Bonda Rozita Bidas Datuk Aliff “Sudah Jangan Mengundang Bala, Tak Payah Joget Laga Punggung Pun Dapat Rezeki” itulah luahan seorang ibu buat anaknya.
Menerusi perkongsian terbaru menerusi akaun rasmi Instagram Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sedutan video klip terbaru sebuah lagu duet dendangan dirinya dan penyanyi Baby Shima.
Video klip tersebut ternyata mengundang kontroversi apabila aksi tarian Baby Shima yang kelihatan keterlaluan dan agak menghairahkan.
Bukan sahaja ditegur netizen malah ibu tercinta Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut mencoretkan sebuah komen yang membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.
Ads
“Wallahi benci .. sudah jangan mengundang bala – satu-satu KRI jemput – yakinlah KRI niaga ni tak perlu artis akan berjaya – tak payah joget laga punggung pun dapat rezeki”
“Menyanyilah ia bukan aurat lelaki .. tp bukan bersama wanita begini – letak maruah tertinggi bukan glamer tertinggi – kamu bukan artis – tp usahawan – dah lari fokus”
Ternyata apa yang dinasihatkan oleh Bonda Rozita untuk anak lelakinya itu cukup padu. Diharap Datuk Aliff lebih peka dan tidak terlalu mahu meraih perhatian orang ramai dengan kontroversi sebegini.
Komitmen setiap bulan yang harus kita lakukan adalah langsai hutang tertuamanya hutang rumah dan kenderaan. Inilah bayaran yang wajib kita selesaikan, selain perbelanjaan lain.
Namun, perasan tak bila dapat ‘statement’ bank tentang baki pembiayaan rumah, macam tak ‘gerak’. Sedangkan setiap bulan kita akan langsai hutang itu. Bukan setahun dua tapi bertahun-tahun jugalah, bakinya lebih kurang saja.
Atau mungkin juga sebab tempoh pembayaran rumah ini ambil masa antara 25-30 tahun, jadi kita kena bayar dividennya dulu. Jenuhlah nak langsai hutang yang ambil masa bertahun-tahun. Entah sempat atau tidak.
Kali ini, Faizal Rahmat berkongsi cara nak langsai hutang rumah dari 25 atau 30 tahun kepada 12 tahun saja. Ini adalah atas pengalamannya sendiri.
Bestnya, bila dah habis bayar hutang , boleh beli rumah baru dan sewakan yang ada. Dapatlah ‘pasif income’. Inilah cara yang beliau lakukan.
“Perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya..”
Ini cara macam mana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun).
Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try saja.. Tak dapat settle 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa..
1. BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika tak ada lebihan, aku bayar ikut kata bank sajalah. Jangan stress! . 2. BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
3. BAYAR GUNA KWSP – Tip ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!
Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat.
Jika tak mahu, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insya allah 30-35 tahun settle hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insya Allah boleh cover…
Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah tak ada, dapat sedebuk, baru syok..
Mingguan Wanita : Kalau tunggu 30-35 tahun, entah la sempat ke tidak kita habiskan. Nak cepat, bolehlah buat cara ini.
Ibu bayi 9 bulan kongsi detik cemas anak diculik dari rumah pengasuh & bakal dijual kepada sindiket. Tiada apa yang lebih menakutkan seorang ibu bila mana anak kesayangan diculik orang. Lebih menakutkan anak itu dijual kepada sindiket kanak-kanak. Inilah pengalaman ngeri dilalui seorang ibu muda, Farisha Amirah Zainal yang mana bayi kecilnya berusia 9 bulan, Raisya Mohamad Rahimi dilarikan dari rumah pengasuh.
Menceritakan trauma ngeri dilaluinya, dirinya mengakui jantungnya seperti mahu luruh bila diberitahu anak saya dilarikan sekumpulan individu tapi kini saya bersyukur kerana bukan sahaja dia selamat malah polis turut berjaya mengesan suspek yang terlibat.”
Memetik perkongsiannya di Malaysia Gazatte, Farisha Amirah Zainal, 24, ibu kepada bayi, Noor Raisya Mohamad Rahimi, sembilan bulan yang dilarikan sekumpulan individu dalam satu kejadian di Taman Pauh Perai di sini semalam.
Mencerikan kejadian, Farisha Amirah dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada pukul 5.30 petang sebaik pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang juga warga emas memaklumkan cucu perempuannya sendiri yang melarikan anaknya.
