Buah Tin atau Ara boleh dimakan ketika buahnya masih segar mahu pun setelah dikeringkan.  Terdapat banyak jenis buah Tin. Antara yang paling popular adalah Black Mission (kulit berwarna ungu kehitaman dan isi berwarna merah jambu), Kadota (kulit berwarna hijau dan isi berwarna ungu), Calimyrna (kulit berwarna kuning kehijauan dan isi berwarna kuning), Brown Turkey ( kulit berwarna ungu dan isi berwarna merah), dan Adriatic (kulit berwarna hijau muda dan isi berwarna merah jambu).

Masyarakat global mengenali buah Tin ini dengan nama Fig. Buah ini amat baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan serat, , magnesium, mangan, vitamin B6, potassium, dan kalsium. Buah Tin yang telah dikeringkan pula mengandungi phenol, omega-3, dan asid berlemak omega-6.

Anda boleh mempertimbangkan buah Tin sebagai suplemen untuk pemakanan sihat setiap hari kerana banyak kebaikan yang mampu diberikan oleh buah ini.

Mengurangkan Berat Badan

Kandungan serat dalam buah Tin dikatakan mampu membantu mengurangkan berat badan. Tidak hairanlah buah ini kerap disyorkan kepada individu obes atau mempunyai  berat badan melampau.  Namun begitu, kandungan kalori buah Tin yang tinggi boleh menjadi penyebab kepada penambahan berat badan. Oleh itu jangan makan buah Tin secara berlebihan.

Merawat Masalah Ketidaksuburan

Dikatakan buah Tin adalah buah yang disyorkan boleh dimakan untuk mengurangkan masalah berkaitan disfungsi seksual termasuklah kemandulan, disfungsi erektil dan lemah tenaga batin. Selama berkurun buah ini dianggap sebagai makanan penambah afrodisiak. Kebenarannya masih menjadi tanda tanya tetapi apabila melihat jumlah kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah ini menjadi penyebab ada yang salah anggap ia sebagai peningkat tenaga ketika melakukan hubungan kelamin.

IKLAN

Buah Tin Suplemen Semulajadi Untuk Badan Sihat

Merendahkan Tekanan Darah

Buah Tin tinggi kandungan potassium dan rendah sodium (garam). Jadi buah Tin adalah baik untuk dijadikan sebagai pertahanan menentang kesan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Menguatkan Tulang

Dikatakan buah Tin kaya dengan kalsium yang amat penting untuk menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu buah Tin juga kaya dengan fosforus yang menggalakkan pembinaan tulang dan mempercepatkan  pertumbuhan semula tulang jika terdapat sebarang kerosakan.

IKLAN

Mencegah Sembelit

Kandungan serat yang tinggi dalam buah Tin dikatakan mampu membantu merangsang kesihatan dan mencegah sembelit.

Tahap Kolesterol Mampu Direndahkan

Buah Tin dikatakan mengandungi pektin, serat mudah larut yang mengatur pergerakan usus secara sihat. Ia boleh juga memberikan kesan penjulap kerana buah ini yang paling padat serat.  Pektin juga dikaitkan dengan kemampuannya merendahkan tahap kolesterol dan aktiviti antikanser.

IKLAN

Mencegah Kemerosotan Makular

Penyebab utama masalah penglihatan di kalangan orang tua adalah kemerosotan makular. Dikatakan dengan memakan buah Tin mampu mengelakkan simptom-simptom biasa penuaan ini.

Melegakan Sakit Tekak

Kandungan musilaj tinggi dalam buah Tin dikatakan mampu menyembuh dan melindungi sakit tekak. Sifat pelega semulajadi dalam buah Tin dikatakan juga mampu melegakan sakit dan tekanan pada pita suara.

Menyihatkan Kulit Dan Rambut

Dikatakan buah Tin kaya dengan flavonoid dan polifenol yang merupakan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Buah ini memiliki kandungan tinggi alkana yang mampu mengatur pH tubuh. Buah Tin dikatakan banyak digunakan untuk merawat masalah-masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.

Baik Untuk Jantung

Memakan buah Tin yang kaya dengan zat, vitamin dan mineral mampu merendahkan kolesterol sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI