklat masakan untuk titikkan pada roti jala bentuk tembikai.

CARA MEMBUATNYA:

Adun tepung bersama air yang dicampur garam.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian tapis agar tdk berketul-ketul atau bland je senang.
Kemudian masuk dalam botol yang ade muncung 3 tu kalau tidak ada guna lah apa-apa alat yang boleh buat corak kat kuali tu.
Lepastu masaklah atas kuali dan corak mengikut krativiti masing-masing.
Dah masak hidang bersama kari ayam atau kari daging.

Nota:

Untuk bintik-bintik roti jala tembikai, boleh guna coklat masakan atau susu yg diwarnakan coklat.

Terpulang nak hias macam mana kretiviti masing-masing.

Selamat mencuba.

IKLAN