Ketika itu wanita tersebut sedang solat.
“Memang macam nak luruh jantung bila saya dengar jiran saya (pengasuh) memaklumkan perkara sedemikian. Susulan itu, saya menelefon keluarga termasuk yang di kampung bagi memaklumkan kejadian sebelum suami saya pergi membuat laporan polis.
Sampai pukul 9 malam kami (saya dan suami) masih berurusan dengan pihak polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat.
“Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Susulan itu, saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,”.
Menurut Farisha Amirah, sejam kemudian, dia dan suami menerima panggilan daripada polis memaklumkan mereka telah berjaya mengesan suspek namun bayi yang dilarikan tiada bersama.
Katanya, meskipun diberitahu anak mereka belum lagi ditemui namun naluri tetap mengatakan bayi itu akan diselamatkan dan pulang ke pangkuannya.
Syukur sangat selepas 10 minit kami dapat panggilan mengatakan anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.
“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalunya dengar cerita sahaja anak diculik tapi tak sangka kami sendiri lalui kejadian ngeri itu.
“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur,” jelasnya yang berasal dari Changlun, Kedah.
Tambahnya, sehingga kini, dia masih trauma atas kejadian tersebut selain mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa.
“Saya sudah serik nak bagi orang lain jaga anak dan kami sekeluarga harap mereka yang terlibat dikenakan hukuman setimpal agar kejadian yang sama tidak berulang kepada ibu bapa lain,” katanya.
Terdahulu, lima individu termasuk seorang remaja bawah umur yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan direman di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik.
Ketika ada pelajar lain mudah memperoleh belanja harian ke sekolah, ada pelajar asrama yang berdepan masalah kewangan yang menghimpit. Jika dapat belanja harian ke sekolah pun tidak besar jumlahnya.
Kadang itu, ada pelajar yang keputusan duit belanja. Iyalah, walaupun dapat makan di asrama, keinginan untuk membeli makanan lain bila nampak pelajar lain makan tetap ada.
Tapi, kalau duit belanja pun tidak cukup, telan air liurlah saja. Melihat kepayahan pelajar asramanya, guru ini Muhammad Yusof usahakan ‘dana wakaf’ untuk para pelajarnya.
Bagus usaha guru ini buat dana wakaf pelajar asrama susah ini kan.
Biarpun, guru ini tidak meletakkan syarat jumlah wang yang perlu diambil. Pelajar asrama yang kesusahan ini tetap tidak ambil lebih dari sepatutnya.
Kerana mereka sedar bahawa selain mereka, ada lagi pelajar susah lain yang juga memerlukan dan mahu merasa duit dana wakaf berkenaan.
Tak semua student asrama saya orang senang. Ramai juga yang parentnya orang susah. Duduk asrama ni makan bayar seringgit je sehari untuk 5 kali makan. Ya, 5 kali makan hanya bayar seringgit je sehari. Mana nak dapat kalau kat luar kan?
Kadang ada dikalangan dorang yang takde duit syiling nak telefon atau kadang ada antara dorang yang keputusan duit. Yelah, tengok kawan makan kat kantin sekolah, dorang pun teringin nak makan tapi duit takde.
Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk dorang. Caranya saya masukkan duit seringgit, seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana student yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa banyak yang dorang nak ambil. Saya cukup risau kalau student asrama kelaparan.
Dan, macam saya bagitau yang bagusnya budak-budak saya ni, dorang ambil berapa yang dorang rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa kat dorang. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Pelajar tu jawab ‘saya ingat kat kawan-kawan saya juga cikgu, biar sama-sama rasa..’.
Alhamdulillah. Benda yang suka bila jadi warden ni ialah tentang kemenjadian murid.
Dan, syukur budak-budak asrama saya semuanya baik-baik. Moga mereka jadi anak soleh, anak solehah yang membahagiakan parent mereka dunia akhirat
[Nota: saya tulis ni bukanlah nak bagitau saya cikgu terbaik ke apa cuma sekadar berkongsi tentang macamana kita nak bantu anak murid kita yang susah.
Kesusahan is real, tuan, tuan dan puan, puan.
Kalau ada manfaatnya kita sama-sama sharelah ya, moga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita.]
Semua orang akan rasa sedih hari raya apabila adik-beradik tak cukup korum sebab ada yang balik rumah mentua. Ini normal dan sebaiknya janganlah makan hati.