Buang sampah kecil di jalanan seperti tisu atau puntung rokok, bersedia jalani khidmat masyarakat 12 jam. Awas kalau ada tabiat suka buang sampah di tempat awam khususnya di bandar.

Tabiat pengotor dan ambil mudah ini akan mengakibatkan pesalah boleh dikenakan hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam. Jika engkar boleh dikenakan hukuman denda antara RM2000 ke RM10,000.

Tidak hanya terhad kepada sampah-sampah kecil seperti tin minuman, plastik, tisu dan lain lagi, mana-mana pemilik yang membela kucing atau anjing juag tidak terlepas jika tertangkap membuang najis haiwan merata-rata. Ini kerana najis haiwan ini dianggap sebagai sampah kecil dan ia termasuk dalam kesalahan seperti dinyatakan.

Semua peraturan ini akan berkuat kuasa bermula 12 tengah malam 1 Januari 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ads

Buang Sampah Kecil Di Jalanan Seperti Tisu

Baru ini, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 yang membolehkan mahkamah mengenakan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil.

Memetik Tik Tok rasmi Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, tiga Rang Undang-Undang (RUU) KPKT melibatkan Akta 133, Akta 672 dan Akta 171 telah diluluskan di Dewan Rakyat.

Ads
@ngakormingofficial Tiga Rang Undang-Undang (RUU) KPKT melibatkan Akta 133, Akta 672 dan Akta 171 telah diluluskan di Dewan Rakyat. Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming berkata pindaan ini bertujuan memperkukuh tanggungjawab sivik dan mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam, selari dengan aspirasi MADANI. Pindaan ini memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok, tisu, plastik dan pembungkus makanan di tempat awam. Mahkamah boleh memerintahkan khidmat masyarakat maksimum 12 jam dan ingkar perintah boleh didenda RM2,000 hingga RM10,000. Nga Kor Ming yang juga Presiden UN-Habitat menegaskan pindaan ini penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk memastikan imej negara kekal bersih dan dihormati di mata dunia. #strongertogether #demipertiwi #unityindiversity #MalaysiaMadani #kpkt #alamflora #swcorp #sampah ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

 Dirinya menjelaskan, pindaan ini bertujuan memperkukuh tanggungjawab sivik dan mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam, selari dengan aspirasi MADANI.

Buang Sampah Kecil Di Jalanan Seperti Tisu Atau Puntung Rokok, Bersedia Jalani Khidmat Masyarakat 12 Jam

Ads

Pindaan ini memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok, tisu, plastik dan pembungkus makanan di tempat awam. Mahkamah boleh memerintahkan khidmat masyarakat maksimum 12 jam dan ingkar perintah boleh didenda RM2,000 hingga RM10,000.

Nga Kor Ming yang juga Presiden UN-Habitat menegaskan pindaan ini penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk memastikan imej negara kekal bersih dan dihormati di mata dunia.

Jadi pada yang suka buang-buang sampah merata tu khususnya sampah kecil bersedia lakukan khidmat masyarakat atau kalau tidak didiklah diri sendiri untuk tidak membuang sampah merata.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI